Tuesday, November 24, 2015

Zoo Negara - Part I

Lepas picnic ala kadar di Taman Tasik Ampang Hilir tu, kami terus ke Zoo Negara.

Time tu waktu dah nak mencecah tengahari. Cuaca pulak mendung berjerebu so tak de la rasa panas mana. Budak budak dah terlebih excited nak ke Zoo. Time gi picnic pun dua dua tarik muka sebab ingat dah tak jadi nak ke Zoo tu. Asyik asyik tanya.

"Papa. Bila kita nak gi Zoo?"

So lepas makan tu baru la kami bergerak semula ke Zoo Negara !

Aku pun excited sebab aku sendiri pun tak pernah jejak kan kaki ke sana.

* tutup muka, cover perut menanggung malu.

Perjalanan ke Zoo Negara

Nasib la tak jauh mana dan jalan tak jem. Sampai sampai je tengok parking belah depan dah di buka. Lega sikit, kalau tak kena parking kat belah belakang or tepi tepi jalan tu.

Maybe orang yang datang pagi dah pun keluar dari Zoo kot time tu.

Gajah !

Ular sawa menanti di pintu masuk utama

Cari parking agak berpusing pusing jugak lah. Sebenarnya masih banyak kereta lagi time tu. Puas ronda ronda kat area parking tu akhir sekali baru la jumpa parking kosong. Tu pun dah beberapa kali Hero baca doa nak bagi jumpa parking ! Princess pun baca doa jugak. Tapi doa ibu bapa... sebab baru belajar kat tadika. Nasib je tak baca doa makan.

Yang penting, dapat parking ! Ah... Lega.

Parking kosong agak jauh sikit dari entrance masuk. Tapi kira OK lah... jalan sikit je

Dan dari tempat parking kami menapak ke main entrance masuk ke Zoo.

Excited ! 

Selama ni aku tengok pintu masuk ni dalam internet je. Kali ni boleh tengok dengan mata kepala sendiri. Feel dia macam dapat tengok Eiffel Tower !

* mati la exaggerate

Nasib diri tak di rundung pilu, kalau tak mau menitik air mata kedukaan sebab terharu akhirnya berjaya jejakkan kaki di sini !

Sedikit mengenari sejarah Zoo Negara ni.

Zoo Negara Malaysia adalah zoo nasional yang pertama di Malaysia dan diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. 

Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman. Zoo Negara bermula dengan koleksi induknya yang kini telah berkembang sehingga 459 spesies hidupan liar. 

Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung.

Ia terletak di Ulu Klang di timur laut Kuala Lumpur. Ia ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Malaysian Zoological Society yang ditubuhkan bagi mentadbir zoo pertama Malaysia. Zoo Negara ditubuhkan pada 14 November 1963 dan pada 2006 mempunyai sekitar 4,000 jenis haiwan dari 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Pada tahun 2007, Zoo Negara menerima sijil MS ISO 9001:2000. Zoo Negara merangkumi keluasan 110 ekar tanah yang terletak hanya sekitar 5 km dari bandar Kuala Lumpur. 

Zoo Negara kini menonjolkan konsep zoo terbuka dengan 90% haiwan ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan persekitaran asalnya.

Plak perasmian Zoo Negara yang dulunya di kenali sebagai Taman Haiwan Negara.

Now tiket masuk.

Kalau memang confirm nak gi Zoo Negara ni dan tak nak beratur, boleh beli tiket secara online.

Check website nya : Zoo Negara : Buy Ticket Online

Aku sebenarnya ada check website ni sebelum pegi. Dah nak beli, tapi fikir takut tak jadi pulak so aku walk in je lah. Lagipun kalau beli thru website ni siap kena bagitau pukul berapa kita akan sampai untuk tengok Panda. So aku tak berani nak bajet time.

Tapi kalau beli online, maybe ada diskaun. So kena la check website tu selalu selalu.

So sebab tak beli online, aku beli secara walk in jer.

Kaunter tiket

Harga tiket

So harga tiket memang berbeza. Samaada kalau masuk Zoo Negara sahaja atau datang nak tengok Giant Panda, harga ada sikit kena tambah la...

Make sure bawak MyKad sebab harga MyKad berbeza dengan harga untuk bukan warga.

