Monday, January 17, 2011

Bali

Berikut adalah tempat tempat di Bali yang kami lawati, apa yang kami rasa dan nasihat kami untuk sesiapa yang bakal ke sana.

1. Barong Dance : Kalau boleh skip show ni, skip je lah. Harga dia sorang rasanya IDR 80,000 untuk satu jam show. Memang bosan sebab dia orang berlakon syok sendiri. Bagi yang ada agenda lain dan tak banyak masa, boleh la abaikan show ni. Tasya hari tu dah bagitau aku awal awal, benda ni bosan, tapi kami pergi jugak sebab nak tengok. Kesudahannya, hampeh !


2. Telok Benoa/Nusa Dua : Telok Benoa ni letaknya kira kira setengah jam dari Kuta. Tempat untuk main watersport. Memang banyak benda yang ada kat situ, ada flying fish, banana boat, jet ski dan parasliding. Memang kalau kena masa best jugak nak main, tapi hari tu aku tak de mood nak pegi main. So, IH dan kakak dia je yang main, kami semua duduk je pose pose tepi tu. Panas pulak tu dan aku tengok laut dia tak inzal. Biasanya dia pakejkan sekali apa yang kita nak main dan letak harga. Kira purata sama mahal macam kat Malaysia jugak dan tak de apa yang menarik. Cuma kalau kat sini, sesiapa nak diving, boleh diving dan di sini lah satu satunya tempat yang kita boleh diving tanpa lesen. Bagi peminat sukan air, boleh mencuba di sini ! Nusa Dua pula lebih terkenal dengan resort resort 5 star yang di bina di kawasan itu.


3. GWK : Garuda Wishnu Kenchana. Tempat ini adalah satu taman yang menempatkan satu patung statue Dewa Hindu yang terkenal. Sebenarnya, tempat ni belum siap sebab statue Wishnu tu akan di letak atas Garuda sebagai lambang kekuasaan beliau. Tapi sekarang ni, status tu kat lain dan garuda tu kat lain. Tangan Wishu tu pun belum siap di pasang. Apa yang menarik di sini, batu kapur yang di potong mengikut bongkah besar di sekeliling taman yang luas ini menarik perhatian juga sebab dia kelihatan lain daripada yang lain. Bagi aku tempat ni cantik dan aku war warkan sesiapa ke Bali untuk singgah di sini. Boleh ambik gambar dan lepak lepak.



4. Uluwatu : Tak sah ke Bali kalau tak ke Uluwatu. Uluwatu ini adalah salah satu kuil yang terletak di bahagian selatan Pulau Bali. Perjalanan tak berapa jauh dari Kuta juga tapi agak jem. Apa yang ada di sini, hanyalah gaung tinggi yang betul betul bersempadan dengan laut lepas. Pemandangannya sangat cantik dan menarik. Tapi awas satu je kat sini, banyak monyet yang suka mencuri cap atau pun cermin mata orang ! Overall, tempat ini adalah wajib untuk di lawati.


5. Kecak Dance : Another show yang terdapat di Uluwatu. Berbeza dengan Barong Dance, Kecak Dance ini di mainkan oleh sekumpulan lelaki tanpa sebarang instruman muzik melainkan bunyi 'Cak ! Cak ! Cak !' dari mulut mereka. Bila di alunkan secara beramai ramai begitu dengan cerita tersendiri, ia kedengaran memang menarik. Show ini biasanya di tayangkan pada waktu petang sebelum matahari terbenam sehinggalah matahari hilang. Di Bali terdapat banyak tempat yang buat show Kecak Dance ni, tapi di Uluwatu lah yang betul betul asli sebab suara tu adalah suara manusia live. Tempat lain mostly dia dah rakam suara tu.


