Tuesday, January 3, 2017

Persiapan 2017 - Back to School

Sesi persekolahan tahun 2017 dah bermula !

Back to school !

Seperti biasa, hujung hujung tahun ni lepas puas bercuti, ada aktiviti penting yang perlu di laksanakan oleh semua para ibu bapa.

Mencari kelengkapan persekolahan !

Dan tahun 2017 ni lebih mencabar sebab Princess dah masuk darjah 1 dan kelengkapan dia pun nak kena sediakan juga. Jadi cabaran makin bertambah, dan mak bapak pening lalat nak memastikan kelengkapan anak anak mencukupi dan semua yang di hajati diperolehi !

Untuk tahun 2017 ni, aku tak de plan nak gi cari kat mana mana pun, cuma tempat tempat biasa yang pernah aku pegi untuk mencari kelengkapan mereka tahun tahun sudah, so tahun ni, kedai kedai yang sama jugak la kami tujui.

Bermula di Shah Alam.

Plaza Alam Sentral

Gigih datang sini walaupun sebelum ni tak berapa nak ambik pot

Demi satu misi ! Pegi kedai Canggih !

Canggih memang menjadi salah satu kedai kelengkapan untuk cari uniform sekolah. Malangnya kami datang sini tak banyak choice. Maybe size dah kurang untuk Hero dan kualiti pakaian Canggih ni macam berbeza pulak kali ni.

So tak banyak yang kami sambar di sini. Agak mengecewakan jugak la sebab ingat nak cari satu tempat je untuk kelengkapan semua.

Tapi tak berjaya !

Menarik lak ruang legar Plaza Alam Sentral ni

So misi mencari kelengkapan Canggih gagal di sini. Jadi kami ke lokasi ke 2 iaitu Pusat Pakaian Bee Loon di USJ Taipan.

Tahun dulu dah pegi ke sini. Tahun lepas kami pegi ke cawangan utama nya di Melaka. Gigih cari baju sampai ke sana.

Tahun ni?

Jeng ! Kedai dia dah ubah nama. Bukan lagi Bee Loon tapi Hommark. Kata pekerja dia, sama je..... 

Adik kenapa? Belum sekolah hidung dah cobon.... 

Kat sini banyak jugak la kelengkapan yang kami jumpa. Tapi tak sepenuhnya. Beli mana yang dapat je lah dan yang lain cari kat tempat lain lagi.

Beg sekolah nowdays mahal macam meriam !

So misi mencari kelengkapan tidak berakhir di sini. Tak berjaya. Tapi tempat ni boleh lah jugak jadi options kalau nak. Lokasi dia depan Restoran Nasi Lemak Sambal Warisan Opeh di Taipan USJ.

Boleh terjah !

Untuk kelengkapan kasut sekolah kena gi Bata. Hero aku tu saiz kaki dia dah macam saiz orang besar. Susah nak dapat saiz dan kasut yang dia suka.

Yang Princess pulak banyak je choice. Sampai kasut sekolah Frozen dan macam macam jenis lagi ada.

Dan yang menjadi pilihan dia. Hello Kitty !..... 

Dan selagi tak selesai pencarian untuk kelengkapan mereka, selagi tu kena pegi ke mana mana tempat yang ada jual kelengkapan sekolah ni.

Next !

Parkson ! Dengan harapan semuanya bakal berakhir di sini..........

Dan memang pilihan yang tepat. Parkson sebagai one stip school shop !

Apa yang kami cari ada di sini

Mana mana yang tak lengkap.. Parkson ada melengkapi..............

Tapi budak budak ni kalau ikut pilihan dia orang pun susah jugak nak di penuhi.

Nak yang tu nak yang ni. Tak nak yang tu. Tak nak yang ni....

Tapi harga memang agak mencabar dompet juga

Dan berkampung di Parkson ni mencukupkan mana yang tak cukup lagi

Tapi pilihan agak banyak juga

Dengan koleksi koleksi hebat

Dan alang alang... percukupkan semua belaka yang di perlukan

Supaya aku dah tak pening pening nak cari kat tempat lain lagi....

Memang Parkson paliing menarik bagi aku tahun ni untuk kelengkapan sekolah budak budak. Cuma lama lah nak fitting dan cari yang sesuai untuk budak berdua tu. Hero sampai tarik muka letih keluar masuk fitting room tukar tukar baju.

"Please abang. Setahun sekali je. Tahun depan kalau Papa kaya Papa panggil pereka fashion artis datang rumah ukur baju sekolah abang dengan adik"

Macam tu ayat aku buat anak aku lagi blank tak faham. Hahahaha.

Dekat setengah hari berkampung di sini. Dia orang pun sampai fed up dan lenguh lenguh kaki ke sana ke sini.

Dan aku pun letih jugak. Boleh pulak cari spot nak rehat rehatkan tubuh dan tegang tegangkan urat.

Rupanya ter berehat depan kedai bra............. hahahaha... !

Patut la orang usha aku semacam jer......

No ! 

Aku tak sengaja.

Untuk cover diri pegi usha buah buahan di Jaya Grocer.




Alhamdulillah, tahun persiapan tahun 2017 telah cukup untuk mereka berdua. Harapannya kelengkapan bertahan sampai hujung tahun nanti. 

Selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin rajin... !

Semoga entry ni dapat menjadi panduan dalam pencarian misi kelengkapan sekolah tahun depan !

8 comments :

  1. Sila belajar rajin2 ye Hero n Princess..... Nanti boleh jd mcm Kak Seri...hehehe....n happy new year uncle Meng....lama tk dtg sini...kesebukan melanda....travel n tugas.....

    ReplyDelete
  2. Canggih kat alam sentral x cukup canggih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. franchise mcm tak berapa complete pakej nya

      Delete
  3. Comei nyer kasut princess! Hehe..meng memang mencabar dompet siapkan barang2 sekolah budak2 zaman skrg nih..pening makngah haha. Belajar rajin2 ye anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mak ngah oi.. sorang je persiapan cecah seribu. 2 org. belum lagi belanja kat sekolah... itu ini...

      papa tak jadi tambah anak. :-)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...