Tuesday, March 24, 2015

Trip Xcited Terlebey : 12 - Lanta to Aonang, Krabi

Ferry yang agak penuh mula bergerak meninnggalkan Koh Lanta menuju ke Aonang tepat jam 1.30 tengahari.

Keadaan ferry

Ferry ferry yang diguna agak besar. Ferry jenis kayu tu. Tapi orang pun boleh tahan ramai. Memang aku syorkan kalau nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain di Koh Lanta ni kena beli tiket awal. Jangan main main sebab sehari ada 1 trip je kalau terlepas kena ambik yang esok punya trip. Dah rugi 1 hari.

Nasib baik jugak aku masuk ke dalam ferry awal so dapat lah seat. Kalau yang lain lain ada yang terpaksa duduk di luar. Duduk kat luar okey tapi kerusi tak cukup dan cuaca panas.

Dalam ferry

Tapi dalam ferry pun jangan harap la nak ada aircond. Aircond mungkin ada tapi bulu hidung pun tak beralun. Maksudnya macam tak de jer !

Tingkap boleh di bukak tapi tak semua tingkap. Macam aku walaupun aku duduk tepi glass tapi tak de tingkap. Ada couple kat depan dia ada tingkap tapi dia berebut tolak menolak dengan pakcik depan. Siap macam nak bergaduh.

Memang boleh lemas duduk dalam ferry ni. Lagi lagi dengan cahaya matahari masuk terus jadi bertambah panas. 

So aku syorkan ambik seat belah kanan sebab ferry bergerak lepas tengahari so matahari dan jadi belah kiri kalau perjalanan dari Koh Lanta ke Aonang ni.

Memang agak meruap jugak duduk dalam ferry ni. Nak keluar, ada sorang pakcik ni pulak kat sebelah. So aku malas nak kacau dia. Ada sekali dia sendiri bangun dan keluar, so aku pun ikut sama.

Kat luar pun penuh. Tak de seat, tapi boleh la berrdiri dan hisap rokok

Selain melayan perasaan boleh menyaksikan pulau pulau yang terdapat di perairan Laut Andaman ni. Kalau dari Koh Lanta ke Aonang.. ferry akan merentas dan melalui pulau pulau yang termasuk dalam island hopping dari Aonang tu seperti Poda Island atau lebih di kenali sebagai Pulau Ayam.

Di Aonang... ferry akan berhenti di Railay Beach ataupun Aonang. So ikutlah nak stay kat mana so ferry akan berhenti dulu buang orang yang nak ke Railay baru la bergerak semula ke Aonang

Ferry berhenti dan longtail boat akan datang untuk pick up orang yang nak pegi ke Railay Beach ni sebab tak de jetty kat sini.

Belah sana adalah Phang Nga Beach. Trip dulu aku dah ke sana layan sunset

Ferry berhenti membuang penumpang. Terpaksa la menunggu dalam 15 minit lepas semua long tail datang ambik penumpang yang nak turun

Long tail boat

Area Railay Beach

Ni semua penumpang yang nak turun

Long tail boat dah datang

Lepas semua penumpang turun, ferry bergerak ke Aonang. Jarak perjalanan dari Koh Lanta ke Aonang lebih kurang 2 jam setengah

Pastu ada sekali lagi ferry berhenti sebelum masuk ke pelabuhan di Aonang.

Tujuan berhenti adalah sebab ada passenger ferry aku tu mahu ke Phi Phi Island so ferry yang menunggu tu akan bergerak ke sana. So dia orang transfer je naik ke ferry ni sebelum menyambung perjalanan ke Phi Phi.

Tapi...

Set set atas ferry ni siap boleh mabuk. Menari dan menjerit ntah hapa hapa. Dah la tak hajak aku

Lepas tu baru la ferry kami masuk ke pelabuhan Aonang melalui pantai Nopparat Thara Beach. salah satu pantai yang agak popular di Aonang ni.

Speed boat

Longtail boat di Aonang Pier

Aonang Pier

Long tail boat

Sewaktu sampai di Aonang Pier ni, kami di arahkan untuk bergerak ke luar. Di sana nanti ada bas yang akan bawak terus ke Aonang Beach.

Sebaiknya, kena bagitau hotel penginapan kita so nanti dia orang akan berhenti di hotel masing masing. 

Semuanya percuma sebab harga dan termasuk dalam tiket yang di beli di Koh Lanta. Tapi kalau tak nak bersesak sesak dengan orang lain, boleh je sewa tuk tuk sendiri dan minta mereka hantar terus ke hotel masing masing.

Masjid di perjalanan ke Aonang

Penginapan aku di Aonang aku dah book siap siap. Sebab aku cari pun sehari dua je sebelum berlepas trip ni so agak susah nak dapat hotel yang murah dan terletak di Aonang tu sendiri.

