Tuesday, January 25, 2011

Road Tax Dan Road Block

Cara memandu bila road tax kita mati

1. Memandu secara berhemah. 

Tarik perhatian dengan cara bersopan santun. Lambai kiri kanan sebagai tanda kita mesra jalan raya. Polis mesti tak kacau. Silap silap dia lambai kita balik !

2. Letak emblum VIP. 

Pegi je la mana mana kedai. Tempah. Jangan pakai VVIP Mc Donalds pulak. Tu Polis tak ambik port ! Lebih classic kalau cermin tinted dan drive pakai spek mata hitam. Kalau polis tahan buat suara garau cas cas ada VIP kat belakang.

3. Lalu ikut highway

Ya. Polis tak de buat roadblock kat highway. 

4. Tukar kereta jadi kereta mayat

Cemana tu? Tulis je la, ini kereta mayat. Nak lagi gah. Pasang lagu gendang cina kuat kuat tanda berkabung sepanjang jalan !

5. Memandu waktu siang

Bukan sebab polis tak buat roadblock, tapi sebab kalau polis kat depan, kita boleh perasan. Tapi orang kata kalau dah nak kena, nak buat cemana. Kena jugak !

Apa nak buat kalau polis tahan jugak?

1. Bagi excuse dengan air muka penyesalan yang jelas. Mainan dalaman adalah wajib. Kalau ada titisan air mata lagi gempak.

2. Sampai depan polis, bukak tingkap terus muntah ! Kalau polis tanya kata pening nak pegi hospital walaupun jalan tu tak sampai hospital. Cakap je pening dan tak ingat jalan. Polis tak de masa nak check road tax kita.

3. Berhenti 400 meter sebelum pemeriksaan polis. Park tepi, nyalakan hazard light dan buat buat telefon selama yang boleh sampai polis habis buat road block.

4. Dah nampak polis, park tepi, buat buat tukar tayar. Make sure tayar belakang. Lama sikit. Pastu kalau polis datang sila tarik perhatian dia ke belakang supaya dia tak check road tax kita.

5. Bawak costume hantu. Tak pun letak kat belakang. Bila polis tahan buat muka ketat sambil jeling ke belakang. Bila polis tengok seat belakang. Hah. Tak ke polis tu terkencing dan lepaskan kita suruh cepat jalan?

6.  Bermesralah dengan Sang Polis dengan ayat ayat puji pujian melambung.

A: Lewat bang roadblock hari ni. Ada kes ke?
P: Tak de lah. Operasi biasa je
A: Oh tiap tiap malam ada roadblock ya. Bagus la Polis ni. Rajin. Kalau macam ni hari hari mesti jalan pun smooth. Eh Bang, tak pe lah, saya jalan dulu la ya. 
P : OK. Baik baik...

Pastu tak reti reti nak pecut?

7. Bagi yang ada asset berharga tu. Cuba cuba la flash apa yang patut. Hahaha mudah mudahan mata abang polis terus rambang. Pompuan je ler. Lelaki nak flash hapa?

8. Kalau polis tahan jugak? Rasaiin !! Bayarlah saman ! Tak reti reti?

Hehehe. Kereta aku dah bernyawa semula. Roadtax telah berjaya di hidupkan.

Yahoo.com !


2 comments :

  1. aku tiada pengalaman mengerikan masa road block...pernah 2 3 kali kena tahan tapi lepas la..hiks...

    1. malam2 masa nak pegi bandar dgn adik2...aku bawak laju then tiba2 kat simpang 3 ada pak polisi..kena tahan...

    P:nak pegi mana ni? laju semacam je tadi....
    A:tak perasan ada simpang tadi incik...ngeh ngeh
    P:jangan bawak laju2...simpang ni...baik2 malam2 bawak kete..
    A:ok...hihi

    yg lain aku tak ingat..haha..tapi aku takde mengalami kes polis mintak nombor tepon lah, sebab aku tak cun dan tiada asset yang menarik...hiks..

    ReplyDelete
  2. udah sewel!!..dah malas layan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...