Monday, January 27, 2014

Bagan Nakhoda Omar ( B.N.O )

Ada hari hari aku adalah sangat gigih !

Ada la satu hari tu, time cuti, tak tau nak ke mana. Duduk rumah pun asyik membuta ria je. So plan nak merayau. Konon nak gi makan mee udang yang agak glamer di Sabak Bernam sana.

Tapi kegigihan selalu tak seiring dengan kerajinan.

Kejap rajin, kejap malas. Time cuti dapat pose pose penyu bertelur atas katil adalah satu keriangan berganda.

"Papa !! Bangun............ ada tsunami !"
"Hmmm"

Sayup sayup je kedengaran. 

Diam kejap.

"Papa................ ! Bangun.. Ada kebakaran !!!!"
"Hmmm call la bomba............."

Pastu sambung tidur. Hiks.

Dah petang baru la datang semangat berkobar kobar. Tau je la nak pegi Sabak Bernam tu bukannya dekat. Sudahnya pukul 5 petang baru keluar rumah. Lenggang kangkung macam dekat beno je tempatnya. 

Destinasi kami, ke Bagan Nakhoda Omar untuk merasai mee udang Kak Ton !

Masuk ikut LATAR then exit ke Kuala Selangor.

Ada jumpa kuil Hindu baru yang besar ni. Macam lawa juga

Lepas Kuala Selangor..Kawasan Pasir Penambang

Tanjung Karang

Sekinchan.................

Sungai Besar

Fuh !

Jauh jugak sebenarnya. Tengok macam dekat. Tapi ikut jalan kampung macam ni standard la banyak traffic light, jalan kejap laju, kejap slow. Dalam Waze tu macam dekat je, tapi macam tak sampai sampai.

"Papa.. kat depan tu ada penjahat bawak parang"

Hahaha. Hero tengok ada icon bawak parang kat dalam Waze.

"Kalau dia jahat takkan la dia nak bagitau orang"

Dia pun rengsa tak sampai sampai, hari pun dah petang. 

Akhirnya sampai jugak di persimpangan ke Bagan Nakhoda Omar. 40 KM lagi boleh sampai Teluk Intan dah !! Ergh.... Jauh sebenarnya perjalanan kami.

Dari simpang ke BNO lagi 11 KM

Akhirnya sampai juga di Bagan Nakhoda Omar

Actually ini adalah kawasan rekreasi tepi pantai. 

Ada pantai tapi  tak boleh nak mandi, cuma boleh beristirehat atau lepak lepak main layang layang OK lah.. 

Sampai je park kereta.

Parking kereta

Tapi ada yang lebih menarik di sini.

Di sini lah terletaknya tempat makan Mee Udang Kak Zaiton yang terkenal di seantero Sabak Bernam ni !!!!

Lot kedai...

Ada 2 kedai je. 1 kedai Laksa Pantai Zaiton.. dan satu lagi lupa nama nya. Tak nampak sign.

Tengok orang agak ramai. Kami pun terus je lah ambik port duduk dan bersedia untuk order.

Selamat Datang..

Kedai Kak Ton  aka Zaiton aka Jaiton

Kedai yang sama je. Ada 2 pintu.

Tapi masa duduk tu datang waitress bagitau.

"Maaf Bang. dah abis. Dah tutup"
"Apa?......................"

Air mata mengalir lesu jatuh ke pipi lalu membasahi bumi.

2 jam perjalanan dan ini kah habuan yang kami dapat????

Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

* echo.......................44 kali

"Abang try kedai sebelah.... bukak lagi"

Isk... Aku pun malas nak argue la sebab yang lambatnya pun aku, bukan dia. Kedai ni memang tutup pukul 7 petang, waktu tu pun dah dekat pukul 7, jadi sendiri mau ingat la...............

* tunjal kepala sendiri .................................

So dah tak de apa nak buat, tak de apa nak tuju, kami beredar dan duduk je kat kedai sebelah. Kedai sebelah tu memang kosong. Kesian pulak tengok. Orang kat Kedai Jaiton tu punya lah ramai, tapi kat sini, satu kerusi pun tak terisi.

Tak pe.

Kami ada. Kami duduk !

Menu pun lebih kurang sama je. Order dan sempat aku ke pantai untuk menikmati pemandangan waktu senja di Bagan Nakhoda Omar ni.

Layan skit.








Hero mengaruk nak main layang layang. Pastu nak aiskerim goreng la. Hari pun dah petang. Gerai gerai jualan kat situ pun dah nak tutup.

Princess pulak nak main pasir. Bukan pasir pun tapi kulit kulit kerang yang bersepah sepah dia panggil 'batu'. Dia pantang tengok pasir pantai ni. Boleh alpa main lama lama. Biar pun tak pe tapi takkan nak biar.

"Adik. Jom la naik. Kita makan dulu"
"Adik tak nak. Adik nak main ni"
"Nanti la main. Dah petang ni, kita makan dulu"
"Adik dah kenyang. Nanti adik muntah cemana?"
"Tak de.. adik tak makan apa apa pun lagi"
"Ha.... adik dah sendawa..........."

