Makan lagi. Kali ni kita ke Subang.
Apa? Subang kat mana? Subang kat telinga lah !
Chia.. Chia.. Chia..
Nama kedainya, Tomyam Udang Galah terletak di bandar pinggiran Subang dekat dengan Subang Bestari
Ya ! Soalan korang sama macam soalan anak aku.
"Kedai Cina ke Papa? Kenapa ada tanglong Cina?"
Jawapannya kedai Melayu. Tanglong tu maybe sekadar hiasan sempena CNY dulu.
Ni setting dalaman dia. Kedai biasa kat lot kedai jer.
Ruang yang luas untuk menampung pelanggan yang datang berpusu pusu
Tak banyak ambik gambar kedai sebab orang ramai. Malu !
Now usha menu. Apa yang boleh di makan di sini.
Menu
Dengan hidangan seafood
Dengan macam macam jenis masakan
Dan pakej yang boleh di pilih
Orderlah sesuka tekak sendiri
Orang agak ramai hari tu jadi kenalah menunggu. Membuat pilihan pun agak lama sebab banyak sangat hidangan yang nampak lazat dan tak tau mana satu nak di oder.
Minuman sampai dulu.
Habuan masing masing
Sebab macam agak lama menunggu, tokey tu hidangkan keropok goreng dulu. Free katanya. Sedap keropok ni. Katanya datang dari Hitaly !
Memula macam nak makan nasi dengan pakej lauk lauk tertentu tapi OR aku ada citarasanya tersendiri. So kasi can dia order apa dia nak makan.
Dia punya sampai dulu.
Sup ekor
Udang galah masah lemak
Di hidangkan dengan nasi dan sambal belacan.
Tapi aku pulak ada citarasa lain. Dan dengan Hero aku ambik pakej untuk 2 orang makan, ada ketam dan beberapa hidangan lain.
Ketam masak cili
Ikan siakap masak masam manis. Kalau goreng garing aku aci je makan belah tepi tepi yang rangup tu.
Ketam mncul semula
Pilihan sayur. Kailan ikan masin
Dan terakhir, highlight malam tu, udang galah masak tomyam seperti yang di gembar gemburkan.
Makan !
Jadi makan lah. Pakej untuk 2 orang makan tu rasanya macam boleh makan 4 orang.
Sudahnya tak abis makan sebab macam banyak sangat hidangan. Tak pe boleh tapau makan kat rumah.
Itu kucing kekenyangan
Overall makanan adalah sedap tahap cenggini !!!!
* tunjuk ibu jari
Setiap lauk yang kami order semua rasa sedap sedap belaka. Memang tak salah order. Seafood fresh fresh belaka. Ada masalah sikit sebab udang galah tak cukup jadi tokey kedai gantikan dengan udang harimau untuk tomyam tu. Kedai bersih cuma toilet je kureng skit.
Tokey dia memang friendly. Orang kelantan rasanya. Kejap kejap datang dan tanya OK ke tak. Memang OK lah ! Siap bagi diskaun lagi.
Harga semua makanan tu RM 160. Puas hati. Portion lauk lauk pun banyak. Kalau order untuk 2 orang tu memang aci makan 4 orang !
Tak segan dan silu aku recommend kedai ni bagi yang ingin menikmati rasa seafood dan udang galah sebenar !
5 bintang !
31 G, Jalan matahari U5/Z
Bandar Pinggiran subang
Shah Alam, Malaysia
Call 010-894 8447
FB : tomyamudanggalahsubang2/
Selamat mencuba !
keno try ni...
ReplyDeletesilakeyyyy
DeleteWahhh..meng dah recommend ni. Mmg wajib try gayanya..
ReplyDeletewajibul ghunnah.....
Deletekena dengung skit. hahahah
Masa duk subng.mmg wajib la tiap minggu makan sini, mkn tomyam udang galah n sup ekor. Sedap gila
ReplyDeletetu lah... semoga terus maju jaya perniagaannya
Delete