Thursday, April 25, 2019

JELAJAH2NUSA : 10 | AYANA Labuan Bajo

Misi kami petang tu adalah nak melayan sunset di salah satu port baru di Labuan Bajo ni iaitu di hotel mewah Ayana Labuan Bajo yang baru saja beroperasi di sini. Ayana di Labuan Bajo ni merupakan satu satunya hotel bertaraf 5 bintang yang ada di sini.

Sebelum trip ni aku dah riki riki dan aku rasa memang nak pegi usha. Nak menginap macam membazir je dengan opening rate dalam RM 900 semalam.

Sunset point. Dengan gambaran jetty yang macam ular kena palu. Sebenarnya bukan ular tapi naga !

Ayana Labuan Bajo

Ayana Labuan Bajo ini adalah rangkaian hotel mewah Ayana yang sememangnya popular di Bali dan Jakarta. Di Bali, Rock Bar adalah salah satu point termasyhur sebagai tempat santai dan melihat sunset. Dan di Ayana Labuan Bajo ni kiranya menggunakan formula yang sama, jadi kami sendiri pun memang tak nak melepaskan peluang datang ke sini semendang memang berada di Labuan Bajo ni pun.

AYANA Komodo Resort, Waecicu Beach opens September 2018 with 13 suites and 192 premium guest rooms. Inspired by light, comfort and open living, each contemporary room features a flawless ocean view with large windows to capture the golden glow of tropical sunsets that melt dramatically behind distinctive Kukusan Island.

Set in one of the most rugged and picturesque islands of the Indonesian Archipelago, there is an extraordinary diversity of religions, languages, and landscapes - alongside crystal blue waters and pristine white sand beaches.

Tapi sebagai orang yang bukan dari golongan mewah, nak datang sini pun was was jugak. Bukan apa, takut kena halau.

Dah lah kami datang naik motosikal cabuk je.

Perjalanan dari pusat bandar Labuan Bajo lebih kurang 3 KM je tapi jalan agak senyap sunyi sebab resort nya terletak di tempat terpencil. 

Sampai sampai usha kawasan macam tak tau mana nak tuju. Kami berhenti depan entrance resort yang bergated. Tetiba ada pak guard menanti.

"Ya Pak. Mau ke mana?"
"Err. kami mau minum minum di bar sambil lihat sunset"
"Oh.... kalau begitu bapak langsung saja ke lobby dan nanya di sana"

Dengan wajah gemilangnya bawak kapchai masuk ke lobby area dan di sana ada staff menanti. Biasa dia bukakkan pintu kereta mewah, kali ni dia kena berhadapan dengan tetamu cabuk yang datang merempit.

Lobby resort

"Ya.. Pak. Mau ke mana?"
"Kami mahu minum minum di bar.. nungguin sunset"
"Oh.. bisa. Nanti bapak ke sana"
"Ini mahu parkir di mana?"

Nasib dia tak cakap.

"Bapak buang je lah dalam semak motosikal ni.... tak de pernah orang tetamu datang naik speda moto !" 

Hehehe..

"Ya... Ngga ada parkir untuk motosikal tapi bapak bisa parkir di luar aja"
"Oh.. Terima kasih. Terima kasih"

Azura dengan Zack tu kat belakang aku pose pose muka mewah. Aku jugak yang nak kena tebal muka menanya. Nasib dilayan dengan baik. Bagus resort ni.

Masalahnya kat luar resort tu tepi jalan penuh dengan teksi teksi. Tak de port menarik nak park motosikal kami.

Sudahnya kami park jauh skit dan jalan kaki semula masuk ke entrance yang sama.

Dari kawasan reception area tu, kami di tunjukkan ke arah bar yang di maksudkan.

Usha dulu kawasan lobby resort ni.






Melangkah melintasi kawasan lobby ada port lepak lepak jugak tapi sebab di bagitau bukan tempat tu so kami jalan je sampai di hujung kami di sambut oleh staff di situ.

"Selamat siang Pak"
"Selamat siang"
"Bapak nginap di sini"
"Errrr. enggak. Cuma mau santai santai aja"
"Bisa... ada reservasi Pak?"
"Ngga ada"
"Ngga apa apa. Ayuh"

Ah. Aku suka kalau di layan baik sebegini walhal aku datang compang camping dan tak nampak pun macam tetamu di resort.

Kami di bawa tempat yang di namakan Unique Bar.





Sampai je masing masing terus..

"Waaaaaaaaaaaaaaaaahhh"
"Yang ini ada yang udah di reservasi. Bapak bisa aja pilih yang mana ngga di reservasi"

Pastu gila kejap tak tau nak pilih seat mana. Mostly seat depan romantik romantik memang dah kena reserved. Nasib baik kami sampai agak awal, memang tak ramai orang lagi.

Jenuh pilih port paling cun. 

Sudahnya kalau badan pun dah memang sebesar lori sampah. Kena la duduk sofa yang besar besar.

Minah pelayan tu minta diri dulu nak ambik menu dan kami bertiga dah hilang akal sebab nak bergambar.

Elok gak sebelum orang ramai.

Sebab Ayana Resort ni di bina di lereng bukit makanya kita akan sampai di rooftop dia dulu yang mana terletaknya Unique Bar ni.

UNIQUE Rooftop Bar reflects the wild and rustic nature of Komodo's timeless beauty with endless panoramas across sapphire seas with vivid sunsets that seem to last forever. Don't wait until tomorrow to plan that once-in-lifetime gathering, set against a backdrop of seamless lounges, open-air gazebos, and contemporary DJ sessions.

