Saturday, April 27, 2019

JELAJAH2NUSA : 12 | Dari SANUR ke NUSA PENIDA

Selamat pagi Sanur !

Aku harapkan ada matahari terbit di sini, tapi cuaca pagi mendung penuh awan. Kelibat matahari langsung tak kelihatan...

Suasana pagi di Pantai Sanur.....






Walaupun cuaca mendung, tapi pagi di pantai Sanur begitu tenang dan mendamaikan.



Ingin sungguh aku bicara
Satu kali saja
Sebagai ungkapan kata
Perasaanku padamu

Telah cukup lama kudiam
Didalam keheningan ini
Kubekukan di bibirku
Tak berdayanya tubuhku

Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
Dan ternyata cinta...
Kau yang sungguh selalu setia
Menemani kesepianku

Menjaga lelap tidurku
Membasuhku setulusnya

Merekahnya fajar hatiku
Menghangatkan luruhku
Dan resapkan keharuman
Engkau yang mencintaiku

Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
Dan ternyata cinta tulus mendekap jiwaku
Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
Dan ternyata cinta...

Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
Dan ternyata cinta tulus mendekap jiwaku
Dan ternyata cinta yang menguatkan aku
Dan ternyata...

Hotel penginapan kami terletak di sebelah Fairmont Sanur. Tak sempat nak tumpang kemewahan di hotel ni sebab pagi pagi kami kena berangkat pergi.

Kena bersiap siap dan check out awal pagi sebab lokasi hotel kami ni sebenarnya dengan port nak naik bot ke Nusa Penida agak jauh. 3 KM nak menapak memang mencabar minda !

Jadi dah study skit skit, pagi tu kami plan nak naik grab je ke sana.

Tapi sempat tuan hotel tu sediakan light breakfast untuk kami bertiga.








Cukuplah mengalas perut di pagi hari.

Dari situ kami naik grab sampak ke Pantai Segara Ayu. Pagi pagi mamat Grab tu dah buat hal. Harga dalam 16 ribu, aku bagi 20 ribu dan dan tak de duit kecik pulak. Main kasar sangat, aku ambik balik dan bagi dia duit syiling banyak banyak.

Hambik !

Dah lah tak nak hantar sampai dalam. Terpaksa kami berlari lari pulak ke kiosk tiket ferry.



Sebenarnya untuk trip ke Nusa Penida ni walaupun planning tu ada, tapi baru semalam masa kat airport Labuan Bajo baru kami decided nak proceed. Plan asal nak sewa motosikal di sana tapi sebab cuaca, kami ambik pakej je terus. Malas susah susahkan diri.

Details pasal Nusa Penida ni aku dah shared di sini : Nusa Penida

So BW dengan IH cari kat IG dan jumpa la pakej Nusa Penida ni so kami deal dengan mamat tu. Dan dia la yang suruh kami ke kiosk tiket ferry dan ambik pass ferry di situ.

Dah lah dia silap booking, patutnya kami bertiga tapi dia bagitau penjaga kiosk tu kami cuma berdua. 

Nasib baik ada pass hijau tu lebih. Lega.



Suasana di port ferry ke Nusa Penida ni memang penuh dengan manusia. Memang banyak ferry yang ada dengan jadual jadual nya tapi dia punya khalayak memang lain macam. Memang Nusa Penida dalam list semua orang kot.

Menunggu tak lama sampai annoucement bagitau, ferry kami siap sedia nak bergerak. Since memang tak de proper jetty kat sini, so bersiap sedialah untuk basah sampai paras peha !





Dek orang yang ramai dan biasanya ferry ferry ni fully booked. Ada je yang menumpang naik tanpa rasa bersalah especially local yang berasal dari Nusa Penida sana. Dah jadi satu isu pulak sebab penumpang melebihi had yang di tetapkan.

Kecoh kecoh pun lepas jugak naik. Tawakal je lah moga tak jadi apa apa....

Perjalanan dari Sanur ke Nusa Penida memakan masa lebih kurang sejam. Ombak agak mencabar time tu tapi Alhamdulillah, kami selamat sampai.









Sampai di Nusa Penida kami di sambut dengan mamat tuan pakej tu. Dia memang residing kat pulau ni. Settlekan bayaran dan kami di perkenalkan dengan driver yang dah di arrangekan.

Dari kawasan jetty tu terus kami bergerak ke destinasi pertama di Nusa Penida ni iaitu Kelingking Beach atau Kelingking Cliff !




Perjalanan ke sana agak mencabar sebab laluan jalanraya yang daif. Memang melambung lambung duduk dalam van tu. Jarak tak berapa jauh tapi di sebabkan keadaan jalan yang berlobang lobang, memang jadi lama. Boleh jatuh peranakan dan bergoncang Rahim. ( Kalau orang nama Rahim yang naik van tu lah ).

View agak hijau dengan hutan dan kebun kebun. Ada jugak melintasi kawasan perkampungan penduduk di Nusa Penida ni. Rata rata penduduk di Nusa Penida ni beragama Hindu tapi ada jugak yang Muslim.

Kalau naik motosikal memang lagi mencabar sebab penanda jalan pun tak berapa nak ada. Kena pandai pandai la mencari arah.

Sampai di satu kawasan ni, van parking dan kami kena menapak sikit sebelum sampai di kawasan yang begitu synonym dengan Nusa Penida ni iaitu Kelingking Beach !












View di sini memang lawa. Macam dalam gambar gambar yang kita lihat. Tapi orang pun memang ramai. Kawasan viewing area tu pun tak berapa luas dan agak dangerous. Kena hati hati.

Kalau berhajat nak turun ke bawah sampai ke beach memang ada laluan. Tapi kena betul betul yakin sebab nak naik balik tu memang ambik masa dan tenaga.

IH dengan BW nak turun tapi drebar kami macam keberatan. Katanya nanti tak sempat nak pegi ke lokasi lain. 

Alasan ke apa tu?

Aku memang malas... Lepak dari atas je lah layan view......















Ada few port yang nak usha view menarik. Kena masuk semak semak sikit dan kena ke kiri sikit. Tapi view memang cantik sebab nampak bigger view.

Cuma kena hati hati. Memang kena hati hati !

Silap silap kang, terjerumus ke bawah jatuh ke lembah yang hina. Sapa nak tolong ?

bersambung.............

4 comments :

  1. mmg amek masa nk turun bawah tu.. Laluan adakala sempit.. nampak mcm dkt tapi mau 40 minit turun.. lom lg nak naeknya makan masa gak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...