Friday, February 21, 2020

Trip Royale PEKAN 11 | MASJID SULTAN AHMAD SHAH & MAKAM DIRAJA

Sebelum terbinanya masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj yang baru, masjid utama di daerah Pekan ini adalah Masjid Sultan Ahmad Shah. Pekan.

Jangan terkejut sebab di Negeri Pahang ni sekurang kurangnya ada 5 masjid dengan nama KDYMM Almarhum Sultan Ahmad Shah ni tetapi di lokasi yang berbeza beza termasuk di Pekan, Kuantan, Rompin, Jengka dan lain lain lokasi.



Dengan lokasinya di tengah tengah pusat bandar, masjid ini turut menjadi antara tempat tarikan pelancong ke Bandar Pekan bersebelahan dengan Muzium Masjid Sultan Abdullah.

Masjid Sultan Ahmad Shah terletak di Jalan Masjid 26600 Pekan Pahang Darul Makmur.










Megah dengan kubahnya yang berwarna keemasan, Masjid Sultan Ahmad Shah ini digunakan oleh masyarakat setempat sebagai satu tempat beribadat dan aktiviti masyarakat seperti perlaksanaan ibadah korban. Ia juga digunakan bagi melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu.

Zaman aku dulu, masjid ni lah tempat solat jumaat. Berpeluh peluh jalan kaki ramai ramai kalau time hari Jumaat untuk menunaikan solat.



Usha binaan luaran dan juga dalaman masjid ini...






Bahagian dalaman dan ruang solat utama.






Kawasan tempat wuduk dan kemudahan tandas turut terdapat di bahagian belakang bangunan masjid.






Kalau ikutkan binaan dan ruang, sewajarnya masjid baru dibina bagi menampung lebihan jemaah yang kian bertambah. Struktur masjid ini sendiri pun agak lama tapi penuh berseni.

Pastinya menyimpan banyak kenangan dan sejarahnya yang tersendiri terutamanya kepada penduduk di daerah Pekan ni.






Namun begitu kawasan masjid dan landskap di bahagian luar masih dijaga rapi.

MASJID SULTAN AHMAD SHAH 
Jalan Masjid
26600 Pekan, 
Pahang Darul Makmur


Diperkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah ini juga terdapat Makam Diraja di mana Raja Pemerintah serta kerabat kerabat diraja Pahang disemadikan.






Makam Diraja Pekan ini adalah makam yang baharu menggantikan Makam Diraja Kampung Marhum. Antara yang dimakamkan di sini adalah Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah iaitu Sultan Pahang yang ke 4 serta permaisuri Al-Marhumah Duli Yang Maha Mulia Raja Fatimah.

Turut disemadikan di makam diraja ini ialah Al-Marhumah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Hajjah Afzan yang mangkat pada tahun 1988 serta Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Mustain Billah iaitu Sultan Pahang yang ke 5 yang mangkat pada tahun 2019.

Semoga Allah merahmati Almarhum dan Al-Marhumah.

Allahyarham Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang turut sama disemadikan di kawasan Makam Diraja Pekan ini.

Al Fatihah.



Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatan ku yang telah lalu
Bersama berjanji sehidup semati

Kini tinggal hanyalah kenangan
Dikau hilang dimana gerangan
Tiada berita ku dapati
Hanya ingatanku dimasa yang lalu

Kasihanlah kepada ku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkan lah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

Dengarlah bisikan hasrat hati
Yang merindu menjelma kembali
Ingatanku tetap bersemadi
Walaupun kau kini telah mungkir janji

bersambung.....

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...