Hah...
Aku memandu dengan laju sekali.
"First Officer, jaga jaga !"
Meluru ke depan. Ada benteng benteng pasir di susun di sepanjang jalan. Di talian letrik di atas bergantung beberapa alien sedang cuba menembak aku.
Dush ! Dush !
Aku tembak menggunakan senjata paling canggih. Sesekali cuba mengawal stereng supaya tidak tersasar.
"Tuan ! Di hadapan Tuan"
First Officer aku yang masih memegang senjata di tangan sibuk mengigatkan aku supaya tidak alpa. Aku talakan muncul senjata kereta kebal. Kereta ini bergoyang goyang kerana terlanggar jalan yang tidak rata. Begitu payah aku mengawalnya.
Tembakan demi tembakan.
Dush ! Dush !
Tret tet te tet tet.........
Kedengaran tembakan bertalu talu mengenai alien alien yang begayutan. Satu persatu jatuh ke bumi dan mati.
"Padan muka dia ! Rasakan !!!"
Kereta kebal itu bergoncang lagi, kali ini lebih kuat.
"Kita kena bomb Tuan"
"Bertahan !!!!!!!!!!!!!"
Aku cuba mengelak bomb yang datang dari arah depan, stereng gagal di kawal, kereta kebal akhirnya tersasar, pantas.. aku tolak First Officer aku dari sisi tubuh aku dan dia terpelanting ke tepi dan tercampak keluar.
"Kamu cuba bertahan ! Saya akan datang selamatkan kamu nanti !!!!!!!!!"
Aku masih gigih mengawal. Cuba menekan brake. Gagal !
Plepek !
Aku tersedar.
"Mimpi apa ni??"
Terkebil kebil. Argh. Aku mimpi rupanya.
"Mimpi tembak alien"
"Patut pun"
Huargh. Aku tak daya nak cakap apa. Cepat cepat je aku betulkan kedudukan tidur. Apa kes mimpi macam ni jadinya.
apola mimpi mcm nih ..... :)..have a nice wiken cikduuuu
ReplyDeleteoit Meng, baru abis tengok citer Alien ke...sampai mimpi2..hehe
ReplyDeletetapi macam real je...hihi...