Tuesday, October 30, 2012

XIV : Dejavu Di Sydney - Sydney City - Circular Quay

Hoyeh !!!

Dah naik bas dari Coogee Beach, balik la semula ke Circular Quay.

Harapan aku cuma satu. Aku nak try tengok sunset dari Mrs. Macquarie's Chair yang aku pegi masa memula sampai kelmarin.

Tak tau la sempat ke tak. Nak jugak tengok view dari situ. Tapi aku agak seram jugak sebab takut tak sempat. Gate di Botanical Garden dari Sydney Opera nak melepasi ke sana tu tutup pukul 6. Kalau masuk pun, mungkin tak boleh keluar jalan yang sama. Nak tak nak kena pusing ikut jalan jauh macam aku pegi hari tu.

Tapi tawakal la. Mana tau rezeki kot kan?

So sampai di Circular Quay, aku turun bas terus menapak. Dengan harapan lah konon.

Pastu nak cepat, suka suka hati je ikut short cut aku pun tak tau mana hala. Dapat masuk ke Botanical Garden ikut belakang kondo yang sebelum Opera House tu, tapi aku tak jumpa gate ke arah tepi laut.

* nanges.

Sudah. Cemana??? 

Dalam pada aku sendiri pun tak tau aku berada di mana, tup tup aku terpandang Harbor Bridge. Terus terdetik dalam hati.

"Lawa jugak kalau dari sini"

Oh. Lawa 

Sebabnya kawasan tu ada bukit sikit di lereng Botanical Garden tu. 

Yang lebih menarik nya, aku boleh tengok view Harbour Bridge dengan Sydney Opera sekali. Sama macam view kalau aku tengok dari Mrs. Macquarie's Chair tu.

Cuma kat sini nampak dari sudut yang berlainan lah. Tapi still lawa jugak.


So aku decide nak tengok sunset kat situ je lah. Kalau nak berlari ke Mrs. Macquarie's Chair belum tentu sempat.

Ah. Lega. Walaupun apa yang aku plan, tak menjadi, sekurang kurangnya aku dapat view yang lawa macam ni.

Sebenarnya di kawasan ni ada jugak orang bertenggek. Mostly couple la sedang memadu asmara tengok sunset berlatar belakangkan Harbour Bridge dan Sydney Opera. Memang lawa view dari sini. Kalau nak pegi, naik je bukit tepi Sydney Opera tu, kat tepi tepi lereng tu je dah boleh tengok view ni sebab dia kira atas bukit sikit.

Layan je la view kat sini.

Harbour Bridge

Sydney Opera House

Sunset at Harbour Bridge

Kedua dua icon Sydney kelihatan

Hari makin malap

2 struktur kejuruteraan yang hebat

Senja yang berlabuh

Opera House


Masa aku turun dari bukit tu, aku tengok guard dah nak tutup pintu masuk ke Botanical Garden tu. Ada beberapa orang tengah nego nak masuk, tapi guard tu tak kasik.

Kalau aku tadik sure boleh lepas ke sana, tapi nak balik semula terpaksa la ikut jalan jauh. Tak payah jalan jauh sangat la hari ni. View kat lereng bukit tadi pun dah OK. Lagipun dah banyak sangat dah berjalan hari ni. Kaki pun dah sakit teramat sangat dah ni.

Aku lepak lepak di Sydney Opera House dan menikmati keindahan senja.

3 hari di Sydney. Ketiga tiga hari aku datang tempat ni !!!!

Harbour Bridge

Sydney Opera House

Senja berlabuh, malam menjelma

Actually time ni sejuk gila. Menggigil aku di buatnya

Sydney's Circular Quay

Saat saat terakhir menatap Sydney Opera House sebelum berangkat pulang esoknya

Malam

Harbour Bridge buat kali terakhir

Lepas abis melepak kat situ, aku pun nak balik hostel. Berjalan kaki dalam cuaca sejuk dingin agak membeku. Tapi OK lah. Menikmati waktu malam di Sydney. Selamat je nak jalan malam malam pun kat sini.

Nak naik bas free dah tak de sebab bas tu sampai pukul 6 je. Ada hari Khamis kot sampai pukul 9 malam. Hari weekend pukul 6, hari bekerja lain sampai pukul 3 jer.

