Friday, November 8, 2019

MASJID JUMHURIAH, Taman Dato Harun

Bagi sesiapa yang biasa drive di Highway NPE... pastinya............ kena bayar tol !

Hahaha.... ( sila gelak )

Pastinya.................. perasan dengan kubah sebuah masjid berwarna keemasan di tepi highway dekat area Taman Dato Harun.

Kan?? Perasan ke tak?



Pernah perasan ke tidok?

Kalau pernah, nak bagitau ni nama masjid tersebut adalah Masjid Jumhuriyah yang memang terletak di Taman Dato Harun.




Apa maksud jumhuriyah? Rasanya bermaksud macam Republic or kesatuan. Aku tak pasti, boleh sesapa yang reti arab bagitau?

Aku cuma tau maksud Jumjumatun jer. Hehehe

Tak de banyak info yang aku jumpa berkenaan masjid ni dalam internet tapi aku saja nak kongsi gambar luar dan dalam masjid ni. 

Aku sendiri pun biasa perasan tapi kali ni baru sempat singgah.


Rasanya masjid ni siap di bina sekitar tahun 2016. Lokasinya betul betul di tepi jalan di persimpangan masuk laluan NPE dan Taman Dato Harun ni iaitu sebelum tol ke dua kalau dari arah KL.

Usha gambar je ler....



Binaannya agak besar tapi parking agak limited. Lagi lagi lokasinya betul betul tepi jalan. Tapi sebenarnya ada parking di sediakan di belah belakang untuk jemaah atau kalau bernasib baik boleh je park tepi jalan.

Salah satu laluan masuk ke masjid

Perkarangan masjid

Tanda arah dan panduan

Ni pintu masuk dari arah parking di bahagian belakang

Area kolah dan tempak wuduk.

Kolah masjid

Ada jugak kemudahan wuduk dengan paip dan kemudahan tandas di kawasan ni.

Pintu masuk ke dewan solat

Kawasan solat di bahagian luar

Ruang solat utama.

Mempunyai 3 lantai dan di atas dikhususkan untuk muslimat dan tempat pembelajaran

Mimbar dan mihrab masjid

Karpet

Arah sisi dewan solat

Rasanya ruang masjid ni lebih kepada tinggi tapi tak berapa luas. Mungkin batasan kawasan sebab kawasan sekitar masjid dikelilingi dengan banyak rumah rumah.

Mungkin jugak faktor pengcahayaan buat ruang dia nampak tak luas.









Walaupun tak nampak besar kawasan masjid Jumhuriyah ni namun fungsi nya sebagai sebuah masjid tidak terbatas hanya sebagai pusat ibadat semata mata.

Masjid ini dibangunkan turut mempunyai misi tambahan antaranya sebagai Pusat Kesatuan Ummah & Pelihara Kebajikan, Pusat Pembelajaran Islam (Al Quran, Hadis, Syariah, Usuluddin), Pusat Pendidikan Merentas Usia, Pusat Kegiatan Agama dan Masyarakat serta sebagai Pusat Pembangunan & Ekonomi Masyarakat

Semoga masjid ini mampu mencapai semua misi misi yang ada.


MASJID JUMHURIAH
Taman Dato Harun
58200 Petaling Jaya, 
Selangor


Kalau sesapa ada maklumat berkenaan masjid ni boleh kongsi bersama.


Dan satu lagi nak bagitau, kat masjid ni ada akok panas,

Eh. Akok panas ni makanan bukan 'seorang kakak yang hot' ! Opposite jalan besar tu ada warung jual akok akok yang panas. 

Nama dia Akok Bonda

Sedap akok dia. Panas panas lagi. Kedai kedai makan lain pun banyak di area sekitar masjid ni.

OK Selamat singgah dan sama sama mengimarah kan masjid dan selamat menjamu selera dengan akok akok panas ( hot chicks )

Astaghfirullah. 

* lap lap dahi air wuduk tak kering lagi....

2 comments :

  1. Replies
    1. fresh from sarang akok... panas panas....tapi tok leh lawan akok salor... godmother of all akok.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...