Friday, April 26, 2019

JELAJAH2NUSA : 11 | LABUAN BAJO ke BALI

Selamat pagi Labuan Bajo !




Bangkit pagi hari dan kami breakfast dulu di hotel seperti yang disediakan.

Sambil sambil tu usha suasana pagi sekitar pelabuhan Labuan Bajo...............





Pagi yang tenang dan mendamaikan.

Tapi tak tenang sebab banyak dapat message pasal Tsunami dan gempa yang berlaku di Anyer. Family dan kawan kawan yang tahu aku ada kat Indonesia waktu tu sibuk bertanya kot aku terkesan walhal aku jauh dari kawasan kejadian. Tapi tak pe lah, mereka cuma concern dan tak nak benda benda buruk berlaku. 

Kami OK. Cuma kejadian kapal karam di Pulau Padar kelmarin sedikit sebanyak mengganggu emosi. Kalau lah berlaku kepada kami, tak tau lah nak cakap cemana. Mintak di jauhkan lah.

Plan kami hari ni, ronda ronda sekitar Labuan Bajo ni sementara menunggu flight ke Bali petang nanti. Motosikal masih ada jadi guna selagi boleh. Walaupun tak de tujuan tertentu yang betul betul menarik di Labuan Bajo ni tapi rasa elok la kami merayap usha kawasan daripada terperok dalam bilik je.

Bilik penginapan agak kurang OK sebab ekon tak berapa sejuk. Tapi lena jugak lah sampai ke pagi. Melayan tengok TV Dangdut Asia tu pening kepala tak tau bila nak abis ! Dah lah meracau racau je rancangannya tak paham kami menengok. Tapi tu je siaran TV yang OK, yang lain lain siaran tak berapa jelas pulak.

Hotel penginapan kami di Labuan Bajo. Eco Tree Otel Hotel

Selesai bersiap siap kami terus siap sedia merempit dan lokasi pertama yang kami nak tuju adalah ke Pantai Pede.

Pantai Pede terletak tak jauh dari pusat kota Labuan Bajo dan kami merempit pun tak sampai 10 minit. Lokasinya agak sunyi waktu pagi dan di kawasan ni ada hotel penginapan turut di didirikan. Tapi nak ke tepi pantai tu tak de laluan masuk, so kena park tepi jalan je dan kena jalan kaki.

Usha kawasan sekitar Pantai Pede.









Takde apa aktiviti yang boleh di lakukan cuma lepak lepak ambik gambar je. Pantai dia tak berapa bersih tapi ada jetty yang menarik jugak nak photog.

Maybe time petang petang pantai Pede ni ramai warga local bersantai santai menikmati udara segar.

Selesai berada di Pantai Pede, kami bergerak ke tempat lain.....








Singgah di kawasan atas bukit dan usha pemandangan kawasan pelabuhan dari atas.

View memang agak menarik dari sini.....



Kemudian kami turun semula ke kawasan pekan dan usha usha kawasan sekitar pasar Labuan Bajo.














Tak de apa yang menarik sangat selain dari aktiviti masyarakat setempat dengan routine harian mereka. Di Pasar pun tak berapa menarik dan keadaannya agak tak best.

Kalau malam area pasar tu ada medan selera kalau nak makan seafood dan banyak gerai gerai makanan di buka.

Sebab dah tak tau nak tuju ke mana. Kami cari gerai untuk minum air kelapa. Dahaga jugak cuaca panas panas macam ni.



Minum Es Kepala yang meriah dengan macam macam benda. Ada barli, limau dan sebagainya. OK lah jugak dapat teguk time sejuk sejuk.



Memang agak mati kutu tak tau nak ke mana dan nak buat apa. Menyesal pulak ambik flight petang, kalau tak memang tak de apa, pagi pagi elok je terbang ke Bali semula. Kalau lebih banyak masa boleh ke Warebo.. tengok perkampungan orang asli di atas gunung, tapi kena spare 5 jam untuk hiking !

Mahu terberak terus aku nanti.

Pulangkan motosikal dan kami balik ke hotel. Dah siap siap check out dan tunggu angkutan yang kami booked dengan pihak hotel untuk hantar ke Bandara.

Sempat kami makan tengahari di gerai berdekatan dengan hotel. Staff hotel yang baik hati bawak kami ke gerai dia selalu makan.



OK lah. Murah makanan dia dan sedap la jugak. 

Dah kenyang tu kami ready untuk berangkat ke airport Labuan Bajo. Tambang angkutan 60 ribu satu trip. Sebenarnya tak de lah jauh mana tapi malas nak pening pening kepala. Ambik je lah. Janji sampai airport.



Kat airport dah check in apa semua dan menunggu flight time. Kali ni kami terbang dengan Sriwijaya dari Labuan Bajo ke Bali. Tapi co-share dengan Nam Air.

Flight delayed ! Lama menunggu.




Dah lah flight delayed pastu masa kami berlepas menuju ke Bali, pilot bagitau keadaan cuaca di Bali dilanda ribut. Jadi queue nak mendarat memang lama. Flight time 50 minit tapi kami berlegar di ruang udara cecah dekat 2 jam !

Layan perasaan jer lah......



Memang benar ku salah
Tak menghargai perasaanmu
Dan menghancurkan rasa cintamu

Saat kuingat dirimu
Harummu yang memeluk nafasku
Yang memberikanku kehangatan

Terangnya seribu bintang
Tak dapat menyamai cahaya
Keindahanmu dari wujudmu

Dan aku tak mengijinkan
Cahayamu redup karenaku
Dan atas kesombonganku

Andai...
Ku tak membuang dirimu
Menjadikan yang kedua
Atas cintaku

Janganlah
Keterpurukanku ini
Membuat kau membenciku
Selamanya... dan membunuhku

Tapi tak pe lah, janji selamat mendarat semula di Bali.

Sampai di Bali, kami ambik teksi ke Krishna. Kali ni memang tujuan nak shopping. Tapi memang timing awal malam orang memang ramai tengah membeli belah. Nak berjalan pun susah.

Beli apa adanya je.

Yang kelakar IH terpegun sebab ramai orang kerumun kerepek apa benda ntah.

"Lumayan ! Lumayan !"

Dia pun ikut sama beli. Last last hampeh tak sedap langsung. Nasib beli satu je.




Selesai di Krishna hari masih hujan. Kami kena merancang perjalanan sebab hotel penginapan malam ni adalah di Sanur. Agak jauh dari Kuta. Memula nak ambik grab tapi payah pulak nak dapat. Last sekali ambik teksi je. Harga lebih kurang je ke Sanur.

Tapi jalan jem. Lama tersangkut. Drebar teksi tu siap berhenti tepi jalan kencing dalam semak.



Satu perjalanan yang agak lama dan jauh sebab jem. Tapi hampir tengah malam jugak la kami tiba di hotel penginapan yang kami tempah. Kesumasari Beach Resort, Sanur.

Sanur menjadi pilihan sebab esok pagi, kami akan berangkat ke Nusa Penida. 

Destinasi pilihan yang memang diidamkan selain daripada jelajah ke Nusa Tenggara Barat dan kepulauan Flores.

Perut lapar. Cari kedai makan semua dah tutup. Last sekali beli maggie kat kedai serbaneka dan makan meggie je.

Cukuplah alas perut sampai ke pagi !

Hari hujan sampai ke pagi. Cemana nak ke pulau kalau cuaca tak baik macam ni?

bersambung.......................

2 comments :

  1. Berdebornya kat atas 2 jam tak dapat mendarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. dah lah cuaca ribut. kapal terbang asyik bergoncang je

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...