Thursday, November 22, 2012

Corat Coret Manila 5 : Hard Rock Cafe Makati

Ada sesuatu yang lebih menarik dalam trip aku ke Manila ni.

Sebabnya apa tau?

Sebab Hard Rock Cafe Makati, marked the 70th visit to Hard Rock Cafe outlet yang pernah aku sampai dan jejakkan kaki.

* fireworks !!!!


Eh tak jadi.

* fireworks !!!!

Apa? Tak heran?

* baling botol kicap ke arah peminat.

Tak perlu heran pun, tu personal achievement aku je, tak de berkaitan dengan orang lain. Sebab aku dulu gilakan Hard Rock ni walaupun sebenarnya bila fikir fikir balik. Bukan ada apa pun. Tapi sebab macam dah sebati dalam jiwa, raga, dan bakul, jadi aku terlebih teruja kali ni. Ya la Hard Rock Cafe ni semua dengan restaurants dan collections nya tu dah macam satu fenomena. Nak kata fanatic pun, ya jugak la kot.

* pandang dinding 10 minit.

Tapi dulu lah, sekarang ni pegi tengok dan ambik gambar je. Dah puas. Tak payah beli beli. Yang dulu dulu pun masih dalam kotak lagi. Kepuasan aku dah beralih arah ke lain pulak. 

For the records, currently Hard Rock Cafe ada 139 cafe outlets. Kalau tak silap aku lah. Actually lebih pada ni tapi banyak yang dah tutup dan tidak lagi beroperasi yang mana aku pernah jugak la sampai dulu so sekarang kalau sebut pun orang tak tau kewujudannya. So kiranya separuh lagi aku nak kena jelajah.

* sigh

Aku tak de aim nak pegi semua outlets dalam dunia ni pun. Tak de target macam tu sekali. Cuma kalau kebetulan tempat yang aku nak pegi tu ada, pastinya HRC menjadi itinerary penting untuk aku.

Malam tu lepas balik dari Mall of Asia dengan geng geng travel tu aku keluar dari hostel dan pegi ke kawasan Ayala di Makati ni. Di kawasan ini la terletaknya SM Mall yang aku nak cari souvenir tu.

Dan di kawasan ni juga sebenarnya banyak mall mall lain yang bersepahan. Tapi shopping mopping ni bukan agenda aku di kala travel so aku tak berapa ambik pot. Kecuali kalau nak cari something yang specific baru la aku masuk mall.

SM Mall Makati

Jangan tak percaya, mall mall ni Manila or Makati ni biasanya merangkumi bangunan bangunan mall yang bersepah sepah dan berbeza lalu menjadi compleks beli belah yang besar.

Contohnya macam Glorietta 1 sampai 5, tapi bangunan lain lain dalam area yang sama. Sama jugak la dengan Ayala Mall apa semua tu. So kalau nak shopping, Makati is the best place to be.

Janji banyak duit sebab di kawasan ni mostly branded stuff je lah. Kalau cikai dan bawak duit sekeping dua, pandang sepi je lah.

Macam aku ni.


Niat aku ke mari selain dari nak cari souvenir Manila selepas kecewa di SM Mall of Asia aku juga memang dah masuk dalam itinerary aku yang suka suka hati untuk ke Hard Rock Cafe.

Aku dah check dalam map memang kat sini. So bila aku keluar dari hostel pastu naik Jeepney budak hostel dah bagitau turun dekat Landmark. Tapi aku tak perasan last sekali aku turun dekat Dusit Hotel. Punya la berpusing pusing lepas tu.

Nampak polis jaga lalulintas then aku tanya.

"Where is the Hard Rock Cafe?"

Nasib dia tahu. Agak helpful jugak.

Sebenarnya HRC Makati terletak di Glorietta 3.

Jalan jalan nampak la tersergam indah berhadapan dengan Shangri La Hotel Makati, tempat yang aku aim nak pegi ni.


Nampak bangunan macam besar gedabak. Ada signage semua cukup jadi aku tau aku dah tak tersilap.

Nampak kedai kat bawah tu siap ada trademark logo HRC tu.


Sampai sampai, tengok.

Air mata bergenang di kelopak mata. Mula membasahi pipi.


Closed?

No !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Lebih pada 2000 km aku datang dan kau tutup???? 

Mengecewakan !! Punah harapan ku. 

Ini tidak adil, tidak adil bagi ku...........

* campak tudung Erykah Badu pada Yuna.

Tapi. Sebab dah selalu sangat kot, aku tau, kalau Rockshop tutup, jangan sesekali kecewa ! Check dulu mana Restaurant dia. Cari restoran dia sebab selalunya kalau restaurant dia tak attached dengan RockShop mesti ada lagi satu RockShop lagi satu dalam restaurant !

