Saturday, February 11, 2012

Highlight Jelajah Kota Apek

Ni hao ma????

Hao???

Wo pu che tau.........................

Seee??

Sejak balik dari China abang dah pandai cakap Cina. Korang reti??

Tak reti kan? Tapi ada satu yang aku belajar sepanjang di sana. Tau apa??

Hier Cham !!!!!

Tau tu apa?? Maksud dia adalah Next Station ! Hahahahaha. Bahana naik train banyak sangat tu la jadi nya.

Anyway abang nak bagitau, abang dah selamat pulang dan sampai ke tanahair dengan selamat bersama sama dengan IH dan BW. Ya. Kami selamat menongkah arus angkara menjelajah beberapa tempat di sana.

Apa nak cakap? Kaki memang sakit lah. Perit. Pedih. Kali ni tak de la tercabut tapak kasut ke apa macam kat Jepun, tapi kaki sampai mati kulit. Ya lah, hari hari kami menapak ke hulu ke hilir dari satu tempat ke tempat yang lain. Jalan kaki, naik train, naik bas, naik teksi. Semua ada. Merentasi 3 negara. 3 sempadan. 5 kota besar dengan bermacam macam kerenah manusia dan cerita menarik dan tak berapa menarik.

Secara overallnya walaupun trip ni tak boleh nak lawan trip Jepun, tapi aku puas hati. At least. Objective kami merentas bandar bandar tersebut berjaya dalam masa yang di tetapkan. 

Macam macam kisah dan cerita. Insya Allah, nanti aku kongsikan dari semasa ke semasa.

Sebagai highlight macam biasa, tempat tempat yang kami lawati dalam trip yang di beri nama. 

Backpackers Kaki Busuk : Jelajah Kota Apek

Amacam? OK tak tajuk dia???

Hahahaha.

Baik la, ni highlight dulu, nanti aku ada masa baru aku update details. 

* matilah trip Jepun belum abis lagi.

1. MACAU








Secara overallnya, Macau ni macam Melaka !

Sebab apa? Sebab kota Macau ni adalah kota peninggalan penjajah Portugis. Jadi banyak la kesan kesan dulu dulu yang masih ada di sana. Cuma yang membezakan Macau dengan Melaka ni adalah Casino !!

Ya.. Let's berjudi uols !

Kalau sapa nak berjudi juda, silakan. Di sini la tempat dia. Ini lah syurga Asia untuk judi judian. Kalau banyak duit boleh lah. Macam kita orang yang tak de duit. Tengok tengokkan je lah. Nak berjudi pun tak reti !

Apa yang tak menarik dengan kota Macau ni, adalah orang dia ! Kurang ajar okeh. Kalau bagi duit ke bagi passport ke memang main campak campak ikut suka dia je. Kalau kita tanya jalan ke apa, direct cakap tak nak layan. Pastu buat muka selamba bodoh je. Dan jangan rely sangat dengan orang di Macau ni. Kita orang terkena sekali seawal awal sampai ke Macau terus makan langsat !

Sesat lah !!!

Apa jadi di sana??

Ha..............

Nanti kan update details nanti.

2. ZHUHAI




Zhuhai ni sebenarnya across border Macau. Tak de apa yang grand pun di sini, kami ke sini pun sebab nak masuk ke China.

Tapi ada sesuatu yang menarik di sini. Hah. Tengok tu Fisher Girl Statue yang menjadi ikon kota Zhuhai ni. Ada cerita di sebalik patung ini. Apa cerita nya?

Nanti...............

Apa apa pun, kami telah di kencing oleh pemandu teksi yang sungguh gembira kerana dapat menipu kami. Nantikan juga cerita alkisah pemuda yang baik hati dan menolak hadiah dari kami.

Tunggu !!!!!!!!!!!

3. GUANGZHOU











Ramai orang sebut Guangzhou sebagai guang zao kan? Sebenarnya bukan macam tu sebutan dia dan aku pun baru tau. Sebutan betul dia adalah Guang Joe.

