Tuesday, November 26, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 09 | 01 : LAKE COMO

Masuk hari ke 9 perjalanan Road Trip Central Europe kami. Ini bahagian terakhir !

Fuh. Berjaya jugak aku menghabiskannya...

Entry ni bersambung dari hari ke Day 08.

Bangkit pagi kami masih di bumi Italy. Lewat tengah malam semalam kami tiba di penginapan yang kami tempah di area Lake Como ni. Malam malam tak nampak apa, siang baru boleh usha kawasan sekitarnya...


Bangkit pagi dengar suara riuh rendah. Rupa rupanya jiran jiran dok kerah anak anak pegi sekolah ! Kuat membebel jugak mak mak warga Italy nih.

Usha dulu penginapan kami di Lake Como ni....





Kami tidur lena. Selesa juga penginapan ni. Ruang yang besar boleh kemas kemas beg sebab ni last kami menginap. Malam nanti bakal terbang balik ke tanahair dah jadi masa ni lah terbaik nak packing memacking pun.

Sempat sarapan dulu pagi tu dan BW dah siap siapkan bekalan makanan kami di perjalanan.


Abiskan segala stock makanan yang ada. Tak payah nak bawak bawak balik dah.

Selepas berkemas kemas dan bersiap siap, kami ready untuk bergerak meninggalkan penginapan ni. Perancangan kami nak usha area Lake Como ni sebab semalam kami sampai dah malam tak nampak apa. Lepas Lake Como kami akan ke Lake Lugano iaitu kawasan sempadan Swiss sebelum meneruskan perjalanan ke Lucerne dan ke Zurich. 

Kalau bermasa IH nak masuk area Zurich City dulu sebelum ke airport. 

Kami patut pulangkan kereta nanti jam 7 petang.



Mengucapkan selamat tinggal kepada tuan tanah, kami bergerak ke kereta yang di parking di belah luar agak jauh sebab laluan sempit nak masuk ke area rumah tempat kami inap.

Rumah tu ada banyak pokok anggur tapi buah belum masak. Tak berjaya nak mintak !





Lepak loading barang dalam boot Aiman Tino, kami terus bergerak keluar. Penginapan ni agak atas bukit sikit jadi kami kena keluar semula ke laluan utama.

Mula mula macam nak pandu tuju ke arah Como, tapi bak kata tuan rumah tu... Buat apa nak patah ke sana kalau boleh lalu ikut laluan satu lagi. View pun dia kata lagi cantik belah belah sini.

Kami akur dan mengikut nasihat beliau. Lagipun aku pernah pegi area Como yang belah sana tu dulu.



Laluan menuruni bukit memang agak mencabar, tapi view memang stunning nampak area Lake Como ni.  Dengan rumah rumah di lereng bukit mengadap tasik memang no wonder area Lake Como ni menjadi pilihan orang kaya kaya termasuk artis artis untuk datang bercuti di area ni atau membeli rumah di kawasan ni sebagai rumah percutian dia orang.

Aku sebagai artis Antarabangsa hanya mampu sewa ArBnB sajork. 

Nyata, aku hanyalah artis yang miskin !

Tapi tak pe, dapat datang layan view kawasan Lake Como ni pun dah kira beruntung.











Laluan sepanjang pinggir Lake Como ni pun memang sempit. Kalau drive kena hati hati sebab jalan berliku liku. Nasib baik tak banyak kereta pagi pagi yang lalu.

Di Lake Como ni terdapat sebuah gereja yang di wartakan sebagai Tapak Warisan UNESCO iaitu Sacro Monte di Ossuccio.

Sitting in the hills above Lake Como at 400 meters above sea level, the Sacred Mountain of Ossuccio is a UNESCO World Heritage Site and a popular pilgrimage. It faces the Isola Comacina and spreads out along a pathway sprinkled with chapels.

It is part of the Nine Sacred Mountains of northern Italy, which together are a UNESCO site, a religious expression from the Baroque period that saw a series of themed trails in the mountains with devotional chapels strung along them. 


