Thursday, December 22, 2016

Jalan Jalan Cuti Sekolah Sept 2016 : 03 - Legoland Malaysia - Theme Park

Ada sambung lagi !

Sebenarnya sambungan ni pasal Legoland bukan pasal hotel Somerset Medini tu.

Actually aku dah pernah tulis pasal Legoland. Share maklumat dan pengalaman masa trip lepas. 


Hmmmph. Dah cerita panjang lebar, so kali ni bak desiran angin bayu membawa diri ku. Share gambar je lah.

Legoland. Kali ke dua kami sampai selepas kunjungan pertama pada 2015

Kalau di ikutkan aku memang tak suka repeat tempat yang sama dan Legoland ni pun tak terkecuali. Macam masih segar lagi trip yang dulu di benak fikiran so aku tak rasa macam perlu repeat dalam masa terdekat ini.

Tapi.................. budak budak nak pegi. Ikutkan je lah. Hero tu konon nak tengok NinjaGo !

Tiket dah beli siap siap so sampai sini collect je. Jenuh jugak nak beratur kalau beli walk in

Konon kunjungan kali ni nak rasa ride ride yang tak sempat di rasa masa dulu tu. Tak de aim apa apa, kita orang masuk pun main redah je dan ikut kaki semata mata.

Brick of treat?

Amboi Kak.... bergaya sungguh Hang beraksi .....  Makcik ni baru ni, dulu macam tak der

Masa kinjungan kami ke Legoland kali ni orang agak ramai jugak. Tapi masih ada ride ride yang tak perlu beratur panjang.

Contohnya benda pusing pusing ni. Sampai terus boleh naik. So naik la 2 round.

Misi kali ni nak naik benda alah Project X ni. 

Tapi misi gagal sebab malas nak beratur

Tak de rezeki lagi kali ni. Padahal malas.

Ntah apa ujikaji yang mamat ni tengah buat. Macam menarik jugak

Princess jumpa port pertama dia. Masuk dalam ni dan ralit membina

Lama jugak tunggu dia abis kat sini. Sebab tak de benda nak kejar so aku pun just lepak je la menunggu

Sambil jalan jalan usha kawasan sebelah

Star Wars. Kali ni tak masuk. Lalu jer

Then masuk kawasan tengah yang banyak miniture

Rasanya macam ada sedikit perubahan

Tapi yang lama lama pun masih kekal di situ

Angkor Watt

Pastu Princess mengaruk nak naik kuda sebab dia kata dulu dia pernah naik.

Kasi can. Lama jugak menunggu. Cuaca pun mendung tapi panas. Berpeluh ketiak. Dahaga asyik nak cari air jer

Pastu dia sibuk nak ajak main tikam tikam. Aku ni bukan selalu bernasib baik pun. 

Lagi dia nampak orang dapat Bear besar. Aku suspek yang bawak bear besar tu semua wayang jer. Saja nak pancing kot?

Silap perhitungan. Rupanya Ninjago ni belum ready lagi. Tak check punya pasal. Kecewa anak bujang aku

Bagi mengubat kekecewaan dia orang masuk dalam tempat ni

Berkampung pulak kat sini masing masing bina kereta. Mereput jugak aku menunggu.

Keta siap baru boleh trial run

Masing masing agak dah puas hati, baru kami bergerak lagi.

Nak naik menara Taming Sari ni masih tak kesampaian. Ramai sangat orang

Nak tengok wayang 6D pun masih belum ada tayangan. Lama pulak nak kena menunggu

Last sekali Princess main kat tempat ni. Seronok sangat sampai tak nak beredar.

Land of Adventure. Dulu tempat ni tak sempat kami nak teroka sebab dah petang

Dan kali ni nasib masih tak menyebelahi. Orang ramai so malas nak beratur

Ni pun sama. Nak masuk tapi orang ramai tak jadi jugak. Cas cas Micheal Jackson kena buat theme park sendiri la gamaknya senang tak de orang lain

Maka dengan itu. Tamat la riwayat lawatan santai santai dalam Legoland.

Kalau fikir fikir buat rugi je datang dan beli tiket tapi main tak sepenuhnya. Tapi tu lah. Kalau dah malas nak beratur, memang mendapat lah.

Dengan budak budak ni lagi lah. Kejap jalan lapar lah. Itu la. Ini lah. Lagi lagi kalau dah aim nak beli benda lain so laju je ajak keluar.

Maka begitu lah sepetang di Legoland Theme Park. Nanti bersambung dengan Waterpark pulak.

bersambung.............. 

4 comments :

  1. Menarik jugop nok wat theme park sendiri tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.... pastu gi main sekali pastu tak mboh doh... berkarat la besi besi tu nanti

      Delete
  2. yep..setuju..ko memang kena buat themepark sendiri...baru la xyah beratur..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kang theme park sendiri, aku pun malas nak pegi....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...