Wednesday, May 4, 2016

Jom Makan : Makang, Cyberjaya

Makang !

Ada set set tranung dok sining? Doh bakpee poghong ngak tu?

Kalu ada, meh makang nasik dagang ! Sambil maing dang dua tiga papang !!!!!! Di sini saya tekangkang.... nasi dagang memang sedak sokmo bila di makang !

* bersemangat sampai terkangkang

by the way. Tekangkang dengan terkangkang adalah 2 perbuatan yang berbeza !

Bagi yang berada di kawasan Cyberjaya, terdapat sebuah kedai makan yang baru di buka dan namanya Makang ! Dah tengok nama tu sure tau ia berasal dari Terengganu.

Terletak di CBD Perdana 2 belakang Bank Islam Cyberjaya.

Tuang tuang dang puang puang.... mempersembahkangggggggg ................. !

Makang !

Ini info dari fb mereka.

Restoran Makang dulu dikenali sebagai Tina Nasi Dagang di Foodcourt Presint 9, Putrajaya. 

Kini telah memulakan operasi di tempat baru dan suasana baru di Cyberjaya beralamat 

4805-0-02, CBD Perdana 2, 
Jalan Perdana Cyber 12, 
Cyberjaya . 

Waktu perniagaan :  (8.30 am -5pm - Mon -Sat)

Landmark - Belakang Bank Islam Cyberjaya, Berhampiran D Pulze & Restoran Nasi Arab Saba dan berhadapan Centrus Mall.

Kami menyediakan juadah Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Nasi Lemak untuk sarapan pagi dan menu Nasi Kukus Ayam Cincang untuk Makan Tengahari.

So kalau terasa nak makan nasi dagan, silakang !

Tengok setting kedai dulu meh.

Resto dia simple jer

Beratur boh !

Layan diri.

Ikut selera nak makan apa. Ada nasi dagang. Nasi minyak. Nasi kukus dan nasi lemak

Layan diri tu beratur je la kat sini, ceduk menceduk makcik ni buatkan

Bagitau je apa nak di makan. Acik senyum skit pls...

Aku pegi sekali time ada meeting di area Cyber. Ada member yang bagitau so kami pun mencuba.

Lihat menu makanan kami !

Aku berkunjung sekali. Makan nasi dagang di sini.

Nasi dagang lauk ayam atau lauk ikan. 

Nasi minyak lauk ayam berempah

Nasi kukus pun ada

Air menghilangkan dahaga

So bagi yang berminat nak rasa makanan dari pantai Timur especially Terengganu, boleh la berkunjung ke sini.

Bagi aku OK lah makanan dia. Not so good tapi boleh la di cuba. Harga agak on high side skit. Satu hidangan nasi tu dalam RM 8. Average.

Ahad tutup oke.

Ni FB mereka untuk rujukan : Restoran Makang

Makang !

So puok puok rabok kiter blake seme.. gi ah makang denung !

Enjoice.....................

Layang lagu dari orang Ganu kiter Aziang Mazwang Sapwang sambil makang nasik dagang atah lambo dok puah puahsang !



Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau di timang ibu
Dewasa mu di pukul gelombang

Berhijrah ke alam remaja
Menguji ketabahan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan

Cabarannya tetap datang
Umpama laut bergelombang
Yang gagah akan berdiri
Yang lemah akan ketepi

Berjaya disanjungi
Kecewa dibenci
Begitulah lumrah manusia
Agar kau tak kecewa

19 comments :

  1. tudia dah terbit loghat Itali..nasi dagang, nyum,nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. well.... sekali sekala mengasah lidah......

      Delete
  2. mcm sikit jek nasi dia aku tgk...puas ke makang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sarapan pagi.. buleh la... kang tengahari nak bantai benda lain pulak...

      * sorok perut

      Delete
  3. sedak pulop napok nasik dagang tuh.....

    ReplyDelete
  4. Mnarik.kna terjah nih....hehe

    ReplyDelete
  5. Hahaha..kuar terus loghat hitaly hang meng..asal aku tgk cam sedap jer sume makanan 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cemana.. lidah dah memang bergulung2...

      Delete
  6. macam best je. tapi x arif dan bijaksana jalan2 di cyberjaya. Rasanya mcm x pernah sesat lagi ke sana. Nak kena sesatkan diri juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdamping la dengan pompuan waze tu... insha allah dia akan tunjukkan jalan yang benar. jalan yang di redhai.. ahaksss

      semoga ketemu tempat makang ni.

      Delete
  7. bagi saya sedap. harga pun ok rasanya. tapi tak bolehla nak compare harga kat cyberjaya/putrajaya dengan kt tranung tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. semoga terus maju perniagaan kedai makang tu !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...