Hahahaha.

Macam macam la alasan dia ni kalau tak nak makan.

Sudahnya puas pujuk, ikut jugak.

Naik balik ke kedai tadi dan kami menikmati hidangan..........

Nasi Goreng Udang.. tapi di mana udang nya?

Mee Goreng udang..............

Nasik Goreng Udang.. Tak de sesapa pun nak makan mee udang

Udang udang yang di gembur gemburkan dari bawah nasi

Apparently makanan kedai ni boleh tahan la sedap juga.

Ke kami lapar?

Ke sebab kecewa sebab Kak Ton dah tutup?

Tapi aku rasa OK per kedai ni, cuma pelik kenapa tak ramai orang. Agaknya Kak Ton punya Mee Udang tu memang tahap dewata punya sedap la kot sebab tu orang tak makan kat sini.

Kecewa jugak la tak dapat rasa Mee Udang Kak Ton, tapi makanan di sini Alhamdulillah cukup mengenyangkan.

Hari pun dah petang, abis makan kami pun blah...

Gigih lagi 2 jam nak balik rumah !

Takpe lah. Tak de rezeki nak makan di kedai Kak Zaiton.....  !!

Dalam hati, kami masih menaruh harapan.................. semoga kau bahagia dan kaya raya Kak Ton. Bahagiamu, derita ku............ !




Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

12 comments :

  1. hahahaha....bahagiaku deritamu... awwww...

    apsal x gi penang kat sg dua tu makan mee udang?? hahahaha..

    suruh hero men layang2 kat tasik umah aku mehhh....

    ReplyDelete
  2. Kesian mu Meng. Tapi aku rasa kedai Kak Ton tu sedap sikit kot mee udang dia... aku dah pi sebulan lepas masa balik Pangkor ari tu. Org punya la ramai... nanti try la...

    ReplyDelete
  3. Thanks ME ..

    HB : dia tu semangat je nak main, bila dah dpt nanti mana dia letak..

    aku malas nak melayan sgt.

    Ali : tak pe. aku x de hal pun. saja je jalan jalan.. x dpt kak ton.. pun buleh tangkap2 gambo..

    dan ada reason nak pegi lagi. hiks

    ReplyDelete
  4. HB sungai dua penang tu aku dah pernah pegi.. kedai dia rumah 2 tingkat kan?

    ReplyDelete
  5. Oh mee udang x dpt mkn pun x pe coz dpt gambar sunset yg cantik still berbaloi. Cute plak tgk gelagat anak kejutkan papa yg x nk bgn tu hahaha

    ReplyDelete
  6. sikap bertangguh adalah amalan shaiton. *lariii

    ganba no 16 langit sungguh gemilang.

    ReplyDelete
  7. JM : tak pe. leh repeat gi kedai kak ton ni. tapi kena buat plan yang lebih mega singgah di kedai kak ton adalah aktiviti sampingan....

    biasa la kalau cuti2 tu pose pose platypus...

    NanaT : keji !!

    ReplyDelete
  8. saya mengunjung BNO untuk makan mee udang, amat sangat mengecewakan saya.
    Layanan yang buruk dari tuan punya gerai mee udang, bila saya tunggu 5 minit untuk membuat order saya terus ke kaunter untuk membuat order.
    Apa yang saya dapat saya di herdik sebab tak sabar menunggu oleh isteri tuan punya gerai. dengan kasarnya isterinya berkata "SABAR LAH" sangat mengecewakan.

    Apabila saya ajukan aduan saya ke kaunter, seorang wanita tua berkata memang disini lambat.
    Masaalah saya bukan lambat tapi isteri tuan punya gerai ni tidak ada budi bahasa.

    Apabila saya kata saya tak puas hati dan tak akan datang lagi, isteri tuan punya gerai menjerit "ALHAMDULLILAH". Sangat memalukan, saya tak pernah hadapi keadaana sebegini.

    Tuan punya gerai datang jumpa saya bertanya apa yang berlaku, tapi apa yang saya dapati dia sokong isterinya. bukan nak mintak maaf.

    Saya sudah berumur lebih 50 tahun tak pernah saya hadapi keadaan sebegini seumur hidup saya.

    Saya harap rakyak Malaysia tidak berlaku biadap sebegini, jangan lah sokong orang2 yang biadap sebegini.

    Harap maklum
    Pengunjung hampa

    ReplyDelete
  9. Azahar :

    alamak. tak tau nak komen apa. Kedai yang mana satu ni? Kan ada 2 kedai.

    Maybe first time terkena. kalau pegi lagi mungkin dah ok layanannya. kalau terkena jugak. hmmm memang rejek terus la...

    ReplyDelete
  10. BrO,pasal terbaca lu nya blog.gua layan mee udang wif family last week.dOk layan sunset kat BNO.thanks share infO2 menarik.terbaek.....

    ReplyDelete
  11. MDZ : layan kedai kak ton ke?

    ah. aku pun x sempat nak merasa lagi. tunggu mood rajin sikit nanti aku try pegi sekali lagik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...