Sunday, January 5, 2014

Short Trip Cuti Sekolah Dec 2013 - Part 4 : Mini Cameron Highlands | Nasi Ayam Mancongkam

Tapi on the way turun dari Genting tu kami singgah kat Cameron Highlands !!

Ha.. jangan tak percaya. Walaupun kat Genting Highlands tapi tetap ada Cameron Highlands. 

Mini Cameron Highlands.

Mini jer

Ada tempat tanam tanam sayur

Petik strawberry pun boleh

Boleh beli sayur mayur

Atau pokok cactus

Cendawan

Boleh self pick jugak

Ada FM di jual di sini. Seketul RM4 beli 3 dapat RM10

Strawberry yang di beli. Masam macam hapa jerrrr

Semasam masam strawberry tu tak semasam muka Hero kat belakang. Dia merajuk sebab nak beli bola dan aku tak kasi. Mencuka je kat belakang.

Turun dari Genting... ingat nak singgah makan tengahari di Nasik Ayam Garing dekat UIA Gombak tu.

Punya la gigih siap U Turn, pegi pegi ... tutup pulak !

Then ikut Jalan Gombak cari Nasi Ayam Mancongkam. 

Selama ni aku dok dengar je, tapi tak pernah merasa. Kali ni cari cari ingat dah tak jumpa, tup tup... jumpa jugak.

Nasi Ayam Mancongkam


Orang boleh tahan ramai. Kedai dia terletak betul betul di hadapan bangunan masjid kat Jalan Gombak, Batu 4 3/4

Usha usha banyak kereta tepi jalan tu, ya la tu.

Sampai je nasib ada tempat duduk. 

Aku makan Nasi Goreng Ayam Garing - RM 6.50 sepinggan. Dia orang makan Nasi Ayam Garing RM 5.50 sepinggan. Ayam sama je, nasik je lain lain.

Ayam Goreng Garing Mancongkam !

Verdict?

Hmmm. Alhamdulillah. Mengenyangkan. Tapi nak kata sedap sangat tu, tak de la kot. Biasa biasa je. OR pun bagi 5/10. Aku kasi 6/10 sebab aku pemurah sikit. ( padahal sebab aku yang beriya iya nak gi makan sini )

Boleh lah. Janji kenyang dan dapat la merasa. Tapi orang agak ramai. So maybe la sedap kot kat tekak universal. Tekak aku ni je rasa biasa biasa.

Perut kenyang, hari pun semakin petang dan mendung menjadi suram, kami pun bergerak pulang.


Maka tamatlah kisah Short Trip Cuti Sekolah bulan Disember 2013 ini. Balik tu Princess start demam. Hero lak dah start kem Solat, so cuti sekolah tak leh jalan jauh jauh sangat.

TAMAT.

8 comments :

  1. Sekali sekala tunjuk le muka hang yang handsome tu...tak kan sampai ke tua baru boleh tengok siapa sebenarnya supermeng...ada macam Paul Walker Kah? hihihi

    ReplyDelete
  2. Telan air liur baca review makanan tu. Kat sarawak memang payah nak cari selera yang padan dengan tekak aku..

    walapun rating 5/10 dan 6/10 engkau kasik, jika dan hanya jika kedai tu ada kat sini, hari-hari aku singgah

    ReplyDelete
  3. aku pun heran jugak Meng, payah nak merasa strawbery yang manis-manis macam dulu... mungkinkah akibat kesan pemanasan global atau impak kenaikkan harga barang baru-baru ni... ke? ah, pening aku!

    ReplyDelete
  4. Mr Z suka sangat lah Nasi Ayam Mancongkam tu..suka kat sos kicap dia. tmpt ni pada aku ok..tapi kadang2 masin sangat lak...

    Supermeng = paul walker?
    pasal macam paul walker kot OR tak kasik tayang muka...hahahha!

    ReplyDelete
  5. Gambar bangunan last sekali tu bangunan apa?

    ReplyDelete
  6. Nasi ayam mancongkam?...pelik pulak namanya..ingatkan salah spelling..kot ye pun mencengkam ke

    ReplyDelete
  7. MKL : perlu ke?? xde mcm paul walker.. mcm nelson mandela lagi ader..

    Hiks.

    ZZ : apa kata kau belajar masak dan masak sendiri? hahaha. x pun bukak warung..

    dpt la income lebih.

    AP : aku pun rasa begitu. aku rasa dia org ni buh chem kot nak kasik strawberry cepat masak. tu yang jadi masam sebab bukan semulajadi..

    ReplyDelete
  8. NanaT : maybe la ada org suka.. tapi kalau nak pegi utk makan semata mata.. tidak la ku repeat hanya sebab itu.

    yang benar.
    nelson mandela.

    HB : itu bangunan rumah.... xde kena mengena dengan entry..

    hahahaha

    JM : tu mancongkam utk geng geng Warigh......

    nanti dia tukor nama

    restoran mancongkam botingkek tingkek....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...