Salah satu lokasi hebat dan agak menarik untuk beristirehat, berjogging, beriadah mahupun berkelah adalah di Taman Tasik Cyberjaya !
Aku few time dah usha kawasan ni tapi cuma dari luar je. Belum berkesempatan nak masuk dalam sehinggalah satu hari yang indah kebetulan berada di kawasan Cyber dan bawak la budak budak usha garing port ni.
Kalau dari luar boleh nampak playground yang agak besar, jadi aku nak la bawak mereka ke sini untuk bermain main sesambil tu aku boleh melawat kawasan.
Pintu masuk
Lokasinya terletak di belakang MMU. Ikut je la jalan jalan tu, satu jalan dengan masjid Cyberjaya yang sedang di bina tu. Sampai hujung then nampak la sign tu selepas Majlis Perbandaran Sepang tu.
Banyak parking space so jangan risau.
Turun dan kena menapak sikit ke belah dalam. Ada bridge kat situ. Ikut jer.
Ada juga jam besar. Hero punya la kagum sebab jarum jam tu actually bergerak
Baca papan tanda dan ikut la ke mana hala nak di tuju
Macam kami, hari tu terus je tuju ke children's playground tu.
Nanti nampak playground dengan tasik. Boleh lepak lepak area tu. Budak budak dah histeria tengok playground yang besar, aku pun merayau jugak skodeng apa yang patut.
Jom tengok.
Oh.. ada teratai bunga indah... engkaulah pujaan hati ku....
Ada bridge jugak di sini menuju ke sebuah pulau kecil namanya Pulau Wind Chime. Orang ramai ramai tu bagi ikan makan. Siap masing masing bawak roti
Tepi tasik
Tak sure tempat apa, rasanya pusat komuniti
Playground yang agak besar
Suasana sekitar tasik
Pokok di atas pulau Wind Chime
Laluan di atas pulau kecil
Jambatan
Lagi teratai bunga indah. Eh.. daun je
Tasik yang tenang
Boleh tahan pengunjung di sini
Mencurah air di daun keladi....
Dengan mudah kau lepaskan kata-kata
Hingga aku terpesona
Dibuai gelora cinta dan asmara
Gitu halus, lembut dan indah sekali
Rupa-rupanya diselimuti duri
Hingga aku dikau lukai
Butakah aku dalam cinta
Hingga aku diperbudak-budakkan
Miskinkah aku dalam cinta
Hingga menjadi barang buangan
Tahulah aku sekarang
Siapa kau sebenarnya
Tiada aku sangka sama sekali
Kau hanya mencurah janji di daun keladi
Sungguh tak bererti
Tapi itu bukan daun keladi kan?
Hahahha. Lantak lah daun apa pun.
Sambung balik gambar gambar nya.
Ada port menarik. Dari situ boleh view sunset
Sunset yang tak berapa nak ada
Sunset
Last...
Aku merayau, lupa budak budak bermain di taman. Tak pe. OR ada jaga.
Bagus jugak budak budak ralit bermain, kalau dia orang tahu aku merayau mesti dia orang pun nak ikut. Tapi memang kena rasuah beli jiwa dengan aiskerim.
Ada berlambak orang jual aiskerim. Ramai jugak yang bawak makanan sampai maghrib maghrib pun dok berpicnic lagi di sini.
Layan sikit lagi gambar.
Apa apa pun, tempat yang agak menarik untuk riadah seisi keluarga.
Boleh usha kalau ke sana.
cantik juga ye...
ReplyDeleteMKL : bole la utk beriadah dgn family...
ReplyDeletemoh ler gi tasik kat area umah aku Meng!! hehehehe....kalau musim ada org main layang2 kat tasik ni....boleh la main layang2 ngan anak ko ke OR ko ke... tapi rasanya ko mesti menyesal kalau dtg nnt wakakakakaka....
ReplyDeleteCantik Meng sunset tu... bagus info ko ni, sebab aku tak penah pegi lagi.
ReplyDeleteoff topik: meradang pulak aku .. dok klik sana klik sini nak carik entry viet ko dimana aku nk crk sebab apa ko naik sleeper bus..nk baca adakah train penuh or ko kedekut nk spent duit etc hahhahaha...kalau train penuh..means aku takleh la walk in ye tak? mohon letak widget SEARCH BOX huhuhu...
ReplyDelete*masih panas hati tak jumpa entry tu
dekat-dekat situ ada night go kart..
ReplyDeleteek,bepusing ke jam tu, knp aku x prasan..hahha..gigih la pusing 1 kelab komuniti tu
ReplyDeleteHB : umah kau yang roundabout banyak arca batu batu lukisan tu kan???
ReplyDeletesitu bukan tempat org merendek ke???
AliP : sila sila.... jangan lupa sediakan duit kecik nak beli aiskerim.
NanaT : tak jumpa ke? cuba cari label Hanoi atau Sapa tu.. ada la bawah bawah tu...
AKu tak naik train sebab tiket abis. Kan last minit main redah je. tu yang terpaksa ambik bas.
Utk keselamatan, cuba contact hotel/hostel yang kau dah book. maybe dia org buleh arrangekan.. dia org boleh tolong beli kan....
DrS : kat belah mana??? malam macam scary jer tempat ni...
ReplyDeleteBL : dia pusing tapi tak de jarum saat. jarum minit tu je boleh perasan dia bergerak...
oh itu kelab ada pool org kata? Sungguh ka???
keluar balik dari entrance tu..
ReplyDeletemasuk balik jalan besar
ada satu sempang belah kiri
nanti ada roundabout..
masuk pukul 9
selalu ada offer go kart tu kat Groupon.. ok lah.. night go kart.. banyak kali dah pergi..
ramai gak..
nyamuk banyak tapi!
Hahaha...ye la kat situ la umah aku...manade org merendek...aku selalu jogging kat tasik tu seround dua hahaha...skang ni dh x musim org main layang2 dh...asek ujan jek...
ReplyDeleteDr S : ooooo.... nyamuk je la main go kart tu kalau mcm tu...
ReplyDeletex pun kena pegi pakai repellent sesiap.
HB : lepas ni org buat snowman kat situ.. salji turun....
Saya pun baru pergi semalam. memang best dan sesuai untuk beriadah bersama keluarga....
ReplyDeleteZu : bagus.
ReplyDeleteselalu2 la kau pegi beriadah.
tunggu masjid sebelah tu siap. nampak mcm cun gak