Guangzhao ni merupakan kota ke tiga terbesar di Tanah Besar China dengan kepadatan penduduk lebih pada 10 juta orang ! Hampir separuh penduduk Malaysia. Orang memang ramai gila. Kalau naik train memang macam naik bas mini. Kalau tak berlaga dengan orang kalau berjalan memang tak sah. Paling susah kat sini adalah bahasa. Memang macam itik dengan ayam lah sebab dia orang bahasa rumi langsung tak reti nak baca. Nak kena bahasa cina tu jugak.

Nantikan cerita menarik kami kelaparan tak jumpa kedai makan halal. Juga cerita kami ke balai polis ! Tunggu cerita pertemuan kami dengan Datuk kepada pemain badminton Lin Dan ! Dan macam macam cerita menarik di kota yang besar ini.

Apa yang menarik di Guangzhou ni adalah shopping ! Rambang mata. Juga design bangunan dan kepesatan kotanya.

Memang benar benar membuka mata.

Rakyat negara China ni lebih ignorant, kurang manners dan memang ntah hapa hapa. Nantikan update yach !

4. SHENZEN








Shenzen merupakan sebuah lagi kota besar China yang terletak bersempadan dengan Hong Kong.

Kota yang umumnya menjadi tumpuan perniagaan di China lebih menarik sebab banyak theme park di sini. Nantikan misi kami menjelajah theme parks di sana satu persatu. Ke excited an kami jumpa nasik selepas beberapa hari tak makan. Pengalaman di cerca kerana kaki telah busuk selepas berjalan sekian lama dan macam macam lagi la kisah yang tak kurang menariknya.

Hahahahhaa.

Aku nak tergelak je bila ingat !

Dan akhirnya sekali, destinasi terakhir kami untuk Jelajah Kota Apek ini adalah ke ....

5. HONG KONG









Orang kata Hong Kong ni syurga membeli belah Asia.

Ya. Memang telah membuktikan, kota megapolis ini ada daya tarikan yang tersendiri. Bagi aku Hong Kong is a must place to visit at least sekali seumur hidup. Tak de apa yang grand tapi memang kena pegi dan merasainya kesibukan kota yang pesat ini.

Macam macam cerita di Hong Kong. Apa yang menarik di Hong Kong ni tentu la shopping. Dan kali ni trip ni aku bershopping jugak lah sampai penuh beg selalu buat tak tahu je bab bab shopping ni.

Details dan cerita penuh di Hong Kong nanti kena tunggu lah ya..

Hahahaha.

Secara rangkuman untuk trip kali ni bagi aku adalah trip yang menarik walaupun not the best. Tak de la cantik tapi still aku boleh enjoy in each city yang aku pegi. Tambahan trip kali ni tak macam trip dulu dulu aku solo tapi pegi dengan GBS so bertiga kira adalah geng. 

Dia orang pun OK tak de masalah. Layan gelak je sepanjang masa. Tak de tensi tensi. 

Apa apa pun we had fun.

Mari kita dengar apa kata pihak lain. Perasaan, pengalaman dan overall trip yang di rasakan.

Silakan BW ............

Trip kali ni aku tunggu-tunggu..sebab aku dah busan pergi indon ngan thailand jer..hahaha...so ni kira terkeluar dari asia tenggara sket la...bila IH ckp dia kemungkinan tak jadi pergi aku dah separuh hati juga...penting ok IH tu jurufoto aku..kalu dia takde maka takde le aku bergambor...sob sob

macam cikdu ckp org cina ni kurang ajar sket..tapik org cina kat m'sia tak le sekurang ajar itu pon kan?..ni mmg kurang ajar..nak ludah ludah merata menguap2 menguap je merata2 cam naga (last2 aku terikut..hahahah)..ko jln lembab? dia langgar jer ko nak bg laluan kat ko? sebab ko tua? ko pompuan? no!!...selfsih tahap maksima!!...no way!!...tetap ngan muka tak bersalah..dah le sepet nak je aku cungkil mata tuh..hahahah

penduduk hong kong dia terpelajar sket..ko tanya pong dia tulun sepenuh hati ...takde bg barang baling2 suka hati ko dah dan muka pong manis jer

pengajaran nye...kita tak keluar dari negara ni kita tetau erti bersyukur..kalu ko keluar dan tengok negara org ko akan lebih bersyukur...kurang ajar org m'sia jahat org m'sia? org negara lain lagi kurang ajar sebenarnya....dia rang tak paham apa ko ckp bahasa ko lagi laa..apatah lagi nak pahami diri ko masalah ko....jadinya akan mengajar ko erti kesabaran yang sangat tinggi....sapa suka marah-marah komplain2..takde sapa nak layan..hahah....lantak la ko situ sorang diri ada dia rang kisah?..tak!!

