Wednesday, May 18, 2016

2016 | Ke Melaka Kita : 09 - Muzium Kapal Selam & Pantai Klebang

Dari bandaraya Melaka, kami menuju ke arah Pantai Klebang.

Nak usha usha di kawasan sana.

Pangsapuri

Tujuan kami adalah untuk melawat ke Muzium Kapal Selam, Melaka di sana dan beberapa tempat lain yang sebelum ni aku baca dalam social media jer.

Ikut arahan dan laluan yang ditetapkan

Maka berjumpalah Muzium Kapal Selam di Pantai Klebang Melaka ni

Macam kat oversea jer

Kawasan ni agak tandus dan panas. Jadi bersedialah dengan payung atau topi bagi mengelakkan kehangatan sang mentari

Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.

Ada kawasan parking di luar kawasan muzium ni

Tempat jualan tiket.

Harga tiket yang di kenakan. Murah dan mampu beli

Makluman

Makluman tentang waktu operasi. Waktu lawatan adalah 9-5 petang

Kapal selam

Cuaca memang panas time aku pegi tu. So jalan sekali harung macam tu je.

Usha gambar di sekitar Muzium Kapal Selam ni.

Pandangan depan

Ada informasi dan tayangan video di bahagian bawah kapal selam

Pengunjung berkesempatan untuk masuk ke dalam dan melihat sendiri ruang sebenar dalam kapal selam ni

Bahagian torpedo

Torpedo

Laluan di bahagian dalam. Princess takut sebab cahaya suram

Di dalam kapal selam ni kita boleh tengok sendiri setiap ruang yang ada untuk digunakan dan bagi keselesaan anak kapal.

Ada ruang dapur, ruang mesyuarat, tempat tidur, tandas dan sebagainya. Tapi boleh tengok macam tu je la tak leh cilok masuk sampai ke dalam dalam.

"Ya Bang.. nak makan apa?"

Ruang kawalan ke abang main COC?

Sejarah kapal selam ni

Bahagian belakang kapal selam

Cuma aku dengan budak budak je yang masuk dalam muzium kapal selam ni. OR tunggu dalam kereta sebab tak tahan panas.

Kami pun tak spent lama lama kat sini. Sekadar tengok macam tu je tapi dapatlah memberi sedikit sebanyak paparan sebenar sebuah kapal selam dan bagaimana ruang di dalamnya.

Kalau kebetulan berada di kawasan ni, aku recommend untuk singgah dan melihat sendiri.

Dari area Muzium Kapal Selam ni, kami bergerak lagi ke arah pantai Klebang. Ada laluan menuju ke kawasan pasir yang di tambak untuk di jadikan dataran buatan. Konon konon nak gi usha tempat sand boarding yang sekejap menjadi viral tu kat sini.

Pandangan di tepi tepi. Follow je kereta yang ada

Dua tiga kali berhenti sebab tak pasti nak teruskan atau nak patah balik

Tengok kawasan macam menarik tapi tengok cuaca panas terik !

Jalan berpasir. Nampak dua tiga kereta patah balik, tapi ada jugak yang gigih terus. Sampai la kat kawasan lapang ni semua kereta park sini.

Dan nampak semua menuju ke pasir tambak di bahagian satu lagi. 

Sebab cuaca panas berdeting,, tak jadi la kami turun dan pegi tengok. Tak pe lah. Tak sanggup aku. Cair otak kang. Kalau petang petang sikit boleh la kot.

So kami patah balik ke jalan keluar.

Masa nak keluar tu ada kereta depan tenggelam dalam pasir.

Kami follow je laluan tadi slow slow dan membawa ke kawasan Pantai Klebang asal yang sebenar.

Pantai Klebang

Ada tempat istirehat

Dan gerai gerai jualan

Kuda untuk di tunggangi

Jualan makanan dan minuman. Yang menariknya di Pantai Klebang ni, bas bas tinggal yang lama di jadikan tempat berniaga dan restoran. Agak menarik dan unik.

Dan turut di jadikan hotel untuk penginapan. Tak tau nak imagine cemana. Air? Aircond cukup? Selesa? Kami tak turun pun. Just tengok dari dalam kereta jer. Tapi satu idea yang menarik jugak lah bagi yang tak kisah dan mahukan sesuatu kelainan.

Banyak tarikan di Pantai Klebang ni.

Selain daripada hidangan makanan dan gerai gerai yang menjual pelbagai juadah, di sini juga sesuai untuk beristirehat petang petang bersama keluarga dan rakan taulan. Juga untuk pacar pacaran dan menyemai cinta bersama sama, si teruna dan dara.



Suatu petang
Ku berjalan
Ku lihat bunga
Kembang di taman

Nyamannya
Ku rasa
Buat hatiku
Terasa tenang

Ku lihat di taman
Di sana dan di sini
Teruna dan dara
Bergurau dan bersenda

Mereka berjalan berpasangan
Sambil berpegangan tangan
Mengelilingi taman bunga
Bercerita tentang cinta bersama

Sungguh indah pemandangan
Warna warni bunga di taman
Membuat teruna dan juga dara
Ke sana kerana bunga ditaman
Harum mewangi baunya

Sungguh riang pasangannya
Bergurau senda gelak ketawa
Tetapi jangan lupa
Teruna dan juga dara
Dikala bercinta kadangkala berubah

Ada manis ada pahitnya
Ada suka ada dukanya
Berwaspada teruna dara
Apabila bercinta

bersambung............

6 comments :

  1. Ceh, aku punya la gigih menapak kat fremantle nk masuk kapal selam, sekali under maintenance. Skali kat melaka boleh lak... Nanges.....

    Errr... Muat ko mu masuk kapal selam tu.... (larikkkk)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah penah tidur dalam bustel. cuba sendiri baru tahu. rugi kalau x cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa aku nak tanya. toilet dia cemana? mandi air dlm baldi ke dan tak leh jirus lebih drpada 10 gayung? ke how?

      Delete
  3. Replies
    1. kena buat menarik baru org datang lawati. kalau tak bagus.. lama lama bungkus mcm tu je lah tempat ni

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...