Wednesday, December 14, 2016

Jom Makan : Che Mat Delight, Cyberjaya

Mencari masakan Pantai Timur dengan lauk ala ala kampung dan gulai kawah?

Anda datang ke tempat yang betul !

Di Cyberjaya kini di buka, Che Mat Delights - Selera Pantai Timur !

Aku dah try sekali. Orang bawak. Ikut kan je walapun aku tak berapa gemar gulai gulai kawah ni especially kalau daging dan seangkatan dengannya.

Tapi orang kata menarik, so nak juga cuba !

Restoran yang terletak di CBD Perdana 2, Cyberjaya.

Che Mat Delight, Cyberjaya

Layan dulu setting kedai nya.

Bahagian dalam. Ada bilik aircond kat dalam jugak

Tepi

Ruang resto

Setting agak menarik. Deco simple dan banyak meja untuk duduk

Boleh jugak lepak lepak di bahagian belakang kalau malu nak membuat kemunculan di bahagian depan. Port sesuai untuk #ForeverAlone

Tapi sebab menjadi tumpuan, sepanjang masa especially lunch orang memang ramai. So ikut nasib la nak dapat seat. Lagi tak bernasib baik kalau dapat seat tapi lauk pauk dah abis !

So banyakkan bersabar dan berdoa.

Now tengok hidangan pulak. Biarlah gambar membicarakan segalanya.....

Lauk pauk terhidang

Pilihan

Seafood dan pelbagai lauk pauk

Ketam. Sotong dan macam macam pun ada.

Gulai kawah

Kerang rebus dan ayam kampung

Ikan ikan terhidang di meja

Ayam percik pun ada

Sayur sayuran penambah selera

Dah ambik tu maka jamu lah selera !

Ketam sekor RM 15

Hidangan

Menikmati masakan ala kampung

Air di lupa jangan 

Bagi aku lauk pauk dan masakan dia biasa biasa je. Maybe hype sebab baru dan viral di media sosial. Personally aku lebih suka Mat Ayam Kampung.

Boleh cuba kalau nak mencari masakan sebegini. Harga pun mengikut selera dan citarasa. 

Resto

Datang lah dan nikmatinya sendiri. Refer FB : Che Mat Delights Cyberjaya untuk maklumat dan waktu perniagaan.

CHE MAT DELIGHTS
CBD Perdana 2
Cyberjaya.

Selamat mencuba !

8 comments :

  1. menarik...ok sok jugak aku terjah...hehehehe

    ReplyDelete
  2. banyak betul masakannya..Mat Ayam Kampung pun sedap, tapi takde ketam mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ada hari hari je kot katanya ada seafood ni. hari biasa gulai kawah dgn ayam kampung tu jer

      Delete
  3. So far Mat Ayam Kampung paling best kalau makan masakan ala kampung area Cyberjaya tu haha. Skrg dah ada branch kat Putrajaya. Bwh opis jee weh... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. mat ayam kampung memang best. hassan pun best. tapi kalau lambat.. melepas abis lauk

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...