kalu ko tencen habis la rosak perjalanan korang.....jadinya sentiasa bersyukur dan bersabar itu adalah sgt penting dalam keadaan kita yang merempat sebegitu... jangan nak sentiasa dalam keadaan selesa..sebab kadang-kadang kita kena belajar hidup ngan apa adanya...ko tak pueh hati? duk rumah tido...jgn kwn ngan sesapa dan jgn g memana..

atau pilihan lain pergi ngan travel agent...tak payah bersusah payah semua dah disediakan anda feeling2 melancong lah tanpa kesulitan dan kesusahan..kalu tak pueh hati komplain..harus lah dapat layanan sebab dah bayar mahal-mahal kan?..pengalaman berjalan dlm erti kata sebenar takde lah tapiknya..pergi tengok amik gambor gitu2 dan tunggu je lah mana dia bawa.. ...

Selalu kalau travel rantau asia tenggara ni senang je sebab kita bleh sewa kereta dan bersantai2 lah juga..tapik kali ni byk masa habis dlm train metro trem..dan segala macam pengangkutan awam...jadinya ko bayang aku ni nak kejar langkah kaki lelaki bukan berjalan lagi dah berlari-lari anak...tak ke haus tapak kaki? haruss...

kurus? tak juga...berlari dengan beg bagai..Pengsan akak dek non

"kenapa kita kena jln laju-laju?"
"kena kejar masa la hakak byk tempat nak cover"
"oh ok"

tapik mmg budaya org cina ni jalan laju ..takde lenggang mak inah..slow-slow berangan sambil berjalan takde..meng ckp kat jepun lagi la..org jln lagi laju...nampak angin je kat tepi sudahnya

Sepanjang perjalanan aku lah bahan nye sebab aku blurr dan aku gedik..aku lepak kangkung je takyah pikir pepe..semua IH dan meng pikir mana nak pergi camne nak pergi..lepak tak aku?..hahah aku ngekor jer mana depa pergi...depa masuk toilet aku masuk toilet juga lah...btol tak tipu!

so dia rang suka gelakan aku je manjang..apa aku pakai lagi la...semua keluar perumpamaannya... kalu kat m'sia zaleha hamid..g cina ct nurhaliza lah era fazira lah..

"eh eh keji hakak..uols tengok depa pakai sama tak cam akak pakai?"
"dia rang penduduk tempatan ..kita pelancong kena pakai cam pelancong"

kan?..ado ko.pelancong kena buruk-buruk je ..

kena ikut tema ok..ko keji pong ada aku kisah? BS kalu dia rang tgk ko berpakaian merasa ko kena keji 24 jam..hahahah..dia rang ni buta fesyen...jeans dan t/shirt je dia rang kenal...kalu aku pakai t.shirt je so takan keluar kejian...mmg rabun fesyen..tapik dia rang keji keji manja je..saja hiburan semasa utk gelak sama-sama ilang busan....

aku kesejukan tahap maksima..ingat cuaca ala2 dlm ekon kat m'sia ni je..tak ambil kira faktor angin dan kawasan berbukit merasa nipis kulit muka..kebas tangan-tangan...balik terus demam..sebab bila sejuk idung merah dan berair je..redah hujan semata-mata nak tgk light show lagi tuh dlm hujan...bawa jeket nipis sapa lah suruh?..meng ngan IH ok la bawa baju tebal sket dari aku...