Aku malas nak gamble cari hostel sebab belum tentu ada. So aku dapat penginapan di  Palace Aonang Resort.

Terletak betul betul di Aonang Beach.. 2 minit je dari pantai dan betul betul di jalan besar

Dah dapat bilik. Seingat aku trip lepas aku duduk hotel kat belah sana tu

Bilik yang tak besar mana tapi OK lah. Harga RM 100 lebih gak

Tapi ada pool apa semua cukup. Tapi tak de masa  la aku nak pose pose kat situ. Bikini tak bawak !

Lepas check in bilik apa semua, rest kejap. Mandi dan solat pastu aku cadang nak keluar semula.

Hari pun dah hampir petang so aku ingat nak layan sunset jer lah. Nak gi island hopping dah tak de. Nak gi cari Minah Kwan dari Baraccuda Number 5 yang aku jumpa trip dulu tu tak mungkin la kan.

Tapi ada je speedboat Baraccuda Nombor 5 kat pantai tu.

Lepas bersiap siap aku pun keluar ke pantai.

Memula macam nak layan sunset kat Aonang Beach ni jer

Tapi nampak tak berapa menarik.. belah belah sana pun orang agak ramai.

Usha usha dulu area Aonang ni

Pantai Aonang yang ramai orang petang petang

Ada jugak full moon party kalau berminat

Ada yang melukis...confirm cantik. Kalau lukisan buruk tak berani dowh nak melukis kat public macam ni

Ada pulak team basikal bergambar tepi pantai

So aku fikir fikir balik dan timbal balik, aku rasa nak naik bot pegi ke West Railay Beach. Aku baca orang kata sunset kat sana lagi lawa pada di Aonang.

Ada tiket kaunter kat tepi pantai ni boleh beli tiket naik long tail boat ke sana. Harga dia THB 150 ( RM 15 ) untuk sehala. Kalau balik lepas pukul 6 petang harga tiket jadi THB200 ( RM 20 ) kalau sebelum pukul 6 harga sama jer macam waktu pegi.

Lebih kurang macam tu lah.

So aku beli tiket dan nak ambik bot ke West Railay Beach. Sempat lagi kot nak tunggu sunset ni

Remang remang cahaya petang di pantai Aonang

Dah beli tiket tu nanti dia orang akan suruh naik salah satu long tail bot yang banyak tepi pantai Aonang ni. 

Jarak perjalanan dari Aonang ke West Railay cuma dalam 15 minit.

Tapi boleh menyebabkan basah jugak la sebab naik naik bot tu.

So aku pun bersedialah nak mencemar duli.

Tup tup ada orang pengsan. 

Terkejut tengok aku ker????? 

"Hey.. kau dah kenapa?"

bersambung................

9 comments :

  1. Pengsan..?? Huishh awat dia terkejut nmpk supermeng ka? hahaha

    ReplyDelete
  2. Abang tak turut serta berparty ka atas feri tu ? Haha.

    ReplyDelete
  3. fangirl kau ke Meng yang pingsan itteww tatkala melihat sosok tubuh dikau...?

    wah warganegara mane beliau??

    ReplyDelete
  4. Terperanjat sbb tetiba ada scene orang pengsan lak. Huhu.

    Oooo baru la tahu yg org reramai naik long tail ptg2 tu pergi mana. Igt kut dah petang pun ada island hoping lagik. Hihi.

    Okay pas ni tau dah, kalau pergi krabi lagi buleh try.. tp tetap rasa gayat nak naik long tail nih.. acena?

    ReplyDelete
  5. An : ntah la.. tetiba je terjelepuk hina tepi pantai...


    Smile : tak boleh. tak muat ! aku size XS.. kat dada jerr...


    Hazwan : dia orang tak ajak. tu aku bengang tu.

    hahahhaa

    panas dowh berparty pebenda nya


    ReplyDelete
  6. NanaT : foreigner.. lepas tu bf dia papas ke atas sikit pastu dia baring je..

    tak tau la pasal apa..


    Ida : kalau gayat tak buleh la. kang terbalik bot tu. heheheh.

    kena kuat semangat dan bayangkan sunset yang indah di west railay tu.. baru kekuatan dtg !

    ReplyDelete
  7. naik ferry suka pilih duduk tempat terbuka....panas takpe, yg peting nampak langit dan dapat angin baru tak mabuk...

    ReplyDelete
  8. Nasa : betul tu.. idea yang bagus especially kalau nak merokok dan ambik gambar.

    tapi sebab masa tu tengahari. konon nak duk dalam.

    rupanya kat dalam lagi kepam.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...