Thursday, October 17, 2013

Bukit Jugra, Banting

Dah lama aku teringin nak try paragliding di Bukit Jugra ni.

Kalau baca dari satu blog ke blog yang lain, beriang ria mereka berjaya melaksanakan aktiviti ni.

Aku jadi jelesi !


So aku pun memasang angan angan. Aku mengidam.

Kebetulan waktu ke Morib untuk trip birthday Hero tu, aku pun call la riki riki apa yang patut. Aku call Capt Ikhwan tu. ( 014 718 7826 )

"Kalau esok saya nak paragliding di Bukit Jugra boleh ke?"
"Boleh"
"Cemana nak book?"
"Datang je"
"Pukul berapa?"
"11 sampai kol 2 petang"
"OK"

Aku jadi riang !

"Sapa nama ni?"

Capt tu tanya aku.

"Meng"
"OK"

Sah sah la dia ada nombor hp aku sebab aku call pakai hp aku.

So lepas tu aku pun memasang cita cita dan keinginan. Dah siap imagine macam macam. Aku ajak OR naik sekali, tak berani nya dia.

"Hero ikut Papa Paragliding nak?"
"Oh.. yang terbang terbang tu ke Papa?"
"Haah. Berani tak?"
"Papa ada tak?"
"Papa nak naik la"

Dia diam. Tengah fikir jugak tu.

Tak pe. Kalau dia orang tak nak, aku proceed jugak !

Bayarannya yang aku baca sekali terjun RM200. OK lah. Kalau kat oversea sure lagi mahal. Lagipun, kalau tak buat ni bila lagi?

Macam tu aku bertanya tanya pada diri sendiri.

So lepas check out dari Gold Coast Resort Morib tu kami terus ke Jugra. Tak susah pun nak cari, ikut je sign dari Banting tu ke Jugra.

Nampak sign ni. Naik je ke atas bukit

Bila sampai ke puncak nanti nampak rumah api.

Nampak Rumah Api Bukit Jugra ni.

Baca ni jugak untuk tambah ilmu di dada nan bidang.




Dari rumah api tu nanti, ikut je laluan tepi tepi tu sampai la ke tebing yang mana ada tempat orang paragliding ni.

Masa aku sampai, macam banyak kereta parking, so aku jadi bertambah excited. Berdebar debar pun ada jugak. Tapi tak sabar sabar lah ni.

Usha keliling.

Angin agak kuat lah. Bersepah rambut terbang. 

Pemandangan dari Bukit Jugra

Padang sasar untuk landing nanti

Selat Melaka dari kejauhan

Papan tanda Jugra

Sungai Langat

Pernah menjadi laluan untuk timah satu ketika dulu. Timah tu biji timah bukan Fatimah !

Kolej Matrikulasi Selangor

Nanti landing situ

Cuaca OK ni

"Bila nak terbang ni Yang?"

OR tanya.

"Jap la. Kejap lagi orang tu datang lah. Saya dah book semalam. Maybe tengahari ni, dia orang pegi makan kot"

Beriya la aku ni.

"Nanti Papa terbang, Hero tengok tau, pastu turun ambik Papa kat bawah sana"
"Papa tak naik balik ke?"
"Tak la kot"

Begitu aku berimaginasi.

"Kalau Papa jatuh cemana?"

Kann !

Diam tak menjawab.

Anak aku lagi imaginasi terlebih.

Menunggu 

Dan menanti

Mana isyaratnya???

Budak budak dah excited. Aku lagi excited. Ada tempat duduk sambil tengok orang paragliding kat atas bukit ni.

Masalahnya..

Mana orang yang nak organize paragliding ni????

Lama aku menunggu. Last sekali aku call.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Maaf Encik. Tak boleh hari ni, angin kuat"
"Apa????????????????????????????????????????"

Teng Teng Teng.....................

Lari pekup muka pegi menangis tepi kubur Cina

Kubur Cina...

"Wo yiking gaosu cunmin ! Youren gaosu wo, you yitian zhege shijie shang, wo xiang chengwei yige zhenzheng de Supermeng. Neng Fei ! Ruhe zheyang zuo nage??" *

* mati la cakap Cina terus...

Air mata berjurai jurai. siap effek sedu sedan

* mati la OR tak nak layan.

Apparently angin bertiup kuat dan tak tentu hala..

Turun bawah kat masjid berkubah bola golf ni menginsafi diri...

Harapan ku nyata terkecewa !!!

Tetap ku idamkan, satu hari nanti aku mampu terbang.



I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

Hey, cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can do it (I can do it)
If I just believe it, there's nothing to it

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly-eye-eye-eye
Hum, fly-eye-eye

* "Saya dah bagi tau orang kampung ! Saya dah canang satu dunia hari ni saya nak jadi Supermeng yang sebenar. Boleh terbang ! Macamana ni Yang?? Malu lah saya !!"

14 comments :

  1. Supermeng mesti terbang..tak terbang tak sah jadi supermeng...hihihi

    ReplyDelete
  2. propa sgt! aku baca berdebar2 tau nak tgk ko terbang sbb kitorang tak buat! huh!!! *tikam pen kat dada meng*

    ReplyDelete
  3. MKL : berangan buleh la...

    Biq : hahahahahammmmponnnnn.....

    * pegang dada

    pen lamy ke ni? aku ambik !!

    ReplyDelete
  4. cish
    tunjuk gambo banyak sangat
    dah tau dah
    mesti tak jadi terbang

    bersabarlah
    lenkali ek??

    ReplyDelete
  5. mungkin ko lupa nak pakai seluar kecik kat luar.....kalau x mungkin impian ko kan tercapai hari tu gak...hehehehe

    ReplyDelete
  6. Tak jadi terbang? Apakah? Salam Bro, saya dah jadi ahli blog bro dan linkkan blog bro di blog saya. Jika senang sila lawat alipancing.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. La.. dah semangat nak tengok orang terbang.. rupa2 nyer tak jadi ker.. sabar je lah.. :D

    ReplyDelete
  8. Anash : Tu la.. lain kali kena gi naik.. x leh berexpectasi tinggi sgt nanti kuciwa lagi..

    * makan kerepek banting pengubat duka

    HB : hahahahaha

    AP : salam... rockers pasti bersatu... cheers !

    TT : propah je lebih aku ni.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Supermeng dah fly ke belum...boleh cuba lagi jangan mengalah. Call lagi captain Ikhwan tu buat aktiviti lagi di Bukit jugra. Center dah pindah di kaki Bukit Jugra. atau call kak Orkid jamilah 019-3564061. Thanks

    ReplyDelete
  10. Para : ahaks....
    dah tawar hati dah ni.. nanti la insya allah. ada rezeki. bakal menyusul nanti..

    thanks for sharing contact info. nanti sesapa berminat dia org boleh contact.

    good luck bro !

    ReplyDelete
  11. Okay maksodnye tengok keadaan dulu baru boleh terbang?

    ReplyDelete
  12. Siti Hanim : ya.. kalau angin sepoi sepoi bahasa cina.. buleh la terbang.

    kalau angin kencang noh hujan... jangan cuba cuba..

    keselamatan diutamankan !

    ReplyDelete
  13. Meng, nak tanya, nak paragliding ada limit x berat berapa kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tak pasti la pulak. tapi kalau google dia ckp weight limit enforcement utk berat melebihi 100 kg.

      Kena check dgn operator ni rasanya.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...