budget yg dikira-kira oleh IH RM1000 seorang...utk makan pengangkutan dan shoping...utk 3 matawang keseluruhan nya lah tu..tapik tak habis byk tu pong..sebab sepanjang kat china kami tak mkn..hari terakhir je baru jumpa kedai itu pong dekat hotel..kalu tak merasa minum air kosong je sebab bekalan dah habis!!..bukan takde kedai...tapik tak der masa nak mencari...

sebab banyak lebih lah kami gila shoping sebab nak habiskan duit yg ada bleh gitu?...lagi pong barang-barang kat china mmg murah...rabun mata...larat ngan tak larat nak bawa je lah...

itu je lah kot..secara keseluruhan wpon penat dan patah kaki ....dan tak semua tempat bleh cover....satu pengalaman yg berlainan..dan seperti biasa berjalan ngan GBS ni sgt fun dan sgt selesa bagi aku (apa taknya aku takyah pikir apa-apa)...the best travel partner..mood dia rang tak pernah rosak maka mood anda pong terdidik jua lah kaedahnya..walau dalam apa pong jua keadaan ...jadinya perancangan yg ada takan pernah tergendala kerana melayan moody

sekian

Dan tak lupa IH.

Yaaaaa....bertemu lagi kita di persada maya ini...

giler mukadimah aku....haha

Mula-mula tu aku memang berat hati je nak pegi sebab ayah aku masuk hospital...so aku bagitau Meng dan BW aku akan decide lepas aku balik...so, hari jumaat lepas keje malam tu terus aku merempit balik kampung...sampai rumah, tukar baju terus aku ke hospital...

Semalaman aku teman ayah aku kat hospital...keadaan dia pun dah ok, batuk pun dah kurang, lantas aku decide aku jadi nak pegi travel ni...lepas subuh, zassss aku merempit balik kl...dengan baju tak pack lagi, aku main sumbat je baju-baju yang ada...

Tudiahhh...orang mintak komen je terus aku buat satu entry macamkan blog ni aku yang punya hahahahaha...

Okay la, secara overallnya, aku suka travel kali ni...walaupun aku dilanda selsema dan batuk-batuk manja...ditambah dengan rasa bimbang dengan keadaan ayah aku kat kampung...

Dengan tak berapa nak ready nya...peta nak cari hostel pun takde...tapi keadaan tak bersedia ni lah yang buat trip kali ni fun...interaksi dengan orang tempatan macam ayam bercakap dengan itik...

· Ko mampu buat tarian singa kat Senado Square Macau siap ada back-up dancer, Tasuke? Meng mampu oke...

· Ko berani naik teksi kat Zhuhai macam nak racing F1, BA?

· Ko pernah jumpa polis China berwajah bengis tapi bersuara kepit, BS?

· Ada kao pernah main badminton sambil menari dengan datuk dan nenek Lin Dan, Mak Inah? BW siap smash nenek Lin Dan oke...mrasa...

· Pernah bontot Jlo kau jadi bualan di restoran halal kat Shenzhen, Ungu? BW pernah ok...larikkkkk...

Itu antara peristiwa-peristiwa yang membuatkan trip ni different & adventurous...hahaha nak gelak je aku bila teringat balik...

Don’t worry, Meng akan cerita lebih detail nanti....

Over to you Meng...

So balik dari trip ni aku nak berehat kejap lah. Berkasih sayang dengan orang orang tersayang.

Gila kau penat macam apa je. 2 hari balik Jepun aku terus terbang balik. Dah macam keje peramusaji pulak dah. Dengan cuaca sejuk beku tak menentu. Pastu berjalan macam nak rak. Ada satu hari tu, sehari kami berjalan dengan beg. Sampai sakit pinggang dan bahu.

Balik ni terus busy. Tu yang hari ni aku busy tak terkira ni. Banyak benda nak kena settlekan. Tapi nak buat cemana, dah nama keje tetap kena buat lah.

Apa apa pun, aku perlukan masa untuk recharge balik. Betul betulkan urat saraf semua sebelum rasa OK balik untuk trip akan datang.

Good to be back.

Ciao !

2 comments :

  1. Wah,sakannye.Kite pn baru p beijing bln 11 lpas.Mmg cm siot org china kuat mnipu.Hampeh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...