Wednesday, February 19, 2020

Trip Royale PEKAN 09 | MUZIUM SULTAN ABU BAKAR

Salah satu tempat menarik yang ada di Pekan ialah Muzium Sultan Abu Bakar.



Muzium ini diwarisi sejak lebih 500 tahun dahulu. Muzium ini memaparkan pelbagai artefak yang penting dalam sejarah negeri dan budaya Melayu tempatan. Muzium ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Ahmad Shah pada Oktober 1976. 

Ia terletak di bekas kediaman Residen British, yang dibina pada tahun 1929. Ia dibeli oleh Sultan Pahang pada tahun 1948 dan dinamakan semula sebagai Istana Kota Beram. Pada tahun 1965, Sultan memindahkan kediamannya ke sebuah istana baru (Istana Abu Bakar), di mana Istana Diraja sekarang berada.

Menariknya, di perkarangan muzium ini banyak terdapat arca arca serta barang pameran yang di pamer secara terbuka untuk pengunjung melihat dengan lebih real.



Ada pesawat pejuang lama serta kelengkapan perang yang di pamerkan di kawasan halaman muzium.






Selain itu terdapat arca arca yang dihasilkan dari kayu serta gaya kehidupan orang asli dan cara mereka berperang dipamerkan di perkarangan kawasan yang sama.












Keunikan senibina bangunan ini dapat dilihat melalui kehalusan ukiran pada pintu dan dinding muzium yang jelas memaparkan pengaruh seni bina pada zaman British. 





Muzium ini mengamalkan konsep terbuka dimana tidak kesemua barang pameran diletakkan di dalam ruangan berkaca ataupun dipagar. Pengunjung boleh menyentuh barang-barang pameran dengan syarat tidak merosakkan barangan tersebut.

Ruang pameran turut terdapat di dalam bangunan dan dipamerkan untuk tontonan...

Muzium ini turut dilengkapi dengan smart screen bagi memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan informasi yang mendalam mengenai barang-barang pameran. Selain itu, permainan interaktif turut disediakan bagi menguji pengetahuan para pengunjung.





Tapi aku tak masuk pun ke dalam sebab kena bukak selipar ! 

Hahaha... Alasan. Padahal memang malas nak masuk.

Galeri Tun Teja di Muzium Sultan Abu Bakar juga nyata tidak mengecewakan terutama anda yang mencintai hasil kraf yang unik dan halus pembuatannya.

Di dalam galeri ini dipamerkan rekaan baju diperbuat daripada kain tenun dan direka oleh pereka terkemuka negara. Sesuatu yang menarik perhatian di galeri ini bukan saja rekaan atau perincian setiap baju tetapi kain tenun yang digunakan. Pelbagai warna, rekaan dan corak yang sememangnya cukup mengujakan.




Turut terdapat gerabak keretapi berada di halaman muzium.







Ada cerita di sebalik gerabak keretapi ni tapi aku lupa pasai apa.................... Tanda tanda penuaan. Otak dah lemau. Tulang pun dah rapuh !

Apa apa pun, kalau berkesempatan berada di Pekan, jangan lupa singgah di Muzium Sultan Abu Bakar ni. Pastinya lokasi ini tidak mengecewakan dengan pelbagai galeri artifak, seramik, arkeologi dan kesenian sambil dapat mendalami kisah sejarah terutamanya berkaitan dengan khazanah negeri Pahang.



Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang

Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, melambung lembing
Pandai melambung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam

Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan

Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai… dari kayangan



MUZIUM SULTAN ABU BAKAR
Lembaga Muzium Negeri Pahang,
Jalan Sultan Ahmad,
26600 Pekan
Pahang
Tel : 09-4221371

Waktu Operasi :
Selasa – Khamis: 9.30am – 5.00pm
Jumaat: 9.30am – 12.15pm

Berhadapan Muzium Sultan Abu Bakar ini terletaknya Galeri Pengangkutan Air.




Dan tak jauh dari situ adalah Muzium Masjid Sultan Ahmad Shah. 

Struktur Muzium Masjid Sultan Ahmad Shah ini seolah olah seperti Taj Mahal yang mempunyai penceritaan dan sejarahnya yang tersendiri



Nanti kita terjah ke sana !

bersambung......................

4 comments :

  1. subhanallah sangat menarik. sayangnya kalau generasi muda tak berminat nak melawat tempat macam ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haippp.... aku pun dah tua baru pegi. muda muda dulu tak berapa nak ambik pot.. sibuk nak minum cendol jer

      Delete
  2. arca tu macam seram lak klu malam2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...