Hari tu Hero dengan Princess masuk free. Maybe sebab event birthday Panda time tu. Cuma bayar yang nak masuk tengok Giant Panda jer.

Save la sikit.

Tapi.... time tu kan Liang Liang dah pun beranak so dia kena kuarantin. Maknanya kalau masuk tengok Panda tu cuma dapat tengok si Xing Xing sahaja lah.

Notis kepada pelawat. Liang Liang sedang dalam berpantang jangan di kacau nanti meroyan.

So sebab dah sampai, maka kami decided je la nak masuk tengok Panda tu. Biarlah nampak sekor je pun.

Dah dapat tiket, maka ready la nak masuk ke dalam Zoo Negara ni.

Baca peraturan dan larangan. Di larang karaoke di kandang Zoo kalau suara tak merdu !

Dua dua dah excited terlebih

Sebaik saja masuk ke dalam kawasan Zoo Negara ada lah mamat mamat sibuk panggil nak ambik gambar. Dan macam biasa, aku malas melayan.

Personal photo not allowed. Kedekut.

Princess macam biasa, nampak kedai terus la nak membeli !

* Papa pitam muntah kaler pelangi tepi entrance Zoo.

Kawasan dalam Zoo Negara

Apa apa pun, aku beli peta dulu kat sini. Sebab dah imgaine Zoo Negara ni mesti besar, maka beli peta adalah perlu. Harga peta cuma RM 1 sahaja.

Map Zoo Negara

Amyway, kalau tak de peta pun tak per. Ada je signage dan petunjuk jalan ke kawasan kawasan dalam Zoo Negara ni. Yang penting ada surau !

Budak budak sekolah tadika mengadakan lawatan

Sebab kawasan Zoo Negara ni memang besar, dan tempat tempat binatang tu agak jauh dari satu area ke area yang lain. Maka kami decided nak naik tram.

Tiket tram kena beli lain.

Station tram

Harga tiket tram dewasa RM 5. Kanak kanak RM 3 untuk one way. 

Beli tiket dan beratur di sini

Nanti tram ni pun sampai. Maka berduyun duyun la naik.

Tram ni akan bergerak dan berhenti di station dia yang lain dalam kawasan Zoo Negara ni. Malangnya station dia cuma 1 jer. So nanti boleh turun kat situ dan melawat area dekat situ, then baru la naik tram ni semula untuk ke tempat lain. Kena simpan tiket tram ni sebab nanti bila nak naik balik kena tunjuk tiket.

Apa yang tak best dengan naik tram ni, Tram akan bergerak dan pass seawal kandang kandang binatang yang ada. So kiranya buleh tengok dari atas tram je lah. Tak boleh nak mintak berhenti sesuka hati !

Aku pun sempat snappy dari atas tram je lah. Macam kecewa je sebab tak dapat bersatu dan berdekat dekatan dengan bintang binatang tu.

"Jangan bersedih Pah.... abam mampu tengok kau dari jauh jer. Ada rezeki kita akan bersua. Jaga diri dan dara mu baik baik Pah ! Apa? Dara dah tak de?" * pecutttttttttttttttttttt

Tasik dan habitat beburung

Angsa dan kaum kaum sekufu-nya

Burung Botak dan Upeh

Dah bergerak dalam tram tu melepasi beberapa kawasan binatang tu, akhirnya baru la tram berhenti. Dari situ boleh turun dan boleh la merangka semula area mana yang nak terjah.

Sebab area tu dekat dengan kawasan Singa & Harimau, maka kami ke situ dulu. Harimau Putih menanti.

"Hi Meng.. apsal bila dah kertu baru datang melawat iols?" - sambil bagi high five

Kawasan ni menjadi tontonan ramai orang. Tapi Harimau tu pose pose malas dan tak berdaya saing !

Pastu sebab panas agaknya, dia terjun dan pose pose hensem dalam air

Sekor lagi ni ada dok mundar mandir. Macam mengalami masalah kemurungan jer

Pak Belang di kandang sebelah

Pun sama mundar mandir je keje dia

Orang ramai memerhati dari jauh

Raja Hutan aka Pak Singa di kandang seterusnya. Nampak penat dan tua jer. 

