Monday, October 31, 2016

15 - Trip Viva Hitalia - Gud Ba Negeri Cantik Budaya Menarik

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Begitu juga la trip Viva Hitalia pulang ke Halaman Asmara ni.

Emosi sungguh bila time nak kena balik ke kotaraya semula.

* poyo tahap max ni.

So entry terakhir ni, sekali lalu je layan gambar gambar sudah lah. Saat saat perpisahan dengan kampung halaman tercinta untuk pulang ke kota menyambung kehidupan biasa. 

* poyo lagi..

Hahahaha...

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Terbang pulang.. Tapi naik kapal terbang, bukan naik burung

Jom kita usha airport KT ni pulak.

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN) adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu, sebuah bandar raya yang terletak di persisir pantai timur semenanjung Malaysia di negeri Terengganu.

 Lapangan terbang ini terletak 15 km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu yang menghadap Laut China Selatan.

Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.

Nama lapangan terbang ini adalah diambil bersempena dengan nama Sultan Terengganu yang ke-16, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, baginda memerintah negeri Terengganu dari tahun 1978 sehingga tahun 1998.

Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan dan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain. 

Malaysia Airlines telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah dan Madinah.

Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini.  

Layan gambar gambar dalam bangunan terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud ni.

Interior yang luas dengan bumbung tinggi memberi ruang yang berbeza kepada airport ni

 
Ruang check in penerbangan

Interior yang menarik

Sebagai warga Ganu, aku tumpang bangga sebab airport KT ni pun menarik dan ada keunikkannya yang tersendiri.

Selain daripada rekabentuk bangunan terminal yang melambangkan keGanu-an, airport ni jugak menyediakan kemudahan yang tak tidak kalah kalau nak di bandingkan dengan airport airport lain di Malaysia ni.

Layan sikit lagi gambar sementara menunggu penerbangan pulang.

Boarding

Menunggu ke pesawat

Airport runaway

Pesawat

Siapa ni?

Bukan jugak untuk aku

Haaa. ni baru betul. Mampu naik Malindo sajork

Sebab hari weekdays, so airport tak busy mana. Flight pun tak berapa penuh.

So layan je lah diri sendiri dalam pesawat membawa aku pulang ke ibukota semula.

Terengganu

Pemandangan

Penghujung lebuhraya

Pandangan luar

Usha usha

Dari udara

Bersedia mendarat

Jet peribadi bagi yang berkemampuan

Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang

Selesai sebuah perjalanan

Alhamdulillah, selamat kembali ke ibukota. Banyak benda nak kena settlekan hasil lawatan kerja yang singkat ni. Selamat tinggal negeri cantik, budaya menarik.

"TRANUNG... MUNG TAK MBOH MAGHI KE?"

Walaupun trip aku ni cuma kunjungan singkat tapi bagi aku masa jugak untuk aku melawat beberapa tempat yang sebelum ni aku tak berapa ambik port sangat nak lawati. Maklum la kalau balik dengan family... banyak benda dan hal hal lain lagi yang perlu di utamakan lagi.

Walaupun singkat, sedikit sebanyak terubat jugak kerinduan lama tak balik kampung. Semoga lepas lepas ni aku lebih gigih lagi balik sana. Banyak lagi tempat yang aku teringin nak pegi dan masih belum berkesempatan. Harap di beri masa dan peluang nanti.

Aku dan KT... kami punya hubungan tersendiri. Hubungan seistimewa ; sehati dan sejiwa !


Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama

Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk
Leraikannya

Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…

ABIH DOK STARANG !!!

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...