Monday, November 26, 2012

Corat Coret Manila 9 : Accomodation Di Makati

Wokey.

Ini adalah entry  khas mengenai accomodation aku semasa di Makati.

Kalau nak bercerita pasal hotel dan hostel di Manila tak de la kurang macam kota kota besar yang lain. Malah macam tak mencukupi. Apa apa pun banyak hotel hotel dan hostel hostel yang boleh di pilih di kawasan pilihan samaada di Metro Manila., Pasay atau pun Makati ini sendiri.

Macam aku sebab last minit, aku cari hostel dan aku book. Aku suka hostel ni sebab dia ada single room. Plus dia dekat Makati since aku memang fikir aku akan habiskan banyak masa di Makati jadi aku tak de la riki di tempat lain.

Lagi satu, Makati ni area selamat sikit jika di bandingkan dengan kawasan kawasan lain. Dan kalau di Makati, seeloknya cari la yang berdekatan dengan Makati Avenue, iaitu jantung pada Makati itu sendiri.

Ada berani kau nak buat ayat sebut jantung?

Makati Avenue, Manila

Hostel yang bertuah di pilih oleh aku adalah Our Melting Pot Hostel.

entrance tak berapa cantik

Nasib aku baik jugak la sebab time aku decide nak pegi, then aku riki cari bilik terus jumpa dan aku book. Tapi cuma ada available untuk 2 malam. Tak pe lah. Aku fikir satu malam lagi aku cari di sana nanti.

Pihak hostel ni sangat responsive, aku siap berbalas balas email dengan dia pagi tu lepas aku buat confirmation. Aku tanya mereka cemana nak pegi dan dengan cara apa paling dekat since aku akan sampai di Clark pukul 12.30 malam pastu nak naik bas lagi then dari station bas nak ke hostel lagi. Memang aku bagitau ETA aku adalah jam 2 pagi !

Dia orang baik hati, dia orang kata dia orang akan tunggu !

Yea. Tapi tak de pulak dia kata nak siap siap dengan bunga manggar atau karpet merah.

Lagi satu yang menjadi kemusykilan aku adalah, bas dari Clark akan singgah di 2 station. SM Megamall dan juga di Pasay Terminal Bas. So mana satu lebih mudah.

Jawapan dia, dua dua sama dari segi jarak, tapi kalau nak ikut kurang jem, boleh turun di SM Megamall saja dan naik teksi dari sana.

Masa aku sampai di Manila sebab sibuk berborak aku tak turun kat SM Megamall tu tapi aku turun di Pasay Terminal Bus. Nasib baik la dah malam buta jadi tak berapa jem sangat.

Aku sampai di hostel pukul 3 pagi dan mereka menanti dengan mata sembab.

"Sorry uols... banyak undangan"

* hempas beg

Harga bilik dia, ada range range la depends on jenis bilik dan sebagainya. Aku book yang single room so harga satu malam dalam RM70 lebih semalam. Kira OK lah tu. Paling penting aku perlukan privacy dan dengkuran aku tidak di ganggu !

Sampai sampai pagi tu terus terbongkang tidur kepenatan.

Bila bangun pagi tu baru la aku tahu, ada sarapan di sediakan.

Usha dulu gambar sekitar hostel.


Ada tempat makan. Tu breakfast dah siap siap. Simple breakfast tapi kira OK lah. Ada living hall untuk berehat.

Tengok lagi gambar ni.


Tengok tu bilik aku ada angsa bersenda gurau sepasang.

Dan ini menu sarapan pagi hari tu.

Aku belasah makan extra pisang. Pastu roti dan jem sambil minum teh O.

Sedap juga.


Drawback hostel ni yang aku perasan termasuk la wifi dia yang agak hampeh. Asyik tak boleh nak connect je. Beberapa kali aku terpaksa suruh dia orang restart modem dia orang. Bila restart ok tak lama lepas tu connection lost semula.

Hostel ni memang tak sesuai kalau bawak kanak kanak. Lagi satu area ni bising. Kalau malam malam memang bunyi desco desco. Tahan je la telinga. Nasib aku memang letih gila, tak heran la kau nak memekak apa pun, aku tidur je.

Satu lagi yang menjadi kesukaran kalau mata agak rabun rabun ayam adalah nak mencari hostel ni sendiri.

Tau sebab apa?

Tak de signage. Hotel ni terletak di tingkat 4 bangunan yang sedang di baik pulih. So ada la orang buat buat keje pembinaan. Ada sign kecik je, memang kena perhatikan betul betul. Tapi pihak hostel awal awal dah email aku cemana nak pegi, siap dengan map segalanya.

Ini bangunan hostel ni pada waktu siang. Pintu masuk dia pun kat tepi yang bumbung biru tu

Tapi kalau nak tau, lokasi sebenar hostel ini adalah berdekatan dengan Berjaya Hotel Makati.

Ya. Ada juga Hotel Berjaya di sana. Aku tumpang bangga walaupun tak berapa mampu nak duduk situ.

Nampak nuh, Berjaya Hotel Makati

Pastu ada Trump Tower sedang dalam pembinaan

Lokasi hostel ni cukup hebat sebenarnya. Terletak di mana? Ya... di jantung Makati. Maksudnya semua yang nak kita tuju adalah berdekatan. Kedai kedai 24 hours, restoran, mall dan semua benda tu adalah dalam jarak yang berdekatan.