Jadi usha kawasan di Unique Bar ni dulu.................








Memang cantik gila tempatnya.

Pastu crew tadi datang ambik order.......

Angin kuat kain akak terselak.... opps

Kami di hidangkan kudapan dulu dengan fresh towel.... Kerepek pisang tu terasa sangat lazat dan bermutu walhal kalau hari biasa, pandang pun tak mau...

Menu... haram tak reti nak order. Main bantai je.


Pastu layan lagi suasana sekitar Unique Bar ni.










Layan minum minum dan kudapan ringan. Ntah apa kami order tapi sedap jugak lah. Takkan nak kata tak sedap kalau harga dah kira luar dari kebiasaan je.

Lainnya lepak dan borak borak. Orang pun makin ramai yang datang. Masing masing dengan gaya yang tersendiri. Memang nampak macam tetamu yang menginap di sini.

Tapi nampak gayanya sunset macam tak berapa nak menjadi hari tu. Ada awan mendung kelabu. Frust sikit lah tapi nak buat cemana.








Bosan gak tak tau nak buat apa. Akhrnya kami decided nak turun ke bawah ke arah jetty. 

"Kami masih mau duduk sini. Jangan di kemasin ya. Mau lihat lihat di bawah bentar"

Beria aku bagitau takut dia orang angkut minuman kami. Mesti dia pelik tengok kami. Dah lah tak nampak kaya, pastu cakap Indo pun macam dari belantara mana je bahasa. Ahaks !

Dari arah atas resort tersebut kami turun ke bawah dengan lif. Nak usha kawasan orang muka kena kelihatan lebih mewah berlipat kali ganda.

Usha bilik orang...

Tanda arah

Naga Bar

Pantai dia tak seberapa

Jetty menuju ke Naga Bar

Pemandangan Ayana Resort

Ada yang beraktiviti

Akhirnya sampai di hujung yang mana terletaknya Naga Bar.





Tak de apa yang menarik sangat pun kat situ. Bar lepak dan minum je. Dan kat sini hidangan dia lebih limited dari Unique Bar yang kat atas tadi.

Then kami patah balik semula dan habiskan masa mengusha kawasan resort Ayana ni.









Cantik dan lawa. Nampak mewah dan hebat. Terbaik sebab mungkin masih baru. Cabarannya mungkin tak ramai yang datang dan mampu menginap di sini atau willing to spend untuk penginapan di tahap ni.

Tapi tak mustahil mungkin meletup macam Ayana Ayana di tempat lain.

Selesai tu kami naik semula ke Unique Bar di belah atas. Sambung melepak di situ dan habiskan air. Eh air mahal mesti kena sedut sampai kering gelas tu !

Menanti sisa sisa senja yang tak berapa nak ada. Hati siapa tak luka kalau datang jauh jauh tapi tak dapat senja yang diharapkan. Pasrah !





Hati siapa tak luka dan takkan kecewa
Bila cintanya berakhir duka
Apa hendak dikata
Padi kutanam tumbuh ilalang

Hatiku telah patah dan menjadi luka
Korban dari keangkuhan cinta
Ingin kuraih bulan
Apalah daya tangan tak sampai

Kau putra bangsawan di tanah Malaka
Aku hanya wanita biasa
Mana mungkin cinta kita 'kan bersatu
Bila ayah ibumu tak restu

Di Selat Malaka, di ujung Sumatra
Dua hati kita satu dalam cinta
Di Selat Malaka, di ujung Sumatra
Cintaku terpisah, 'ku merana

Hatiku telah patah dan menjadi luka
Korban dari keangkuhan cinta
Ingin kuraih bulan
Apalah daya tangan tak sampai

Kau putra bangsawan di tanah Malaka
Aku hanya wanita biasa
Mana mungkin cinta kita 'kan bersatu
Bila ayah ibumu tak restu

Di Selat Malaka, di ujung Sumatra
Dua hati kita satu dalam cinta
Di Selat Malaka, di ujung Sumatra
Cintaku terpisah, 'ku merana

Tetiba tak jadi nak bersedih sebab nampak balam balam cahaya langit senja yang memancar tetiba.

Walau sedikit cukup lah sekadar mengubat luka.

Ayuh ! Dangdutan yok !










Hoyeah !

Dah abis melepak tu kami pun sedia untuk berangkat. Hari dah gelap jalan nak balik ke Labuan Bajo tu mencabar gak malam malam macam ni.



Bye bye Ayana Resort. Terima kasih !

Highly recommended untuk layan sunset kalau sesiapa berada di Labuan Bajo ni.


Balik ke Labuan Bajo kami cari port makan. Lapar ! Tadi tak mampu nak makan kat situ. Usha usha port makan akhirnya jumpa Warung Mama.






Alhamdulillah. Kenyang dah murah. Rasa pun OK. Kekenyangan balik ke bilik berehat.


Selesai hari ni di Labuan Bajo. Esok kami akan berangkat kembali ke Bali.... Namun trip masih belum berakhir. 

Ada explorasi yang bakal kami tempuh lagi nanti.

bersambung..................

6 comments :

  1. cantiknyeeeee viewwww diaaa...kira berbaloi la korang mai dengan muka acah2 mewah kannnn..bhahaha

    ReplyDelete
  2. Waahhh memang unik la bar tu. Alhamdulillah dapat senja nan merah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarikan terbaru di labuan bajo. kalau ke sana boleh usha usha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...