Tuesday, April 24, 2018

REPUBLIC OF MACEDONIA (FYROM) | 02 SKOPJE : Skopje Dan Justin Bieber

Gempak tak tajuk yang di pilih?

Itu bukan Justin Bieber penyanyi tu tapi si anjing hitam yang konon nak ikut aku tapi dah hilang ntah ke mana. Dasar tak setia !

* mati lah emo

Masih lagi di Macedonia Square di Skopje.

Yang ada statue Alexander The Great 

Statue

Dan kawasna dataran ni memang kawasan tumpuan. Baik untuk shopping, santai, melepak dan kawasan tarikan pelancongan.

Usha sikit apa ada di sekitar kawasan Macedonia Square ni dulu.

Even though most of the interesting sights are on the other side of the Stone Bridge, there are couple of interesting sights around Macedonia Square. The square has changed a lot after the earthquake, most of the neoclassical buildings are gone except for a small section of houses in the center. Some more are on Maksim Gorki street and around (look for the Italian Embassy and the Arabian House Hotel). 

From the main square when you turn to enter the shopping mall look for a marked place. This is the place where the house of Mother Theresa used to stand. She was born in this house and lived here until she turned 18 when she left first for Ireland and then for India. Several statues of Macedonian revolutionary figures can also be seen, such as Goce Delcev Dame Gruev in addition to older figures such as Tsar Samuil and Justinian the First. By far the most impressive stature is that of Alexander the Great, standing at some 26m in height.

Macedonia Square

Map

Hotel

Cafe

Mall dan casino

Shopping

Monument of Tsar Samoil

Sebab hari masih pagi dan orang orang kat sini masih lena di buai mimpi dan buat taik mata jadi kawasan ni agak lengang. Macam pelik je aku sorang je yang berjalan pagi pagi ni. 

Tapi mana nak tuju lepas ni?

Sebab aku pun tak de map so berpandukan pada papan tanda penunjuk arah je lah

Dan peta bandar

Jalan ikut laluan

Dan membawa aku ke satu tarikan penting di Skopje ni iaitu... Mother Theresa House.

Not far from the City Museum. Mother Teresa was born and lived in Skopje until she was 18. The original house is no longer present, but there is a beautiful and tranquil modern chapel and interpretive centre on the site.

The house

Pandangan hadapan

Tak bukak pun lagi

2 tingkat

Rasanya ada part kena bayar kot nak masuk. Tapi pagi tu tak de orang jaga pun

Ada banyak info pasal Mother Theresa ni

Dan sumbangan serta kata kata beliau

Gambar gambar

Belah belakang

St. Constantine and Elena'' Church sebelah Mother Theresa House

Plak peringatan

Statue Mother Theresa... macam ngeri lak aku sorang sorang tengok statue ni pepagi

Masa nak gerak dari Mother Theresa House ni aku konon konon nak pegi ke City Museum. Masa berjalan tu aku terserempak dengan sorang mamat ni. 

Macam perkampungan Zombie tak de orang, tetiba jumpa orang. DIa pun senyum tegur aku, aku pun buat ringan mulut tanya dia pasal City Museum  kat hujung jalan sana. Berbaloi ke nak pegi. Tapi mamat ni jawab museum tu tutup !

So aku pun malas nak pegi, patah balik semula jalan kaki kembali ke Macedonia Square.

Masa berjalan tu mula mamat tu ajak sembang sembang. English dia sangkut gak tapi boleh lah nak faham.

"You from Sofia?"
"Yes. How do you know?"

Musykil gak aku macamana dia tau.

"We in the bus. Together"
"Oh. we were in the same bus last night from Sofia?"
Serious aku tak perasan ! Sombong bongkak riak berlagak tak aku di bumi orang? 

Lagi pun.. perlu ke nak berkenal kealan dengan penumpang lain? 

* begitu aku sambung berlagak.

"You know what driver told you? He scold you?"
"Yeah.. but I didnt understand"
"You cannot smoking at the boarder"
"Oh.. I see. I thought he was mad at me because the immigration took away my passport"

Baru aku faham kenapa pakcik bas tu semalam macam kena sawan marah aku. Ingatkan pasal apa ! Sorry. I didnt know !

Kami berdua jalan jalan sampai ke Macedonia Square semula sambil sembang sembang.


Masih lengang

Marriot Hotel

Rupanya mamat ni dari Bucharest, Romania dan dia nak balik ke Lake Ohrid. Dia naik bas dari Bucharest ke Sofia dan Skopje sebelum balik kampung dia di  Lake Ohrid. 