Sebab ianya hanya lah gereja lama jadi kami lalu je dan malas nak singgah. Berhenti di kawasan berdekatan sebab aku kehabisan rokok !

Dapat lah aku beli rokok. Lupa lak harga dia tapi rasanya tak de lah mahal sangat.


Rokok beli kat Italy ni ! Smetti di Fumare ( merokok membuatkan anda bertambah kacak !)

Kemudian kami ke area Villa del Balbianello. Fairytale villa built in 12th century yang pernah menjadi lokasi filem James Bond dan Star Wars.

Kena park kereta kat luar pastu kena menapak sikit.

 




Sebenarnya kena menapak masuk jauh jugak la kot ke dalam sebelah bukit sana. Dan sebab malas kami lepak lepak kat area entrance tu je.  cuma usha usha kawasan sekitar tepi tasik tu je. 

Tak pe lah tak berjaya nak beraksi James Bond... Aksi Kungfu Panda pun jadi !

Lawa jugak la kawasan persekitarannya..

Aku pernah ke bandar Como, dan kali ni dapat menyusuri kawasan sekitarnya masih tak berbeza. Masih sama dan nyata keindahannya.



Cepat benar engkau pergi
Hujan masih belum berhenti
Apakah kerna soalan ku tadi
Hati mu terusik kini

Sebagai kekasihmu
Layak aku bertanya
Sekuat mana cintamu
Tiadakah insan lain di hatimu
Selain ku

Sayang bukannya sehari dua
Percintaan kita ini janji pun sudah dipatri
Sayang jangan ikut perasaan
Marah jangan disimpan ku hanya ingin meduga
Dan kini
aku tahu satu kekasihmu
Hanya aku

Marilah kasih aku dendangkan
Lagu yang pernah mencuri hatimu
Oh, Marilah kasi biar ku simbar
Api kemarahan yang membakar di benak, di benak mu

Terpaksa ku berlari
Memintasmu dari pergi
Perlahan ku belai rambutmu yang basah
Masih terselah ayunya wajah mu walaupun marah
Walaupun marah, ayu wajahmu, masih terserlah ooh ayu wajahmu ????










Selesai beraksi kat area tepi Lake Como tu kami menyambung perjalanan.



   

Menyusuri laluan tepi tasik dengan pemandangan tasik dan kawasan Bellagio di sebelah sana memang mengasyikkan.

Cuma nak berhenti tu agak payah sebab tak de parking area.

Usha usha dari dalam kereta je.







Sampai di pekan Menaggio kami memotong laluan untuk merentas laluan bukit untuk sampai ke Lake Lugano.

Dari pemandangan tasik, kini beralih ke pemandangan bukit bukau dan gunung ganang pulak.

Kalau di ikutkan perjalanan dari penginapan kami ke Lugano mengambil masa lebih kurang sejam. Tapi sebab berhenti henti, jadi bertambah masa.








Dan sampai di pekan Carlazzo kami berhenti lagi.

Kali ni kami dah sepakat nak singgah mana mana pasaraya sebab nak abiskan duit Euro especially coins. Sebabnya, lepas ni masuk Swiss, coins Euro dah tak laku. Jadi eloknya kami shopping shoppingan di sini dulu...

Jumpa pasaraya.


Abiskan coins beli roti, pisang dan benda benda lain termasuk lah mandian. Sebab murah. Yang penting made in Italy !!!

Korang mampu? Walaupun harga 2 Euro je setiap satu !

Abis shopping kami menyambung perjalanan menuju ke Lugano.





Lepas ni nanti kami akan memasuki sempadan Swiss semula.

Viva Italia.................

bersambung.......................

4 comments :

  1. rokok italy lg dahsyat siap letak gambr mayat tp mayat omputih, takde lah takut sgt...hehe..nmpk kacak..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tu lah... nok jugop petik hok fresh tapi tak masak lagi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...