Friday, February 28, 2020

Pak Ngah Cyber Kopitiam, CYBERJAYA

* cue lagu ghazal

Bulan mengambang
Pak Ngah lah balik
Hai lah sayang
Bulanlah mengambang
Bulan mengambang ditengah malam

Takkan nak tunggu bulan mengambang baru Pak Ngah nak balik? Apa kata kita gi cari Pak Ngah?

Yes ! Pak Ngah sekarang bukak kedai Kopitiam di Cyberjaya. Nama kedai nya Pak Ngah Cyber Kopitiam.


Mencari kopitiam untuk santai bersama keluarga dan rakan? 

Kunjungi kopitiam terbaru Muslim sepenuhnya di Cyberjaya dengan hidangan kopi asli dan espresso pada harga termurah dan pelbagai pilihan makanan tradisi, milik penuh BUMIPUTERA MUSLIM (halalan toyyiban)




Aku pun orang bawak, sebab nak cari port untuk diskusi ala ala santai maka kami terjah ke sini.

Usha dulu interior cafe kopitiam terbaru ni....





Cafe dia agak santai dan memang menarik untuk lepak lepak. Boleh lepak belah luar atau pun belah dalam ada aircond.

Tapi takkan nak lepak je? Mesti lah kena order sesuatu. Tekak kering dan dahaga. 

Ayuh usha menu...








Menu dia memang menu kopitiam so boleh lah order mengikut kehendak selera masing masing.....

Di sini menyajikan pelbagai hidangan breakfast, lunch dan dinner (breads, nasi lemak, flavoured rice, noodles, choc cake, ext...) Paling utama black & white coffee dan pelbagai espresso coffee (latte, cappucino, mocha, caramel latte) sejuk, panas serta ICE BLENDED SPECIAL pada harga yang berpatutan

Ni yang sempat aku try.












Nampak macam banyak makanan kan? Sebenarnya aku dah pegi dua tiga kali ke sini. Kalau time elok memang tak de orang ramai sangat so memang sesuai nak berdiskusi hal hal duniawi dan membawang !

Overall makanan not bad. Service pun kira OK lah. Staff agak friendly. Kedai pun bersih.

Boleh cuba...



  
Pak Ngah Cyber Kopitiam
A-G-01 Fiesta Cybersquare,
Jalan Teknokrat 6, Cyber 5,
63000 Cyberjaya,
Selangor.
03-83222030

Pak Ngah Cyber Kopitiam

Dibuka dari Isnin hingga Sabtu 9 pagi hingga 10 malam..

Selamat mencuba dan melepak. Jangan lepak sampai bulan mengambang baru nak balik pulak !

Layan ghazal seround.



Bulan mengambang
Pak Ngah lah balik
Hai lah sayang
Bulanlah mengambang
Bulan mengambang ditengah malam

Bulan mengambang
Pak Ngah lah balik
Hai lah sayang
Bulanlah mengambang
Bulan Mengambang ditengah malam

Ahai nampak bercahya
Nampak bercahya dengan serinya

Ahai.... nampak bercahya
Nampak bercahya dengan serinya

Janganlah adik
Pak Ngah lah balik
Haii lah sayang
Janganlah yang adik
Janganlah adik berhati bimbang

Janganlah adik
Pak Ngah lah balik
Haii lah sayang
Jangan janganlah adik
Janganlah adik berhati bimbang

Ahai abang pergi
Abang pergi tidaklah lama

Ahai abang pergi
Abang pergi lama tidaklah lama.....

8 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...