Wednesday, September 12, 2018

KEMBARA BALKAN - BOSNIA HERZEGOVINA | 04 MOSTAR : Kravice Waterfall | Međugorje

Lepas berhenti rehat makan tengahari tadi tu, kami bergerak lagi.

Kali ni menuju ke destinasi air terjun yang cukup terkenal di Mostar ni iaitu Kravice.

Aku rasa aku wajib datang tempat ni sebab aku dah skipped Plitvice Lakes National Park dari itinerary aku. Kira ni destinasi pujuk hati sendiri lah ni.

Kravice Waterfall, Mostar

Untuk sampai ke sini, perjalanan memakan masa sekitar 20 minit dari pekan Capljina tadi tu. Sepanjang perjalanan Sarah dok bercerita macam macam benda. Kisah masa perang dia lari ke Italy dan berkahwin di sana. Pastu laki dia buat hal dan dia balik bawak anak dia Salma semula ke Bosnia dan membina kehidupannya.

Banyak lah susah payah yang dia kena tanggung. Dengan kesan perang betul betul memberi kesan pada dia dan keluarganya.

Sampai di kawasan lapang

Park kereta di sini

Kawasan luas terbentang. Sebenarnya air terjun Kravice tu boleh nampak dari atas ni, tapi sebab banyak pokok pokok time summer ni, agak terlindung.

Kedai cendermata

Rasanya ada tiket di kena kan untuk masuk kawasan waterfall ni tapi semuanya dah di uruskan oleh Sarah.

Phamplet

Peta dan arah tuju

Air terjun ni sebenarnya terletak di belah bawah bukit bukit ni, so kena turun dan naik tangga. Tapi ada kemudahan tram bagi yang pemalas nak menapak. Logik gak time time summer panas ni, sakit kepala je.

Tapi kami memilih untuk menapak je turun anak anak tangga. Turun kira OK lah lagi. Ada railing sepanjang laluan berbatu batu. Curam gak lah. 

Ni kawasan picnic dan santai. Bukan kawasan keagamaan.

Dan perjalanan turun tangga tu membawa ke kawasan ni. Tempat santai nak rehat rehat

Sebenarnya kawasan atas ni adalah kawasan di mana air terjun bertakung sebelum terjun ke kawasan lebih bawah. 

So memang kena turun lagi. Tapi masa tu dah kedengaran deruan air berbunyi menyegarkan suasana alam.

Kravica waterfall, often erroneously called Kravice, is a large tufa cascade on the Trebižat River, in the karstic heartland of Herzegovina in Bosnia and Herzegovina. It is 10 kilometres (6 mi) south of Ljubuški and 40 kilometres (25 mi) south of Mostar. Its height is about 25 metres (80 ft) and the radius of the lake in the base of the waterfall is 120 metres (390 ft). Kravica is a popular swimming and picnic area and, during the summer, it is frequently visited by tourists from Mostar, Medjugorje and Dubrovnik.

The Kravica Falls area also has a little cafe, a rope swing, a picnic area, and a place to camp. The best time of year for visiting is during the springtime when the fall is at its fullest and the arid landscape turns a bright green. During the high season, various restaurants in the vicinity of the waterfalls mostly offer grilled dishes and fish specialties. Near the Kravica Falls is also a small grotto with stalactites made of calcium carbonate, an old mill and a sailing ship. The owner of the waterfall was the famous municipal councilor, landowner, benefactor and philanthropist from Ljubuški, Zaim-beg Selimić.

Masa turun tu baru lah nampak air terjun tu dan memang first time tengok aku rasa tempat ni memang lawa.





Kelihatan ramai orang mandi manda di kolam yang luas dengan air yang hijau jernih.

Hijau menawan airnya. Tapi Sarah kata banyak ular ! Buat aku cuak jer.

Ada gak port port berkelah dan gerai makan di tepi tepi

Dan ada jambatan menyeberang ke arah sana yang lebih dekat dengan waterfall dan lebih ramai sedang bermandi manda

Tapi memang ramai gak orang. 

Time panas panas macam ni

Ada gak yang melepak

Dan yang berani memanjat

Agak tinggi dan licin jugak la kot. Bahaya

So nak lepak area area tu memang tak de port. So aku kena pegi belah lain. 

Cross balik jambatan kayu ni

Usha view

Ada restaurant

Aku memang tak de plan nak mandi or bebasah basah. Just nak cari port cun duduk lepak lepak dan menikmati pemandangan alam. 

Tapi kalau orang dah ramai nak jumpa port sunyi sepi pun tak der.

Tepi resto

Agak jauh dari hiruk pikuk manusia

Sedikit tenang di sini

Air berlumut

Ada yang berkayak

Meniti titian usang

Lumut hijau

Pelangi

Baru nak feeling feeling santai sambil rendam rendam kaki, ada pulak yang datang menumpang. Pastu mandi manda depan aku. Bosan betul. 

Lepak lebih kurang, dan seperti yang di janjikan untuk bertemu Sarah dan geng geng tadi semula di atas, aku pun siap siap naik. Dekat 2 jam lebih gak lah aku kat waterfall ni.