Ingat tu peminat peminat HRC semua ! Ingat !!!!

Memang biasanya kecik tapi akan ada !

Macam di Pattaya. Macam di Sydney dan lain lain jugak lah. So jangan berputus asa. Ayuh kita cari di mana Restaurant dia.

Masalah jugak, restaurant dia dekat atas. Dalam bangunan ni, dan shopping mall ni dah nak tutup masa aku sampai. Semua orang macam dah di arah keluar. Ada siap guard kat pintu tunggu.

Jangan risau. Buat muka ketat dan muka kaki pukul then bersuara dengan gemalai !

Hahahahah.

"Hard Rock Restaurant mana?"

Begitu kalau cakap Melayu. Kalau nak kena pelangkung dengan cotar kat situ jugak.

"Closed"

Guard tu cakap macam tu.

"I am going to Hard Rock Cafe"

Dah dia tak leh nak buat apa. Memang mall tutup tapi restaurant di atas tu masih di buka. So kalau nak shopping memang tak di benarkan masuk. Kalau nak makan baru boleh sebab mostly restaurant ni tutup agak lewat.

Naik tingkat 3. Walla !

The restaurant

Memang ada RockShop sebelah tu. Aku terus masuk dan usha.

Minah tu dia tengok aku berseluar pendek agak compang camping dia buat tak layan je. Dia pandang sepi je. Cilabi betul.

Tak per. Ada bas ada lori, kau pandang sana, aku nak mencuri !!!!!


Curi ambik gambar je lah.

Tengok tu short glass adalah 555 Peso = RM45 ! Yang city short glass tu murah sikit. Aku pernah tanya kenapa murah, minah kat HRC Bangkok pernah bagitau aku, sebab material dia local. Something like that lah.

So aku memang dah tak kumpul menatang ni sebab aku tak tau nak letak mana.

Layan lagi gambar lain.

Kaunter cashier

Baju bajan

T shirt. Ini new collection ni 2012.

Sempit sikit Rockshop ni kalau yang bawah tadi mesti lagi besar

Minah tu malas nak layan aku. Binawe betul. Mentang mentang la aku compang camping.

"Hoi Wanita !! Ingat aku tak de duit ke?"
"What. What are you saying?"

* mati la dialog busuk

Tapi tak pe la dia tak nak layan gak, aku buat belek belek. Then bila aku letak baju kat kaunter baru la dia terhegeh hegeh datang.

Pastu baru nak senyum.

Pastu baru nak bagitau ada discount kat certain baju tu. Ada sales di sini. Baru la dia nak bagitau aku RockShop bawah tu memang tutup awal. Pukul 8 !! 

Bontot dia lah. Nasib la lawa. Kalau aku kaya aku beli dengan Hard Rock Cafe ni semua pastu suruh dia jadi amah.

* aci ke macam tu?

Tapi aku baik sikit so aku bayar dan blah, dengan muka sedikit berlagak walhal beli sehelai je baju.

Eh. Ada orang lain datang tak beli langsung tau?? Setakat tengok je.

Aku la tu pun selalunya......... Hahahaha.

Dan macam biasalah, aku dah plan, nak lepak lepak di sini. Minum ke. Makan fish and chips ke. Apa apa la bagi meraikan kehadhirOn aku bertapak di Hard Rock Cafe di outlet yang ke 70 aku jejak ni.

Tapi !


Full house !!!!

Cis. Cis. Cis.

Ini tidak adil. Tidak adil bagi ku..

* campak tudung Erykah Badu sekali lagi ke arah Yuna.

Sudahnya aku malas nak tunggu. Ada ramai lagi yang menunggu sama nak masuk. Aku just usha dari luar je. Macam biasa band Filipino menyanyi mesti la hebat dan gempak. Sedap gak suara.


Layan satu lagu pastu aku blah.

Tak de rezeki nak minum kat sini.

Keluar tu aku fikir, cemana nak balik ke hostel?


Lepas aku berdrama ber 'bayar po' dengan Jeepney tadi aku nak balik naik jeepney semula macam dah segan.

Tapi sebenarnya memang tak de Jeepney balik ke area hostel tu ! Sila ambik maklum. Kalau ada pun kena naik dan turun kat lain. Aku pun tak tau mana. So jalan penyudah, aku balik je jalan kaki menapak sepanjang Makati Avenue tu.

Agak jauh. Takut takut jugak, tapi kena beranikan diri lah. Dah malam lagi pun.


Ini peninsula hotel. Ini adalah landmark area Makati. Kalau siang nampak lawa air terjun kat tangga ni, tapi malam lampu pun dah tak pasang.

