Saturday, November 30, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 09 | 05 : ZURICH - MUSCAT - KLIA

Berikan tepukan gemuruh sampai berdarah tangan masing masing sebab ini adalah entry terakhir roadtrip Central Europe yang dah setahun lebih aku nak habiskan ni !

* percikan bunga api......

OK. Sambung !


Dari Lucerne kami bercadang nak ke Zurich City dulu singgah di sana sebab IH nak cari barang member dia kirim.

Malangnya dalam perjalanan tu jalan jem !



Tersangkut di jalanraya maka kami decided nak terus je ke airport.





Sempat gi isi minyak dulu penuhkan tangki nak pulangkan kereta.



Ngam ngam sampai kat tempat pulangkan kereta jam 7 petang. Tepat pada masa yang kami janjikan !

Minah tu pun check lebih kurang dan akhirnya Aiman Tino kami kembalikan kepada tuan empunya badan.

Terima kasih kerana berbakti kepada kami sepanjang perjalanan ni.





Then kami check in apa yang patut dan terus masuk ke gate.






Dekat airport Zurich ada viewing deck di bahagian atas. Sempat pulak aku merayap.






Elok dah time waktu nak berlepas, masuk gate dan boarding flight. 

7 jam dalam flight dari Zurich menuju ke Muscat aku ketiduran sebab letih. Bangun makan je pastu sambung tidur semula.













Sedar sedar dah sampai Muscat. Transit lebih kurang 3 jam, kami boarding flight seterusnya menuju ke Kuala Lumpur.

Sempatlah solat dan hisap rokok bagi cukup nikotine dalam tubuh nak mengharungi perjalanan yang panjang lagi lepas ni.

Sambung lagi penerbangan lagi 6 jam. Sama gak.. aku membuta sepanjang penerbangan.















Dan akhirnya pesawat selamat mendarat di KLIA dan berakhirnya perjalanan kami sepanjang 10 hari di bumi Eropah tengah ni.

Banyak kenangan pahit manis yang di rasai. Pengalaman menjejaki negara orang buat tambah lagi pembelajaran dalam diri. Moga diberikan rezeki untuk trip trip akan datang.

Terima kasih pada IH dan BW yang sudi menemani aku dan tahan dengan kerenah aku ( yang asyik asyik gi hisap rokok ) sepanjang trip ni. Mereka lah travel partners yang memahami aku sebaiknya !

* seka air mata dengan tuala good morning.

Walaupun dah setahun lebih dan repeat pun aku still boleh ingat banyak details dan gambaran tu masih kekal lagi dalam ingatan.

Aku kongsi pengalaman ni untuk rujukan diri sendiri dan juga mungkin memberi sedikit manfaat pada orang lain. Aku percaya, nanti tuhan bagi rezeki lebih untuk aku ke tempat lain lagi. Terima kasih kepada yang sudi membaca benda benda merapu merapek aku ni. Hahaha. Apa yang baik jadikan tauladan, yang tak elok tu... sila kecam diam diam ! 


As usual abis travel mesti ada rasa rindu tak berhabisan............



Berdiri dalam sepi
Menahan resahku
Mengimbau kenangan
Saat manis berdua dalam percintaan

Semalam yang berlalu
Meninggalkan kisah
Pada janji
Kita teguh pelihara cinta

Saatnya kita berpisah
Ku renung sinar matamu
Menyentuh sayunya hatiku
Tidak pernah ku menduga
Itu lafaz terakhir
Saat pertemuan yang mesra

Sayangku padamu belum terpadam
Bagi aku merana tanpa hadirmu
Mungkinkah kan terulang cinta yang dahulu
Harapanku belum ada penghujungnya
Masih menanti berulangnya kembali
Kemanisan cinta suci kita

Berputus asa bukan tanda kalah
Ketabahan menanti mu
Mengubat janji yang tersirat dalam mimpi

Hari ini kau menjelma
Ku tertanya-tanya
Adakah telah terulang
Kisah cinta dulu

Harapan moga ada peluang dan rezeki untuk saat saat manis di bumi Eropah ini berulang kembali !

Sekian, TAMAT.

Wassalam.

Hah... Tepuk !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...