Jadi, tak de cara lain. Nak naik bas ada je, cuma aku malas. So aku menapak dari Circular Quay balik ke hostel ikut George Street. 

George Street tu kiranya malam pun cerah lagi, so tak de la cuak sangat.

Ayuh.

Melepasi Four Seasons Hotel

Jumpa kedai Lees Malaysian. Dah nak balik baru terjumpa

Sekitar George Street

Pastu nampak orang buat wedding shoot. Aku pun menyibuk ambik gambar dia

Semoga kekal abadi

Kedai kedai di George Street

Queen Victoria Building - Tempat shopping kelas atasan

Kedai LV

Butik butik mewah di QVB


Australia Sq

Australian Square

Sapa ntah pinjam kereta aku ni??? Pulang la weiii



Dari Circular Quay balik ke Hostel adalah dalam 3KM. Campur dengan Costal Walk tadi, kiranya lebih pada 10KM jugak aku menapak hari ke 3 ni.

Hasilnya, bontot menjadi lebih mongel dan montok !

For the record, aku kurang 2 kg lepas balik. Motip 2 kilo je???

"Hoi lemak! Ko ni dah kenapa bermaharaja lela manja tak mau berkurangan secara maxima ????"

* mati la marah lemak

Tapi kaki sakit tahap max. Tak leh nak pijak dah. Lenguh lenguh pun ada. Semua lah yang menyakitkan.

Tak pe lah. Esok dah nak balik.

Sampai hostel aku mandi dan berehat je. Hari pun dah malam. Tak de makan pun sebab dah makan kat Mc D di Coogee tadi. Just singgah beli air je. Rokok pulak dah abis ! Ada tinggal sebatang je lagi !

Aku masuk 7 e. Aku berdiri dan pandang je tempat dia susun rokok tu then aku fikir.

'Nak beli ke tak nak?'

* garu garu janggut

Kalau beli, boleh la rasa rokok RM40. Rokok Australia lak tu. Tapi ruginya nak bayar RM40.

Kalau tak beli, rokok pun dah tak de. Ada sebatang je. Aku fikir malam ni nak isap rokok sebelum tidur, pastu pagi esok lagi sebelum gi airport. Kat airport? Adus.. Tak boleh la aku kalau tak cukup rokok ni.

Tapi nak buat cemana. Redha je lah.

Cost hari ke 3 di Sydney. Tiket bas AUD4.50 x 2, beli air dan makan Mc D. Tu je lah kot.

Lepas mandi terus aku pengsan. Besok nak bangun pagi nak ke airport. Dah buat arrangement dengan hostel, suruh pick up hantar.

Aku ketiduran dalam kepenatan yang teramat. Tapi hati merasa puas. Macam inzalna secara berganda !

* tepuk tepuk bontot Anzalna

Moh tido. Esok dah nak balik !

bersambung............

7 comments :

  1. bontot anzalna xbest la abg meng..
    bontot rozita che wan terbaik...
    *mati la kene hempuk ngan datuk k

    ReplyDelete
  2. Tapi muka anzalna ni macam cik ta kan? tapi cik ta lagi best...

    i adore her... dah tua tapi still chanteq! body chnteqq!

    ReplyDelete
  3. shani ye??

    *jadik ayam penyet la

    ReplyDelete
  4. ya Allah tak muntah ke tgk opera hs tu 3 hari? hahahaha! tapi untung la ko bleh tgk dari sume sudut yg berbeza...

    *tepuk tangan lagi sambil tunggu nak sambut sluar dalam merah itu...tak jugak melayang jatuh.*

    lees malaysian tu jual apa?

    SO, BELI TAK ROKOK MAHAI?? SEDAP TAK??

    ReplyDelete
  5. bukan shani tu la..

    shani-a twain !

    * lari bawak kapak sambil di kejar anjing Kong Kong Kong.

    Biq : seluar dalam merah ada blink blink, nak sambut je mata berpinar. hahaha

    Lee Malaysian tu tak tau jual apa. sebab dah malam, dah tutup pun.

    Rokok mahal tidak di beli. Idok le aku. baik simpan beli kat airport je duty free dapat satu kartonnnnn !

    * campak bra kaler purple

    ReplyDelete
  6. FJ : Anzalna ke Cik Ta ke.. FJ tetap vogue the vast !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...