Perlu jalani rawatan botox dengan kadar segera ! Macam kurang vitamin. Tak bermaya Karin. Or mungkin murung jugak sebab tak de BFF. Bosan !

Ada tempat rusa. Nama rusa ni Rusa Babi !

Lalu kat kawasan burung burung tadi tu berdekatan dengan tasik

Burung Botak dan Burung Upeh bersedia untuk perform show mereka

Lepas tu kami pusing balik ke hentian tram tadi tu sebab malas nak jalan jauh jauh nanti.

Singgah tengok Harimau Bintang ni.

Rasanya macam tengah bunting

Tapi macam tak mempedulikan orang lain jer. Malas layan peminat kot

Dekat station tram tu terjumpa geng geng ni. Ntah apa namanya, aku pun tak kenal. 

"Kim salam kat pembaca blog kau ya"

"Meng.. sampai bertanduk kami tunggu kau datang lawat kami. Kau dah kenapa selllowwwww?" * mode merajuk

Alah ! 

Aku bukan tak nak pegi melawat mereka di Zoo Negara ni. Tapi dulu tak de rombongan sekolah aku pegi ke sana ! Lagi pun aku kan artis antarabangsa, busy sokmo ! Hahaha.

"Jangan poyo la kau Meng... Nah hadap bont*t kita orang neh. Qu Puteh........."

Maka lepas tu selesai lah bahagian pertama.

Sebab banyak binatang di Zoo Negara ni, entry pun kena separate. Dan aku pun galak dok ambik gambar sampai lupa diri. 

Nanti kami masuk ke kawasan Savannah dan tengok binatang binatang di sana sebab on the way nak gi tengok Panda. 

Kami skip tengok gajah sebab malas nak berjalan ke sana. Lagi pun apa lah sangat bezanya saiz aku dengan saiz mereka? Buat aku semakin resah jiwa raga jer nanti.

bersambung....................

16 comments :

  1. Haaaaaaaa......... Saiz uncle tak banyak beza dgn saiz gajah.... Wowwww.....,anyway lama sgt dah tak ge melawat zoo negara. Last masa tadika dulu cikgu bawa ramai2... Nampaknya sama mcm dulu jugak.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ke? Maybe binatang still yang sama mcm dulu kot... tapi OK la facilitiesnya nampak terjaga.....

      Delete
  2. Replies
    1. sila sila la berkunjung ! meraikan mereka yang terkurung di sana

      Delete
  3. abang meng, dari pembacaan entry ni macam abang meng je yang lagi excited dapat masuk zoo Negara ni haha...
    hensem gila harimau putih tu, posing dalam air pun macho

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa tu la. aku pun perasan macam aku je yang terlebih excited kan? hahahahaha

      Delete
  4. Amenda buntingnya rimau bintang tu Meng...ko tak nampak ke 'ball" dia...hahaha...anyway entry Zoo ko ni buat aku nak pergi ke Zoo untuk ke sekian kalinya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. power la mata kau ! aku pun x perasan.. hahahahah....

      so kira dia boroi la tu ek??? dasar pemalas nak bersenam la tu

      * tunjuk diri sendiri

      Delete
  5. Lamanya lak hai! tak pergi Zoo Negara nih!
    Baca entry ni excited pulok rasa nak pergi Zoo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. moh moh moh... pegi la melawat rakan dan taulan di sana

      Delete
  6. singa tu tua tapi masih hensem , gagah perkasa..

    rusa ke babi?
    babi ke rusa?
    kesian budak budak tadika tu konfius karang

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia tulis situ rusa babi.. tak tau la kenapa mesti ada babi kat situ....

      Delete
  7. Kita pun pernah ada rasa begitu Meng sebab tak jejak kaki ke zoo negara ini, tapi Alhamdulillah tak tertunai hasrat tu lebih awal...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.... nasib baik. kalau tak mesti meratap hiba setiap kali terbaca citer pasal zoo negara ni.. now aku pun dah puas hati sebab dah dapat jejak kaki ke sana

      Delete
  8. Meng ...

    Pasti semua girang dapat jumpa Celeb kaannn !!!

    Hahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua terpaku !!! ada yang pengsan bangun pengsan bangun dan pengsan terus.... ahahahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...