Friday, September 14, 2018

BOSNIA HERZEGOVINA | 06 SARAJEVO : Sarajevo - Part 01

Good morning Sarajevo !

Mentari sudah mula terbit

Masih awal pagi tapi sebab musim panas ni memang matahari tak sabar sabar nak muncul kembali setelah menghilang lewat petang semalam.

Aku dah terkebil kebil tak mau lena. Padahal semalam rasa mengantuk gila macam nak tidur satu hari jer. 

The beauty of travel time summer ni, siang awal jadi aku ada banyak masa nak explore city city ni walaupun kedai dan apa benda pun masih belum di buka. Aku OK je merayap time kurang orang ni. Plus awal pagi cuaca masih tak panas lagi.

Plan aku hari ni aku nak explore bandar Sarajevo ni usha usha keliling dan by tengahari aku akan ambik bas ke Belgrade. Destinasi di mana aku akan bermalam malam nanti !

Sebab dah tak lena, aku bangun dan bersiap siap. Mandi dan laksanakan apa yang sepatutnya sebelum keluar melihat kawasan Sarajevo yang turut merupakan bandar terbesar di negara Bosnia Herzegovina.

Ni hotel penginapan aku di Sarajevo ni

Gelap. Tak de orang. Tapi mamat semalam memang dah cakap front deck dia orang bukak petang sampai malam jer

Peta kawasan

Awal pagi, satu manusia pun tak kelihatan lagi

Dan bila siang siang hari ni baru aku perasan, hostel penginapan aku tu memang betul betul di kawasan Old Town Sarajevo ni dan hentian Bascarsilja.

Cross jalan je dah sampai di kawasan tumpuan

Sebilj yang menjadi mercu tanda Old Town Sarajevo

Kedai kedai di kawasan Bascarsilja Square

Aku just jalan dan usha usha kawasan persekitaran Sarajevo ni.

Sarajevo merupakan ibu negara dan bandar terbesar Bosnia dan Herzegovina. Ia juga merupakan ibu kota entiti Persekutuan Bosnia dan Herzegovina. Bandar ini terkenal kerana penduduknya yang berbilang agama. Penganut Yahudi, Islam, serta Kristian pelbagai mazhab telah mendiami bandar ini beratus-ratus tahun dengan aman dan damai.

Pada 1914, bandar ini merupakan tempat tercetusnya Perang Dunia Pertama, apabila Archduke Franz Ferdinand dari Austria mati dibunuh oleh seorang pengganas Serbia. Pada April 1992 sehingga 1996, Sarajevo telah dikepung oleh Angkatan Tentera Yugoslavia semasa Perang Bosnia.

Kini, Sarajevo merupakan pusat kebudayaan dan pertumbuhan ekonomi Bosnia dan Herzegovina yang berada dalam tempoh pemulihan selepas Perang itu.

Layan kawasan sekitar Oldtown Sarajevo....

Kedai kedai


Cafe cafe


Historical landmark


Clock tower


Deretan kedai kedai


Laluan di tengah bandar


Landmark


Laluan pedestrian yang merupakan kawasan beli belah


Hotel


Sacred Heart Cathedral


Ornate, 19th-century Gothic-style Catholic church with a marble altar, murals & stained glass.


Butik mewah


Cathedral Church of the Nativity of the Theotokos


Senibina klasik


Bank dan kedai kedai


Tram merentas kota Sarajevo


War Memorial


Vječna vatra - Compact memorial site honoring the victims of World War II with an eternal flame & inscription.


Matahari menyinar


Laluan utama 


Bangunan bangunan sekitar Sarajevo


Jalanraya di Sarajevo


Bangunan 


Sekitar Sarajevo


Kedai dan resto

Sampai hujung laluan utama, aku ke arah laluan menuju ke belah sungai Miljacka sebab dari jauh aku nampak satu bangunan yang menarik binaannya.

Macam another gereja. Tapi bila sampai then aku tau bukan gereja.


The Academy of Fine Arts 

Tapi asalnya ia memang bangunan sebuah gereja.....

The Academy of Fine Arts  The building was originally intended to serve as an Evangelical Church, it houses since 1981 the Academy of Fine Arts and a Exhibition Hall. One of the loveliest buildings in Sarajevo.

Di samping tu usha usha kawasan sekitar Miljacka River......












Dan perjalanan aku akhirnya membawa kepada Latin Bridge dan kawasan sekitarnya...

Latin Bridge - Jambatan batu dari zaman Ottoman

Plak peringatan


This bridge was the location of the 28 June 1914 assassination of Archduke of the Austrian Hungarian empire Franz Ferdinand, the event that sparked the beginning of World War I.


Emperor's Masjid

Lawa bangunan ni


Pinggir sungai


Bangunan modern


Bangunan lama

Jalan sudah mula sibuk


Seberang Miljacka River. Belah belakang sana la aku sesat semalam tu.

Jambatan merentas sungai

Perumahan di pinggir bukit sekitar Sarajevo

Oldtown Sarajevo

Salah sebuah masjid

Kiranya aku dah buat satu pusingan bandar Oldtown Sarajevo ni dan aku hampir kembali semula ke area hostel aku.

Masa aku berjalan tu, tetiba aku dengar something yang sangat familiar.

"Cepat ! Cepat ! Nanti kereta datang !"

Macam tu lah. Terus terdetik.....

"What language is that? Why it sounds familiar to my ears?"

Then aku usha..

Ewah ! Ada orang Melayu rupanya di sini. Siap berbaju Melayu......

Hello orang kampung !! Apa khabar???

Malas nak ganggu gugat mereka. Jauh sekali nak bertegur sapa, aku blah je...

Nak gi usha kawasan kawasan lain tapi... aku macam dah tak banyak masa.......................





Selepas usha usha kawasan aku nak balik ke hostel dan bersiap siap untuk ke bus station untuk destinasi aku seterusnya..........

bersambung................

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...