Dan dia adalah seorang Dentist di Bucharest.

Sebab dia nak jumpa cousin dia nanti pastu naik bas malam ke Lake Ohrid dia jalan jalan dulu kat Skopje pagi ni.

Dan dengan baik hatinya dia offer nak bawak aku jalan jalan tunjuk tempat sekitar Skopje ni.

Oh. good... rasa macam rezeki awal pagi tetiba ada tour guide bawak aku merayap. Nak harapkan Justin Bieber tadi ntah ke mana menghilang.

Aku dah lupa nama mamat tu tapi macam Yerev something like that !

Memula dia bawak aku ke Porta Macedonia tak jauh pun dari Macedonia Square tu.

Porta Macedonia (Macedonian: Порта Македонија) is a triumphal arch located on Pella Square. 

The arch is dedicated to 20 years of Macedonian independence and its outer surface is covered in 193 m2 of reliefs carved in marble, depicting scenes from the history of Macedonia.

It also contains interior rooms, one of which has a function of state-owned souvenir shop, as well as elevators and stairs providing public access to the roof, allegedly intended as space for weddings.

Arch

Ada jugak kata kata hikmat Mother Theresa di sini

Di bawah Porta Macedonia

Binaan

Macedonia Square dari arah Porta Macedonia

Tak jauh dari situ dia tunjukkan aku Bangunan Parliment (Built in 1938 by Viktor Hudak in modernistic style.)

Bandar Skopje

Porta Macedonia 

Seterusnya kami kembali ke Macedonia Square sekali lagi dan bergerak ke tepi Vardar River. Di situ terdapat satu lagi monumen penting iaitu..............

Dame Gruev Monument. Beliau adalah а Bulgarian revolutionary and insurgent leader in Ottoman Macedonia and Thrace

Justinian Statue

Dan tiba tiba masa kat situ, aku perasan kelibat hitam berlari lari riang !

Justin Bieber ! Kau kembali kepadaku....

Ntah ke mana dia menghilang sejak tadi. Tapi mengejutkan, kali ni dia muncul berteman.

Bersama Katy Perry

Comot Katy Perry tu. Langsung tak nampak vogue. Jadi ni la keje Justin Bieber tadi menghilang. Gi berdating rupanya.

Yerev ajak aku ke satu tempat. Dia nak tunjuk Office Government of Macedonia. Aku memula macam tak nak ikut sangat sebab aku rasa macam salah haluan. Tapi mamat ni insist pulak. Terpaksa la aku pura pura bersetuju.

Nampak bangunan ni

Dan Kale Fortress dari jauh

Bangunan di Skopje

Jalanraya

Millennium Cross kelihatan

Bangunan pejabat Pos

Dan ni lah bangunan Government of the Republic of Macedonia

Bukan boleh masuk pun. Tengok dari luar pagar je. Tapi mamat Yerev ni macam bangga gila nak bagitau pasal tempat ni.

Aku layan kan je lah.

Oh.. ada concert Sting... hi Sting... aku pun macam dah stink ni.

Lepas tu kami patah balik semula ke Stone Bridge. Masa menapak tu lah, tetiba Justin Bieber berkejar kejaran dengan Katy Perry dia tu pastu dan dan si Katy Perry tu jilat tangan aku !

Cis !!!

Rupanya mereka kini bertiga ! Patut lah syok sangat. Ber3some rupanya dengan sekor lagi bernama Selena Gomez

Terkejut gak sebab dia datang dari belakang dan aku memang tak sedar. Abis lah basah kena air liur dia. Nak tak nak sampai kat sungai tu, aku menyamak. Ke menyertu?

Mamat Yerev macam pelik tetiba aku ambik pasir segala dan basuh tangan bersungguh sungguh ! Dah la sungai tu banyak batu.

Macedonia Square dari atas Stone Bridge

Justinian Statue

Atas Stone Bridge

Vardar River

Aku dan Yerev berjalan melintasi Stone Bridge

Justin Bieber, Katy Perry dan Selena Gomez tetap turut serta..........

Tapi kesian Justin Bieber macam jadi jantan tak guna je untuk 2 wanita banjingan tersebut !

Maju sini lu anjing !

bersambung................

8 comments :

  1. Meng, aku syak Justin Bieber tau ko artis antarabangsa...tu pasal mengekor sambil membawa Katy Perry & Selena Gomez..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun merasakan begitu.....

      aura international aku hanya mampu di kesan oleh anjing anjing saja.

      * cry

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...