Wednesday, November 28, 2012

Corat Coret Manila 11 : Makanan Halal Di Makati

Kalau nak cakap makanan halal di Manila ni tak susah nak cari tapi payah !

Ada tu ada, tapi letaknya merata rata. 

Sebelum pegi aku memang tak de baca mana nak cari halal food di Manila ni. Aku memang tak de letak harapan tinggi menggunung. Bagi aku kalau travel ke negara negara macam ni, aku dah bersedia. Memang aku bukan jenis yang pegi travel bawak maggie apa semua.

Bagi aku, kalau ada, makan. Kalau tak de, aku boleh tahan. Tapi kalau boleh kena la ada. Makan cokelat pun boleh untuk sehari dua. Tak de la aku nanti kebulur di tempat orang.

Balik balik kerempeng kang susah jugak. Kalau tak boroi tu dah tak seksi namanya. Ya tak?

Aku tak cerewet pasal makanan tapi aku memilih. Jadi aku akan makan mana yang aku rasa boleh makan je.  Janji halal. So far aku travel mana mana pun, benda ni aku jaga lagi lah. Alhamdulillah. Ada la sekali dua terbabas tapi tu pun sebab tak pasti, contohnya masa aku belasah makan kat Hard Rock Cafe Singapore dulu.

Apa apa pun, kalau nak cari kedai halal di Makati, memang tak susah. Ada, tapi tak banyak, jadi tak de banyak pilihan.

Ini persimpangan Makati Avenue dengan Red Light District Makati tu

Betul betul dekat persimpangan tu akan nampak sign besar gedabak ni.

Kalau tak nampak jugak memang buta la namanya.

Ini la kedai nya.

Hossein Persian Kebab.

Kat tepi tepi ni ada lagi satu dua kedai arab jugak yang halal. Boleh pilih mana suka.

Kalau berani boleh je la makan tepi jalan macam ni. Tapi apa dia jual pun aku tak tahu.

Tanpa membuang masa dan waktu. Perut pun dah berkeroncong si endong endong. Mana boleh lepaskan peluang keemasan untuk makan.

Lapar ni tau tak.

Jadi aku pun pose pose la masuk ke kedai Hossein's ni.

Dia ada satu bangunan tapi ada 2 entrance. Tak pasti apa yang membezakannya. Aku masuk yang bawah sebab malas nak naik tangga. Lagipun nampak macam tak ramai orang.

Boleh jugak duduk kat dalam dan tengok view orang lalu lalang di luar.

Masuk dan pose cantik macam biasa !

Selamat datang

Ini ruang dalam kedai. Agak cozy jugak. Tak berapa ramai orang sangat hari tu

Ini buku menu. Perhatikan dalam list last sekali tu ada tulis Nasi Goreng. Description dia pasal nasi goreng dari Malaysia.

Jadi nak order apa?

Apa kelas nak order Nasik Goreng dari Malaysia. Aku ni kan kat luar negara !

Jadi mencari kelainan sikit, aku tengok tengok memula macam nak makan chicken beryani tapi macam menarik nampak Shanghai Fried Rice.

Ha... Selalu Chinese Fried Rice kan? 

So sebab aku belum sampai Shanghai, jadi macam nak ambik feel, aku pun order. Sambil tu duduk dan hisap rokok.

Dah nama pun Shisha Cafe, mesti la boleh hisap rokok

Lampu hiasan

Beberapa masa menunggu akhirnya terimalah.

* tepuk tangan dulu !

Shanghai Fried Rice !!!

Banyak la dia punya Shanghai. Aku dah tak nak percaya makanan makanan yang ada nama tempat ni.

Nasik Goreng Pataya lah. Nasik Goreng USA lah. Ni Shanghai Fried Rice pulak. Sah sah kalau cari kat Shanghai pun tak jumpa.

So tau cemana rasa nasik goreng Shanghai ni?

Rasa macam hampeh. Tak sedap langsung. Nasi goreng dia pakai beras buat beryani tu. Rasa macam tak jive je nak masuk tekak aku. Pastu tawar. Pastu ada telur je. Pastu ada udang sikit.

Tak de la rasa pedas ke. Masin ke. Apa ke. Memang Shang-Hai Hai Bye Bye lah nasik ni.

Paling haru. Harga dia adalah 475 Peso/RM40. Campur air segala mala, abis jugak dekat RM50 hanya untuk makan malam sahaja. Dah lah tak sedap. Tapi tak pe la kira aku 2 malam tak makan, cover sekali la dengan makan hari sebelumnya.

Dah la aku mintak sos cili pun tak de. Dia bagi aku Tabasco. Gila ke nak makan nasik dengan Tabasco tu.

Suap suap. Abis jugak la separuh.

Tak pe la. Tak lalu dah aku.

Lepas makan dan keluar dari restoran ni menapak nak balik ke Tune Hotel.

Aku lalu kat Red Light District tadi tu, tiba tiba nampak gerai kebab ni.

Nampak tak tanda halal tu?

Ha. Kalau aku beli kat sini tadi lebih berpuas hati. Murah pun pasti lebih murah.

Apsal la tadi aku tak terperasan masa lalu kat sini?

* garu garu janggut.

May be tadi aku sibuk usha kupu kupu malam. Dah tak nampak kebab halal di jual di depan mata sebab asyik masyuk menelek benda benda harOm........ !

11 comments :

  1. ko bior betol Meng? bukan ke 45peso sama dgn RM3.3?

    Kalau dh makan nasi goreng ngan ayor jek dh sampai Rm50 ni bukan cekik darah dah ni sembelih org namanya...

    ReplyDelete
  2. hahaha... pendek sgt entry ni.. rokok aku pun xabis lg ni.. next entry...

    ReplyDelete
  3. meng, iklan sat. ko nyer recent comment widget tu dah kong, mcm aku nyer. ko try buat baru, choose html/java widget, patu masukkan script camni:

    http://helplogger.blogspot.com/2012/03/recent-comments-widget-for-blogger.html

    aku dah buat, ok nampak sume recent comments dah.

    ko buat ek, senang aku nak tgk recent comments pengkomen tegar ko. aku rengsa la nak selak satu2 post ko hahahaha! *matila demand*

    ReplyDelete
  4. wah thenfksss tu mcm gigi kedepan tersembuT air liur hahahaha!

    kat sana gerai yg tulis halal tu kira halal ke? if mmg halal, senang skit. if cam phi phi, nama je halal tapi tattoo penuh di badan sambil pegang hanjing "muselim? muselim? halal, halal"

    bleh??? hahaha!

    ReplyDelete
  5. hah la... Thenfkss orang arab okeh. mesti kasi keluar

    tak tau la dia tulis Halal tu memang halal atau pun halat.

    ReplyDelete
  6. kebab tu xsedap pun
    xda makanan sedap kat makati ni
    kalau nak, new bombay la okay. indian food

    ReplyDelete
  7. CBC : oo kau dah try? tapi kenyang gak kan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...