Aku menapak je ikut jalan tu. Tapi ada masalah, sebab jalan sini macam besar besar, susah nak lintas. Kalau ada pun kena ikut laluan bawah tanah tapi malam dia tutup.

Nak tak nak terpaksa pusing jauh gila sebab jalan tu berpagar.

Menyusuri Ayala Park balik ke hostel. Area ni banyak hotel hotel mewah.

Jalan je la ikut kaki.


Ada cerita di sebalik gambar di atas.

Waktu malam, ada orang tengah bersihkan statue tu. So aku pulak sibuk la nak ambik gambar. Mamat tu perasan dia pun ke tepi. Tapi baldi tetap ada kat situ.

* kantoi

Man O Makati

Akhirnya lebih kurang 20 minit menapak, sampai jugak kat hostel.

Bila nak sampai area hostel tu, kawasan tu dah happening balik semula. So tak de la risau dan takut takut sebab banyak kedai 24 hrs dan banyak bar dan restaurant kat situ.

Sampai hostel lepak lepak kejap. 

Baju untuk Kak Inah ! Settled. Selagi tak beli selagi tu aku risau dan tak tenang

Sebenarnya aku ada plan untuk hari esok. Aku nak pegi ke Taal Volcano. Aku ada baca sikit dan aku rasa tu je yang aku nak buat. Nak jalan jalan di Manila ni rasanya macam dah tak de apa yang nak di buat.

Aku dah cakap dengan Grace, tanya dia cemana nak ke sana. Dia cakap kalau ambik tour memang mahal. Tapi nanti dia tanya kot ada orang kat hostel tu nak pegi sama.

Malam tu sampai hostel aku tanya budak hostel tu since Grace macam tak dapat bagi kata putus. Dia pun dah balik.

"I spoke to Grace, I want to go to Taal Volcano but it seems that no one else is going. Can you tell me how to go there by public transport?"

Mencuba nasib. Last resort aku fikir, aku naik public transport je. Aku rasa doable cuma tak pasti how.

"Oh.. There are 2 person going to Taal Volcano tomorrow. Probably you can ask them?"
"Brilliant. Who are they?"

Then dia panggil satu minah ni nama Anikka. Aku borak borak kejap...... then voila !

Dia nak pegi esok berdua so aku boleh join dia and sama sama sewa teksi ke sana.

Yahuuuuuuu............. !

Kena tidur awal. Esok nak pegi mengendap volcano !

Kroh. Kroh. Kroh.

* tidur dengan bunyi volcano

bersambung....

9 comments :

  1. ye meng..gue ngerti..555 peso harganya gelas pindik itu..kt jepun jek la yg murah..kl pn 28, melaka 25., penang 28

    ReplyDelete
  2. kau tunggu hard rock nak bukak di KK soon.

    ReplyDelete
  3. wahhhhhh yg ke 70 ke bang? jgn kata fireworks, bom atom pun aku sanggup taja! gile hebak!

    takpe, teruskan niat murni mu nak tawan KESEMUA HRC ye? saya sokong!
    *cadangan ditutup*

    bestnyer tgk band, kat mesia pun byk band pinoy kan?
    *sambut tudung erykah badu sbb nak pakai pi dinner*

    bab baldi tetiba tertinggal tu kelakar hahaha!

    seb beik ko jalan malam2 ok. ada pendinding ye bang?

    volcano??? WOW! CEPAT BLOG MENG! CEPAT!

    ReplyDelete
  4. aku bengang btul ngan abg meng ni... sambung entry ni cepat... next year aku nk pi sane.. cepat po.. sambung po.. tiket da book po..

    ReplyDelete
  5. Biq : pinoy nyanyi sana tu semua maybe homesick tak leh travel jauh2.. tapi suara memang sodap.

    x mampu den nak pi semua hrc..

    * menaip dgn mata berkacha

    aku x de pakai pendinding. pendinding nya.. siap sedia kalau apa apa untuk lari sekuat hati... hahahhaha

    JG : sabar la po.. kau kenapa nak pegi manila ni?

    ReplyDelete
  6. bang meng...

    aku suke tmpt unik ni.. kalo bleh pi tel aviv dah lame aku pi..


    ReplyDelete
  7. unik ler sangat nya...

    jom gi tel aviv. aku pun teringin nak pegi tempat unik tu.

    ReplyDelete
  8. aku lupe nk tanye la bang meng.. kat sini ade urut volcano x?

    *wink wink

    ReplyDelete
  9. urut2 volcano apa semua tu aku x pasti. cuba tanya Hulubalang. dia expert bab2 ni

    meng
    yang naive lagi suci

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...