Tuesday, April 3, 2018

WARUNK KOFFE, Bandar Pinggiran Subang

Kawan kawan ajak minum. Okey !

Kawan kawan ajak makan. 

Korunk pun mesti suka kalau kawan kawan korunk ajak keluar makan kan? Rasa dia Zassss macam terus ke atas !

Tapi kalau kawan kawan ajak makan tapi kawan kawan tak makan? How? Korunk pun mesti rasa tak best kan? Macam bermotifkan niat jahat nak suruh aku obese sorang sorang. 

Gi lepak minum minum di sini !

Nama tempatnya Warunk Koffe. Hipster sungguh ejaan. Aku tak leh digest... warunk.. korunk.. isk 

Tempatnya terletak di area Bandar Pinggiran Subang dekat dengan KFC besar tu. Actually ni adalah owner yang sama atau di bawah management yang sama dengan Wood & Steel. Dulu opposite tu ada Wood & Steel tapi sekarang dah tutup. Dan aku pernah lepak makan di situ sekali dulu.


Lepas dah tutup, tup tup muncul lak warung kopi yang hispter tahap dewa dewa macam ni kat area berdekatannya.

Tengok setting kedai memang macam Wood & Steel jugak so tekaan aku rasanya tepat.

Port lepak gaya have have pekena kopi kopi 

Outside

Lot kedai

Kafe

Bad bad bad bagi yang diet

Dia macam ambik 2 lot so kafe dia agak besar jugak. Tapi penuh dengan perkakasan dan perhiasan.  Dah macam tapak pelupusan barangan terbuang je. Tapi tak pe, perkakasan yang ada tu boleh di jadikan tarikan untuk orang datang tengok.

Now usha setting kafe-nya.

Dok luar

Ada tempat barista buat coffee

Atau belah dalam kalau nak aircond

Atau suasana lebih luas dan santai.

Aku memilih duduk belah luar sebab ada mambang.

Sebab nak berdamping dengan ashtray lah wahai si mambang

Macam Wood & Steel jugak, hiasan dalaman dia memang lain dari yang lain. Barang barang kaca dan besi. Perabut perabut kayu dan macam macam benda lagi di jadikan part of cafe punya design. 

Usha sikit suasana.

Stock stock kamera lama

V for Vandetta

Van pun ada

Petrol pump zaman purbakala

Dan barangan barangan lain yang macam selayaknya berada di dalam muzium dah. 

Tapi bagus gak kafe dia buat cam ni, so boleh jadi sebagai muzium barangan lama secara tak langsungnya. Boleh lah mengimbau sikit sikit maybe sesapa pernah guna atau ada.

Dan paling menarik yang ni.

Oh ! Handphones zaman dinosaur baru nak masuk alam puberty. Mengimbau betul model model stok baling anjing ni dulu dulu.

Dah tu setakat datang nak tengok barang barang dan mengimbau kenangan silam memang tak patut lah, so kembali kepada misi asal kawan kawan ajak minum, jadi kena order lah something kat sini.

Konsep di sini adalah layan diri. Order bayar pastu dia hantar ke meja.

Baru lah lu, gua ... brader ! Sepatutnya brader sama brader aci makan free la kan?

Usha menu. Meals dia western dan fusion sikit.

Ada minuman cocktails, mocktails, desserts dan paling penting.... kopi.

So order kat kaunter dan jangan lupa bayar !

Kembali ke meja dan start berborak macam tak de orang di persekitaran

Sambil tunggu pesanan sampai.

Minuman sampai dulu. 

Aku order cappucino. Kawan kawan yang beriya ajak aku minum ni cuma minum kopi kampung dengan teh o limau suam.

Menjaga suara kah? Artis kah mereka macam aku ?

Tak ! Tak ! Tak ! Sebab setakat order kopi kampung macam tu mana layak nak sekufu dengan cappucino tu. Hahahaha

Eh tapi cappucino dia tu sedap. Maybe adik yang buat kopi tu pun cas cas awek manis manja.

Dan sebab aku macam lapar aku oder makan !

Oriental Chicken Chop.

Ya. Aku sorang je order. Macam ni la kawan kawan kalau asyik nak jaga body. Dia orang ingat dia orang boleh kurus?

Sebab aku rasa tergugat, so aku makan tak abis. Tapi sebenarnya macam tak berapa sedap sangat makanan tu. Jadi pasrah !

Duduk meepak borak borak bercerita dan di tambah dengan gossip gossip liar dalam dan luar negara buat kami terlupa masa. 

Dan sambil borak tu di lot sebelah, cafe yang sama ada orang busking. Jelas gak dengar. Dan malangnya tak sedap. Sebagai artis dan juri tetap aku jadi tak senang duduk.

Orang makan dan ditemai oleh buskers yang sedang busking

Memang tak berapa kena dengan selera telinga aku nyanyian mereka. Rasa nak gi rampas microfon dia tu dan tarik key Ramlah Ram. 

Kau kunci.........

Tak paham cemana orang orang tu boleh dengar dan bertahan. 

Agaknya kalau aku yang nyanyi mesti repeat order semua orang tu. ( bungkus dan cepat cepat lari balik rumah )

Gagal mengawal diri, 20 minit kemudian........................................



Hai apa khabar
Apa khabar sayangku
Lama tak jumpa
Terasa sungguh rindu

Alangkah riangnya hati
Oh bila jumpa lagi
Kita bersama-sama dan gembira 2x

Aku disini sekadar menghiburkan
Semoga engkau terhibur bersamaku
Marilah kita menyanyi dan kita menari
Mengikut rentak dan bergembira 2x

Lama tak jumpa
Kini bersua
Aku sukakan mu
Ku cinta pada mu
Engkau sukakan ku
Kau cinta pada ku

Mari bersama mari ikut dengan ku
Kita bersenda menghilang rasa duka
Dua tiga boleh cari mana sama dengan mu
Banyak yang istimewa ada pada mu

Sampai sini nak buat apa lagi...? Menghiburkan peminat peminat lah. Kan lama dah tak jumpa

Cemburu dan tak puas hati dengan mamat buskers tadi tu so kami sendiri yang menyanyi. Dah lama tak cuci tekak ni.

Dapat menyanyi lagi lupa diri.

Start menyanyi dari pukul 10 malam sampai 4 pagi. Siot je mamat tu memula kata aci nyanyi sampai pukul 4. Agaknya dia rengsa dengar suara aku kot, dia stopkan jam 3. 

Tak puas hati dan tak puas nyanyi lagi !

* sorok microfon dalam baju

Sampai pagi kami bertiga menyanyi. 

Tapi gi karoks je pun. bukan gi Zouk ada acara launching tudung ! * hiks

Anyway, boleh try Warunk Koffee yang aku bagitau tadi.

WARUNK KOFFIE
No 10G & 12G Jalan Apollo CH,
Bandar Pinggiran Subang
40150, Shah Alam,
Malaysia
Hours 10:00 AM - 11:00 PM

fb : Warung Koffie by Wood&Steel

Dan boleh jugak ke Red Box berdekatan kalau bakat dan lama terendam tak di asah !

4 comments :

  1. Meja dia ada rantai basikal..unik betul..

    ReplyDelete
  2. ingat karoks nyanyi lagu zur eda tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. tapi kang org org karoks bilik bilik sebelah bertempiaran lari.

      tetiba zur eda suara lagi jantan pada suara sedia ada.. ahaks

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...