6. Jimbaran : Dalam perjalanan dari Uluwatu pulang ke Kuta, Jimbaran adalah syurga untuk beristirehat sambil makan seafood ! Apa yang menarik adalah lokasi kedai kedainya yang terletak di tepi pantai dan meja meja makan adalah by the beach ! Jika anda inginkan suasana yang romantik, di sini lah tempatnya. Deretan kedai sepanjang pantai dengan lampu lampu pelita menyinari setiap meja di gigi air, pastinya membuat mood santai lebih indah. Tapi barang di ingat, harga makanan di sini sangat mahal. Fish and Chip saja sebagai contoh, berharga IDR 140,000 iaitu kira kira RM50 ! So agak mahal. Belum kira kalau makan hidang dan order seafood lagi. Nasib kami agak malang hari tu, sebab hujan turun dengan lebat. Tak dapat duduk di luar, so duduk dalam restoran. Bila tengok menu mahal gila, kami pose pose minum saja dan lepas tu pergi makan kat tempat lain, tanpa rasa bersalah.


7. Mas : Kawasan ini adalah kawasan di mana pengeluaran hasil bali di hasilkan. Bermula daripada barangan tenunan dan songket, silver, lukisan serta hasil ukiran kayu, kawasan Mas mahupun Ubud ini adalah paling terkenal. Boleh singgah ke kawasan ini kalau anda suka mencari sesuatu yang asli dengan pilihan lebih banyak. Barang barang seperti ini juga ada di jual di kedai kedai cenderamata sekitar Kuta dan Bali.


8. Kintamani : Tempat yang wajib di lawati kalau ke Bali. Terletak di kawasan berbukit macam di Genting Highland. Udaranya sejuk dan nyaman. Boleh singgah makan sambil melihat latar belakang Gunung Berapi Batur yang masih aktif. Dengan kedamaian tasuk Batur dan Gunung Agung di persekitaran. Di area Kintamani ini juga ada ladang ladang buah dan boleh singgah untuk membeli buah buahan tempatan yang terdapat di Bali ini. Buah markisa adalah salah satu buah yang ditanam secara komersial di sini di samping buah buahan lain. Terdapat juga, kawasan hasil tanaman kopi di kawasan ini, boleh singgah terutamanya yang inginkan rasa Aroma Kopi yang sebenar dan asli. Kopi luwak di jual dengan harga IDR50 ribu di sini. Segar dari ladang dan bontot musang luwak. Kalau di Jakarta boleh di beli dengan harga IDR 100 ribu. Apa rasanya? Kelat sikit dan rasanya kekal melekat di lidah sebab pekat. Tapi lama lama akan jadi sedap. May be tahik musang tu yang buat ianya sedap. Hasilnya tak pasti, nak kata tetiba datang rasa horny memuncak tu tak de la jugak, tapi mostly memberi tenaga tambahan terutamanya pada sang lelaki.


9. Goa Gajah : Salah satu candi lama yang tertinggal selepas letusan gunung berapi dahulu kala. Apa yang menarik di sini adalah terdapatnya pancuran air holy water yang keluar dari perut bumi. Ada juga Goa Gajah yang menjadi tempat pertapaan orang dahulu kala termasuk Raja Majapahit. Kawasan yang agak luas untuk di teroka, cantik juga dan boleh di lawati jika berkelapangan.


10. SPA : Tak sah ke bali kalau tak mengujungi salah satu SPA yang terdapat di sana. Bali adalah syurga untuk SPA. Harganya agak murah berbanding dengan SPA kelas atasan di Malaysia ini. Facilities yang menarik juga di samping servis yang hebat. Luangkan sedikit masa untuk mengalami keajaiban di Kota Bali ini.


11. Taman Ayun : Salah satu kuil yang terkenal di Bali. Kawasan dia agak luas. Terdapat pura pura yang tersusun mengikut ketinggian yang berbeza. Semakin tinggi pura tersebut, maka semakin hebat lah tahap pura tersebut. Yang tak bestnya, kawasan ini tertutup maka tak boleh lihat dari jarak dekat. Ada kawasan laluan pejalan kaki saja sekitar pura pura ini dan hanya boleh di lihat dari kawasan ini sahaja. Tak ada apa yang menarik sangat, boleh skip kalau tak banyak masa.


12. Pecung : Kawasan berbukit ini juga merupakan kawasan yang agak menarik untuk di kunjungi. Dengan cuaca yang damai dan nyaman, seperti di Kintamani juga, terdapat restoran restoran yang menyediakan makanan ala buffet sambil menikmati permandangan yang indah. Makanan tak berapa mahal, sedang elok bagi yang ingin singgah dan berehat buat seketika.


