Sebut saja nama Kampung Baru pastinya ramai yang terbayangkan aneka jenis makanan yang boleh di perolehi di sana.
Selain daripada kawasan warisan yang masih kekal di sebalik pembangunan megapolis kota Kuala Lumpur, Kg Baru sememangnya menjadi tumpuan ramai untuk mencari juadah dan makanan.
Kuala Lumpur. Antara lama dan baru
Aku sendiri pun kalau pegi Kg Baru tak reti nak pilih tempat makan yang mana. Banyak sangat kedai makan dan tak tau mana satu yang sedap !
Ada few warung dan tempat makan yang aku pernah terjah di sana, tapi kunjungan kali ni sebab nak merasa sendiri Nasi Lemak Wanjo yang semakin popular ni.
Nasi Lemak Wak Wanjo atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Wanjo Kampungg Baru ni boleh dikatakan salah satu gerai nasi lemak popular di Kuala Lumpur selain dari Nasi Lemak Antarabangsa.
Kalau dah Nasi Lemak Antarabangsa dah too mainstream, jadi apa kata kita try Nasi Lemak Wanjo pulak !
Gerainya terletak selang beberapa buah gerai je dari gerai Nasi Lemak Antarabangsa
Agak malang jugak masa aku pegi hari tu sebab ianya masih belum di buka. Nasi dengan sambal masih sedang di masak dan ayam pun baru tengah di goreng.
Hajat nak makan kat situ tapi dah boring menunggu, jadi kami bungkus je dan ambik je apa yang dah siap sedia.
So kiranya tapaw je la nasi lemak Wanjo ni hari tu.
So cerita banyak tak guna. Tengok la hasil tapauan kami dari warung Nasi Lemak Wanjo ni.
Nasi lemak bungkus, sambal cili dan ayam goreng
Acara membogelkan juadah.
Sambal
Ayam goreng masih panas
Menu sedia terhidang
Nom Nom Nom....
Verdict?
Pada aku biasa jer !
Sambal bagi aku kurang kick. Agak manis. Bila dah makan dengan ayam tu rasa OK sikit tapi kalau nasi lemak semata mata rasa macam biasa biasa dan tak de yang menarik mana.
Or maybe sebab aku bungkus kot. Kalau makan kat warung tu lain pulak rasanya sebab boleh cuci cuci mata awek awek meja sebelah. Plus kalau makan kat gerai tu maybe lebih banyak pilihan lauk untuk di pilih.
Harga aku tak pasti sebab aku tak turun pun dari kereta. Semua OR yang gi beli.
Apa apa pun, bagi yang mencari kelainan dan ingin mencuba, dipersilakan !
NASI LEMAK WANJO
No. 8, Jalan Raja Muda Musa,
Kampung Baru,
Kampung Baru,
50300 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu operasi : 6.30 am- 12.00 pm dan 4.00 pm – 1.00 am
Nanti la ada rezeki dan kesempatan aku pegi lagi dan makan kat warung tu jer and see apa rasanya sebab aku akan rasa pelik kalau orang semua kata sedap tapi tekak aku menolak. Maybe something wrong somewhere. Ke memang tekak aku tekak Hitaly?
Hiks.
Dan di Kampung Baru jugak, OR pernah singgah beli lauk di sini.
Chunburi Seafood
Pun tapau jugak
Daging masak kicap
Yang ni aku tak reti nak comment sebab aku bedal je. Maybe orang lain lebih pandai menilai. Lagipun lauk nya banyak dan ada banyak pilihan. Orang pun ramai, sudah tentu lah rasanya sedap sedap belaka.
Antara warung yang pernah aku cuba makan juga di Kg Baru ni. Gerai Pak Lang yang ada berpuluh puluh jenis lauk. Duduk makan kat sini confirm berpeluh peluh panas. Sekali sekala boleh la cuba.
Dan sememangnya Kg Baru memang menjadi syurga makanan untuk warga kota. Apa saja semuanya ada tersedia.
Aku kedai kuih jugak yang aku suka kat simpang sebelum flat tu. Banyak betul kuih kuih Melayu kat situ.
Sisi kehidupan Kg Baru
Kg Baru yang sentiasa sibuk dengan warga kota mencari juadah makanan. Ja Ga menghalang laluan............. dan jangan mengjalang lalulintas !
Kalau nak mencari juadah sedap sedap, silalah ke Kg Baru.
So sila rekomen kedai mana yang sedap, nanti aku nak gi buat kunjungan hormat ke sana lagi bebila ada undangan rindu nak melantak macam macam.
Cuba engkau dengarkan
Sesuatu dari hati
Semoga engkau tahu
Tujuanku...
Kedatanganku ini
Atas undangan rindu
Yang memaksa diriku
Mencarimu....
Hanya dirimu yang dapat
Membalut lukaku
Bagi diriku kau masihku kenang
Biarpun engkau sudahpun
Hidup bahagia
Tapi salahkah ku
Melepaskan rindu
Menatapmu....sekadar waktu....
Cuba engkau dengarkan
Sesuatu dari hati
Semoga engkau tahu
Tujuanku...
Kedatanganku ini
Atas undangan rindu
Yang memaksa diriku
Mencarimu....
Hanya dirimu yang dapat
Membalut lukaku
Bagi diriku kau masihku kenang
Biarpun engkau sudahpun
Hidup bahagia
Tapi salahkah ku
Melepaskan rindu
Menatapmu....sekadar waktu....
Tak perlu kau bertanya
Tentang kepiluanku
Tentu kau lebih tahu segalanya
Tekok Hitaly kene nasik lemok ikang aye
ReplyDeletetu lah.... tekak hitaly ni pelik sikit.. hahahha
DeleteBukan pelik, tu hightaste ooo
Deleteopppssss
Deletemeng ko try Bubur Berlauk Kak Mah tu dia dekat dengan simpang UniKL tu...sedap gak ahh...hehehe aku rasa nasi lemak tu sedap kot, cuma tekak hitaly ko duk cari pastaaaa jer, tu rasa tak kena kot...hahaha
ReplyDeleteoh... nanti aku gi check. banyak sgt kedai kat kg baru tu sampai tak tau mana nak pegi.
Deletebelum kira hazab nak parking lagi
dah lama x pergi kampung baru. x tahu pulak kewujudan nasi lemak wanjo.
ReplyDeletesebelah nasi lemak antarabangsa je... sana apa nasi lemak yg sedap?
Deleteterliur siutt..hahaha...aku ni xleh tengok apa gak gambar makanan...mesti air liur menjejes kuar...tapi makannya idok...tu pasal slim melim..kehkeh..
ReplyDeletebtw..lama tak dengar lagu undangan rindu tu...terimbas haku kenangan silam..aiyohhh...jiwangs lak tetiba
jiwang karat ko ya.. peminat nasir wahab ropa ropanya.....
Deletekau kena tahan ! dah nak posa nih !
Jaudah yang togel ?
ReplyDeletedibogelkan
Deletepenah pi skali nasi lemak wanjo tu...bagi sy pun kureng...tp ramai je peminatnye...tekak masing2...
ReplyDeleteya la.. ada org suka. ada org tak minat mana...
Delete