Satu lagi aku nak tambah, toilet, bilik semuanya dalam keadaan bersih dan memuaskan.

Tapi lebih penting, sikap mesra pelanggan yang akan membuatkan kita sendiri merasa mesra tak tentu pasal.

Contohnya pekerja pekerja dia yang macam Grace tu. Yang lain lain pun OK jugak. Tapi aku tak borak dengan semua pun.

Ini bangunan depan hostel. Ada restoran dan pub pub.

Tapi malam malam hostel ni bising sikit sebab bunyi dari desco desco yang berdekatan nih.

Habislah hostel di hari pertama dan ke dua aku di Makati.

Untuk hari ke 3. Aku book masa dekat hostel ni. Sebab aku ada tanya kot ada available room untuk aku extend. Tapi tak de. Penuh. Ada pun dorm. Aku tak mau la duduk dorm sebab tak kelas !

* selimut dengan kain kapan.

Tak de la. Sebab aku tak selesa dan aku tak mahu menganggu orang. So baik aku cari bilik untuk diri aku sendiri.

Dan.. Tau apa yang aku jumpa. Tune Hotel Makati !!

Kelebihannya Tune Hotel Makati ni, ianya terletak tak jauh dari Our Melting Pot tu. So aku check out dari situ boleh jalan kaki je ke sana.

Mudah.

Lepas balik dari Taal Volcano dan mengucapkan selamat tinggal pada Anikka, Toby dan Isabella, aku menapak dan terus check in.

Welcome uolls !

Tune Hotel Makati ni baru. Ada lagi satu Tune Hotel di Manila sana dekat dekat dengan area backpackers di Manila Bay. Tu aku tak check tapi sebab aku tak de plan nak duduk area tu pun.

Aku book pakai agoda. Senang. Tips dia jangan book direct dengan Tune Hotel sebab akan ada benda benda remeh temeh charge la nanti bertambah tambah. Kalau kita book pakai web page lain macam Agoda ke dia all inclusive.

Harga aku dapat untuk 1 malam adalah RM80

OK lah tu. Hotel ni ! Kalau aku stay 3 malam sini pun tak pe. Tapi kalau aku stay sini sah sah la aku tak jumpa Grace dan geng geng di sana.

Ada la sebabnya tu Tuhan tak bagi.

Tengok gambar Tune Hotel Makati je lah.


Urusan check in semua lancar. Cuma minah kat reception hari tu tak berapa mesra sangat. Aku tanya macam jawab nak tak nak je.

Check in, campak beg, tengok bilik.

Toilet OK. Bersih

Bilik memang kecik tapi aku sorang je pun, so shouldnt be any problem

View dia. Tak berapa nak lawa. Tapi nampak papan tanda kuning tu?

Haaa. Zoom sikit. Maybank kawan ku ada di sini. Hi kawan !!! Mintak duit seguni

Sampai sampai terus pengsan. Sedapnya tidur. Tilam dia best. 

Aku tak tau pun yang beg merah tu boleh cilok.

Ke tak boleh? Dalam tu dia isi towel masa kita check in dia bagi. Haaa. Jangan speku aku curi towel lagi. Aku dah lama berhenti buat keje tu. 

Tapi masa aku kat airport, aku tengok sorang mamat ni dengan selamba je galas beg Tune Hotel ni. Ada di jual ke or memang spekulasi aku sudah terang lagi bersuluh, mamat tu dah mengambil alih kepakaran aku cilok barang barang hotel?

Ada breakfast di sediakan. Tapi aku tak sempat breakfast

Meja pool pun ada

Walaupun tidak terletak betul betul di Makati Avenue, tapi sign Tune Hotel tu boleh nampak dari jalan.

Apa apa pun, kemudahan teksi tak de la susah mana sebab pagi tu aku check out dan minta hotel carikan teksi sebab aku nak pegi ke station bas nak balik ke Airport Clark.


Secara overallnya, aku berpuas hati dengan accomodation di sini. Maybe banyak choice lain boleh riki riki tapi hotel di Manila tak de la semurah macam hotel hotel di Thailand. Dan quality serta services adalah up to the standard jugak la. Malah mungkin much better.

Dah macam commentator lak aku ni.

Tune Hotel Makati adalah recommended.

Selamat berjalan ke Manila ! 

7 comments :

  1. Ko anggap je la mamat tu beli kat megastore AA. Boleh thn gak tune hotel nih. Seleseeeeeeeeeeeeee..

    ReplyDelete
  2. ok gak ek tune ni. tapi mmg mana2 tune pun kecik kan...if sorang dua ok la. if anak ada 4 camne! hahaha!

    ReplyDelete
  3. Beg galas merah tune tu memang free je. Cuma tuala je yg kena pulangkan semula. Aku dah banyak kali stay kat tune hotel & orangs kaunter cakap, beg tu sememangnya hak milik customer.

    *jenuh aku cari beg galas tu dalam website AA megastore, memang tak jumpa. So, beg galas tu memang ekslusif utk customer tune hotel yg add-on tuala!

    ReplyDelete
  4. kalau anak 4 tido tepi dinding la bapak nya....

    aku first time di tune. memang not bad. maybe di makati ni baru kot.

    ReplyDelete
  5. benar kah ano?

    benar kah?

    baik la. lepas ni akan berlaku rompakan bersenjata mencuri beg merah tune hotel.....

    ReplyDelete
  6. Kah2 pencopek towel hotel in d houz uols

    Hiks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...