Monday, November 19, 2012

Taman Burung Kuala Lumpur

Aku tak de plan pun nak pegi Taman Burung, tapi lepas makan tengahari, rasa memang nak keluar bawak Hero jalan jalan. Tapi macam biasa lah tak tau nak pegi mana. Tambah lagi time time hujan macam ni.

"Kita keluar jugak ke?"

OR tanya.

"Keluar je lah"

Dan dan lepas tu keluar tanpa arah tujuan. Hujan dah turun masa tu. Time hujan aku adalah tak boleh jadi drebar sebab mata kerrow.

Pegi ke KL.

Memula nak pusing pusing KL cari tempat indoor. Pastu masuk area Taman Tasik Perdana, tengok tak hujan.

Tup Tup. Kita orang dah sampai Taman Burung Kuala Lumpur !


Beli tiket dan terus masuk.

Tu je la cerita nya.. Layan gak la masuk dalam tu usha usha burung.

Macam macam burung ada

Taman Burung Kuala Lumpur juga dikenali sebagai “Sangkar Terbang Bebas Terbesar di Dunia”, di mana pelawat akan dapat menyaksikan lebih 200 spesis burung tempatan dan asing. Taman ini dibahagikan kepada empat zon, di mana burung-burung akan terbang bebas di Zon 1, 2 dan 3. Di Zon 4, burung diletakkan di dalam sangkar yang lebih kecil.

* cut and paste

Elok je kami masuk ada bird show, terus menuju ke tempat bird show tu dan layan tengok show kat situ.


Menarik jugak, tapi ada time time burung burung tu tak nak bekerjasama, so tak menjadi show mereka. Tapi fun jugak lah. Tak de ramai orang sangat, mostly foreigner dan pak arab je yang ada. Melayu melayu ni tak berapa ramai. 

Mungkin tak berapa nak ambik pot alkisah burung sebab berlambak burung terbang bebas pun kita buat tak tahu je.

Boleh tahan jugak la besar kawasan ni. Siap Hero boleh sound.

"Papa. Kenapa kita tak naik teksi je?"

Sebab masa nak masuk tu dia nampak banyak teksi. Dia ingat teksi tu boleh masuk dalam agaknya. Lagipun masa kat dalam tu, nampak teksi lalu lalang belah luar pagar.

Layan je la gambar burung.

Aku ni bawak kamera tapi macam biasa, tak charge. So kamera pose pose je. Battery setakat yang ada.

Kakak yang tak pernah muda

Main rogol rogol

Paling seronok sebab boleh bagi burung burung ni makan. Hero memula takut. Tapi nak. Masalahnya tempat jual makanan burung dan ikan dalam tu cuma terima duit 50 sen. Nasib ada kedai dan boleh tukar.

Seronok la dia bagi burung makan. Pastu bila burung dah dekat mencicit cicit lari, takut kena kejar.


Fun jugak la sebenarnya tempat ni kalau sekali sekala pegi.

Tapi musim hujan, kena hati hati. Pathway dia agak licin. Nak bergambar dengan burung pun boleh. Tapi awas, silap silap, muka burung hantu dengan muka sendiri dah lebih kurang je jadi nya.




Tak abis pun berjalan dalam tu sebab hari dah nak hujan balik semula.

Lepas abis 3 zone kami pun keluar. Ada tempat jual FM. Tapi agak mahal.



Pastu hujan turun tak henti henti. Bahana merayap time hujan macam ni lah. Tak boleh nak expect banyak. Kena ready je, tup tup hujan turun dah terpaksa lari.

Tak tau nak pegi mana, kami pegi isi perut.

Melantak kat Old Town White Coffee.


Sampai rumah lepas maghrib, terus pengsan tak sedar diri.

Kepenatan tengok burung banyak sangat.

Apa apa pun, ni ada lawak burung....

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" 

Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah 

"Bukan itu maksud saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan  muka merah dia menyambung, 

"Maaf, bukan itu maksud saya. Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? 

Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi,

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, Isteri lelaki itu pun pun berdiri....

Ini peta kalau nak pegi. Kalau sesat, sila pegi ke balai polis yang berdekatan !

Masuk kena RM25 with MyKad. Budak budak RM15. Harga dia dah naik sikit dari since last aku pegi. Mungkin burung burung memerlukan makanan tambahan yang lebih seimbang !

Sila lah berkunjung dan cintailah burung anda atau burung suami anda ( kalau suami anda ada bela burung ).

6 comments :

  1. hahahaha isteri sapa plak yg berdiri tu! kantoi big time! hahaha!

    burung tu makan cili ke weh? gile hebat!

    aku pi sini pun sbb bawak anak sedara...kalo tak, mmg 10 tahun lagi la kot nak dtg hahaha!

    ReplyDelete
  2. ya la.. dah ada burung kat rumah, tak payah nak pegi taman burung dah..

    * petir

    ReplyDelete
  3. ko x bela burung ke meng? burung apa? burung nuri...burung apa? burung nuri...burung apa?

    *larikkk..

    ReplyDelete
  4. mujur la ko masukkan part cerita kt ujung tu meng..kalo x, hmm mau ke biqque nk menyampuk kt tajuk cenggini??

    *lariikk... huhu

    ReplyDelete
  5. kuanjo nyer AJ hahahahahaha! peminat #matikeraskipas ni hahahahaha!

    ReplyDelete
  6. hahaha..meng kata nk bukak kt KK plak..pdahal aku br jek blk dr KK last week..xpe demi #matikeraskipas bak kata biqq aku serbu pulak utk dptkn collection terbaru..

    hiks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...