Tuesday, April 17, 2018

PUTRAJAYA Sepintas Lalu

Jalan jalan sekitar Putrajaya.

Bajet bajet tourist !


Kalau orang yang dah biasa ataupun memang warga Putrajaya memang dah tak heran kan? Tapi gelabah tahap gaban gak kalau tetiba orang datang dan kita di minta untuk bawak ke tempat tempat menarik sekitar bandar Persekutuan ni. 

Macam tak pasti kat mana port nak bawak sebenarnya untuk sesi gambaria.

Sini aku share sikit port mana nak bawak untuk mereka yang tak biasa supaya dapat melihat Putrajaya ni dari sudut luar biasa.

01. MARINA PUTRAJAYA

Kawasan dekat area Pullman Hotel tu. Nampak bangunan 4 beradik dan kawasan sekitarnya. Area belah belah Hotel Pullman tu cantik juga.







02. MASJID BESI

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak di tepi tasik. Lawa dari dalam dan luar kawasannya. Sebab ada kolam dan nampak biasan view tasik sekitarnya.








03. TEPIAN TASIK MASJID BESI 

Area area tu jugak lah. Santai petang layan sunset pun menarik.








04. SEKITAR PRESINT 2

Sepanjang persiaran perdana dari Presint 4 sampai ke Dataran Putra banyak bangunan cantik cantik dengan senibina yang menarik. 












05. MASJID PUTRA 

No doubt, one of the best spot di Putrajaya. Ambik dari arah mana pun, masjid Putra memang selalu menang dalam gambar !







06. DATARAN PUTRA

Spot yang menarik jugak dan wajib di ambik port.







07. TAMAN SERI EMPANGAN

Kawasan Taman Seri Empangan dekat PICC ni lawa jugak. Tenang dan damai area ni.








08. EMPANGAN PUTRAJAYA

Port sunset paling lawa di Putrajaya !






09. SEKITAR PUTRAJAYA

Banyak sebenarnya port menarik nak ambk gambar di sekitar Putrajaya. Taman Wetland.  Taman taman lain pun menarik jugak macam Taman Warisan. Taman Botani yang ada Astaca Morroco dan juga Taman Putra Perdana yang merupakan roundabout terbesar di dunia tu !










10. LAIN LAIN

Pendek kata, kalau nak bergambar di Putrajaya memang tak kalah view view sekitarnya. Jambatan jambatan pun ada boleh singgah. Tapi cari port yang sesuai yang selamat, takut nanti kang lain jadinya.






As usual, kalau aku bawak orang, tapi aku lagi over ambik gambar. Nak buat cemana. Dah sebati dalam diri !

* baring atas jalan dan tala lens ke langit  

Kalau nak port yang lagi rare kena tanya kakak kakak dan abang abang kawasan. Warga Putrajaya pastinya lebih terror.

Enjoy Putrajaya !

15 comments :

  1. Naik cruise dan tengok view dari tengah tasik. View lagi menarik dari situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. x sempat lagi naik cruise tu...

      Delete
  2. Ehem ehem...kaklong kawasan Putrajaya masuk mengadap. Nak cakap sikit:
    1. tak tau pun roundabout tu terbesarrrr di donia!hahaha
    2. 08. Empangan Putrajaya tu aku setujuuuuu port sunset paling cantikkk aku pernah tengok kat Putrajaya ni...gila punya cantik!satu lagi cun depan Umai tu...pun lawoo...
    3. Meng ko tak pernah terjah lagi ke Dataran Pahlawan tu?aku tak pernah pi lagi, ko pi usha dulu please!hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.
      1. apa ni ? kata kakak kawasang... kena ambik tau tu.
      2. betul... tapi tak sempat aku sampai situ time sunset. lain kali je la pegi usha lagi
      3. aku baru perasan baru baru ni tempat tu nama dataran pahlawan. tengok dari jauh je. malas nak parking
      kau je la pegi dulu !.. please kakak kawasan.... !

      Delete
  3. kite orang Putrajaya pun jarang jenjalan tempat2 menarik kat putrajaya tu..hehe..blh bawak pegi Astaka Morocco or Taman Wetland jugak...kat Wetland ade menara tinjau..blh la naik meninjau menskodeng apa yg patut..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wetland tu bukan banyak nyamuk ke?
      ada member ckp berhantu situ. tak tau la hantu apa yang ada.. takut lak nak gi check

      Delete
  4. senibina bangunan pejabat di Putrajaya cantik2...tak pernah lg pergi Menara Millenium tu...mcm pensil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha.. atas tu ada kapsul wawasan 2020 yang di tulis dulu masa tun M buat wawasan 2020 tu.

      so tahun 2020 nanti kapsul tu akan di bukak dan di baca.. (harapan anak anak muda )

      Delete
  5. Salam owner blog Supermeng Malaya. Mohon update blog list Supermeng Malaya dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah update blog list blog saya dengan blog Supermeng Malaya yang pandai cari port untuk ambik gambar bangunan. :D

    ReplyDelete
  6. Dah 2 hari x update blog g jalan2 lagi ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ader.... entry schedule salah tarikh. hahahaha mamai...

      tak pe. rehat jap

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...