Layan lagi view di Kravice Waterfall ni.............
   








Bagi aku tempat ni memang berbaloi baloi datang !

Kedai jual hasil hutan

Apa benda ntah

Laluan naik ke atas. Terpongeh gak lah.

Dah sampai ke atas semula.

Aku paling awal muncul. Biasalah orang Melayu kalau berjanji di luar negara memang bagus macam ni lah. Awal je. 

Tapi bengang gak la aku mamat yang join aku tu dia gelak gelak tengok aku pakai jeans pegi waterfall. Salah OOTD kah aku?

Lantak ah ! Kat Malaysia cuaca panas macam ni aku relax je pakai jubah ke sini ke sana. Kann?

* padahal memang panas pun tapi aku cuma bawak jeans tu je.

Patsu kami bergerak ke destinasi terakhir.

Terletak tak berapa jauh dari kawasan Kravice Waterfall tu dan memang laluan balik ke Mostar semula.

Tempat ni nama dia Međugorje

Međugorje is a town located in the Herzegovina region of Bosnia and Herzegovina, close to the  border with Croatia. The town is part of the municipality of Čitluk. Since 1981, it has become a popular (but still unapproved by the Vatican) site of Catholic pilgrimage due to reports of apparitions of the Virgin Mary to six local children, 10 years before the Bosnian War broke out. 

This called for prayer, conversion, fasting, penance and peace.

Statue Virgin Mary

Kawasan sekitar

Luas dan lapang

Gereja

Dikelilingi taman

Aku sendiri pun tak de idea apa benda tempat ni sebenarnya. Dah orang bawak, aku ikut kan jer. Later aku tau tempat ni adalah salah satu tempat suci agama Katolik yang mana di tempat ini lah di khabarkan sekumpulan kanak kanak melihat Virgin Mary membuat kemunculan.

Tak tau lah. Aku pun tak pasti dan aku datang pun bukan sebab aku percaya. Cuma sekadar nak tengok sendiri tempat yang diibaratkan macam tempat mereka datang beribadah.

Tapi aku impress dengan kawasan mass ni yang di bina luas gila

Memang cukup luas untuk menampung ramai penganut yang datang dalam satu satu masa

Međugorje (the name is of Slavic origin, and signifies a region between mountains) with the villages of Bijakovići, Vionica, Miletina and Šurmanci, forms a Roman-Catholic parish where today about 5000 inhabitants live. The pastoral care of the parish is confided to the priests of the Herzegovinian Franciscan Province of the Assumption of Mary.

Thanks to the reports of Our Lady’s apparitions, Međugorje became a place of gathering for a multitude of pilgrims from the whole world (in the first 20 years, more then 20 million), and one of the biggest prayer centers in the world, comparable to Lourdes and Fatima.

Di sini juga lah tempat mereka datang menyucikan dosa

Bilik bilik pengakuan

Dari macam macam negara dan bahasa

Međugorje

Aku usha usha kejap je. Then aku balik ke kereta. Lama tunggu yang 2 orang tu lagi. Mungkin dia datang nak naik haji di sini.

Parker pun bosan menunggu. Tapi memang baik anjing ni.. tak de buat hal pun.

Then Sarah kata Dada sibuk call dia tanya bila nak sampai sebab Dada takut aku termiss naik train ke Sarajevo.

Selesai semua kami bergegas balik ke Mostar semula.

Kembali ke Mostar

Muka bumi Mostar

Dan kami tiba setengah jam awal dari pukul 8 malam. 

Aku balik ke hostel Dada dan ambik beg. Sarah bagitau aku hari tu birthday Mak dia. So aku dengan sumbangnya nyanyi kat Dada dan wish Happy Birthday.

Dia suruh nyanyi lagu happy birthday dalam bahasa aku. Aku nyanyi lagu Allah selamatkan kamu.....

Dia pun Islam apa.. tapi dia macam tak faham jer.

Pastu Dada siap hantar aku sampai ke train station.

Beli tiket dan tunggu train

Dan aku akan menuju ke Sarajevo sekarang ni.........................

bersambung...............

10 comments :

  1. Terbaik Kravice Waterfall ni..menusuk jiwa tengok air jernih macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa tapi banyak rumpai.... cuak je tetiba kang ada ulaqq

      Delete
  2. Terbaik la nyanyi lagu birthday P Ramlee! 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kalau nyanyi lagu rasa sayang pun dia lagi terhibur kot

      Delete
  3. Cantiknyaa... pelangi yg muncul tu buat teringt air terjun pelangi sungei lembing pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. emang syantik.....
      sungai lembing tu ada lembing tak? hahaha

      Delete
  4. "Allah selamatkan kamu!" hehe naisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila artis antarabangsa sesekali buat konsert di bosnia....

      sorakan bak halilintar...hahahaa

      Delete
  5. Terharu tak Dada dgr hang nyanyi meng?? Hahaha..bagus Dada dah boleh jadi mak angkat hang tue meng 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik makcik dada nih..

      aku anggap dia sebagai peminat je lah kot...hiks

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...