Wednesday, April 11, 2018

DAPOPURO, Bandar Bukit Puchong

Tersadai di Puchong, cari kedai makan !

Masa ni aku dengan Hero jer. Dia lapar.

Cari cari dan jumpa kedai ni secara tak sengaja.

DapoPuro di Bandar Bukit Puchong

Agak pelik dan tak familiar. Siap aku usha usha dulu dari luar aci masuk dan makan kat sini kah?

Tapi tengok pelanggan macam OK. Jadi kami cuba je lah !

Masuk masuk riki riki, rupanya kedai ni menyediakan makanan Sarawak.

DapoPuro. District 13 cuisine

Usha dulu setting dalam cafe nya.

Luas

Bersih

Menarik

Hiasan pun dari Sarawak

Hello ! Kami datang nak makan. Tak nak ambik order ke?

Tak payah nak call. Memang waiter dia menunggu. Datang bawak menu.

Usha menu.

Simple je buku menu nya

Pasti blank tak tau nak makan apa

Memang tak de lah aku ni peminat setia makanan Sarawak, tapi tak salah mencuba dah alang alang datang sini. Nak gi Sarawak ntah tak taunya bila .......




Antara menu yang ada di sini adalah Nasi Aruk Terubuk Masin dan Nasi Aruk Buah Dabai. Teh C Peng Special menggunakan Gula Apong Sarawak. Nasi Campur Sarawak, Ayam Pansoh, Kuyong Masak Kicap dan Tempoyak Goreng serta linut.

Orang Sarawak sure tau dan familiar.

Air sampai dulu

Aku nak try mee kolok tapi........... hahah aku tak tau cemana nak makannya. Terkebil kebil fikir, apa nak isi, cemana nak bancuh. Last sekali panggil waiter tu dan dia ajarkan.

OK lah... Sekali sekala bertukar selera. Not bad juga.

As usual Hero aku dengan makanan pilihan dia

Dan dia order nasi goreng.

Overall, tak berapa kena dengan tekak aku tapi pilihan yang menarik bagi yang mencari makanan dan masakan dari Sarawak.

Owner dia pun agak friendly jugak. Cuma lokasi agak out of nowhere !

DAPOPURO
No 41 Jln BP 7/2 Bandar Bukit Puchong 2,
Bandar Bukit Puchong,
47120 Puchong, Selangor
Tel : 016-411 1015

Di persilakan datang mencuba.................

6 comments :

  1. Menarik juga ni, pada anak jati sarawak dan peminat makanan sarawak dah tentu boleh melepaskan rindu kan...

    Salam Perkenalan Eita Pengedar Vivix Shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... khusus untuk anak anak jati sarawak.
      jangan lupa pakai pua kumbu... !

      Delete
  2. Replies
    1. aku pun tak reti.

      konon nak mulakan entry dengan bahasa seghawak tapi kang org serawak kecam lak

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...