13. Tagallalang : Kawasan ini sebenarnya teletak berhampiran dengan kawasan Ubud. Deretan padi yang di tanam di tebing bukit kelihatan sangat menarik. Terdapat satu kawasan lagi yang mempunyai panorama menarik seperti ini, nama nya Jelawatih. Terletak di bahagian Pacung juga tapi agak sukar untuk sampai sebab kawasannya bercerun dan berbukit bukit.


14. Danu Bratan : Tempat yang boleh di katakan paling scenic di Bali. Terdapat Pura yang di bina dari atas permukaan tasik Bratan. Cuaca yang damai dan mendinginkan dengan pokok pokok pine di tanam di kawasan sekitar, memang menarik pandangan mata. Tempat ini adalah wajib pergi !


15. Pantai Dreamland : Pantainya kecik saja. Terletak dalam estate hartanah yang luas milik Tommy anak Sukarno. Terdapat padang golf dan villa mewah di sini. Dan pantai Dreamland mencakupi satu ruang kecil di bahagian tebing laut. Pernah menjadi pantai berbogel dulu, tapi banyak facilities di bangunkan di kawasan ini sekarang maka ia lebih komersial. Syurga untuk pemain surf board kerana ombaknya yang kuat dan selalu menganas.


16. Tanah Lot : Antara tempat yang kalau tak ke bali dan tidak ke Tanah Lot maka anda sebenarnya tak pernah tiba di Bali. Tanah Lot terletak di pinggir laut yang mempunyai pulau batuan kecil di mata kuil di bina di situ. Kawasan yang sangat cantik dan menyegarkan padangan mata. Tapi kawasan ini sentiasa di kunjungi orang yang ramai maka masalah traffic dan sebagainya adalah biasa. Terdapat juga deretan kedai kedai yang menjaul pelbagai cenderamata dan barangan hasil Bali di sini.


17. Gili Trawangan : Bagi yang inginkan suasana lebih natural, perjalanan satu jam dengan speed boat dari Bali ini adalah syurga yang terindah. Pulau Gili terletak berhampiran Pulau Lombok dan merupakan syurga bagi peminat peminat aktiviti snorkelling dan diving. Coral coral masih hidup dan peluang untuk berenang dengan Penyu adalah besar ! Suasana pulau yang masih aman damai tanpa sebarang kenderaan bermotor. Rata rata penduduk Pulau adalah Orang Islam maka makanan halal juga tidak perlu di risaukan.


Hotel di Bali : Sekiranya anda ke Bali, sila cari hotel yang terletak di kawasan Kuta Beach. Banyak hotel hotel dengan harga berpatutan di kawasan ini. Anda boleh berkunjung ke Kuta Beach walaupun pantai ini sebenarnya tak de la menarik mana. Club club terdapat di Jalan Legian pastinya bagi yang mencari hiburan. Makanan juga mudah. Dan transport juga senang di dapati di kawasan ini. Di sini semuanya ada. Boleh merayap sesuka hati dan berjalan di kawasan bandar Kuta tanpa batasan. Sekiranya anda pergi untuk honeymoon, boleh mencari hotel di kawasan Legian atau Seminyak di sana kawasannya lebih relax. Bagi yang berkemampuan, boleh cari hotel di kawasan Nusa Dua. Tempat tempat lain juga banyak hotel. Bvlgary Villa terletak berhampiran Uluwatu yang hanya boleh di access oleh pengujung sahaja merupakan antara Villa mewah di Pulau Bali. Uniknya, Bvlgary di Bali ini adalah lokasi ke dua di dunia ini selepas Italy !

Shopping : Tak sah ke bali kalau tak shopping ! Deretan kedai adalah seperti cendawan yang tumbuh merata rata. Dari Tanah Lot ke pekan Kuta. Pasar Sukawati ke mana saja pelusuk Bali ini,barangan di dagangkan dengan cara tersendiri termasuk di kaki jalan. Di pasar Sukawati, banyak barang di jual dengan pilihan yang pelbagai. Harga wajib di runding dan di tawar kira kira sehingga 70 percent. Tapi bagi yang lebih senang untuk membeli belah barangan hasil bali ini tanpa perlu pening kepala. Berkunjung saja ke Krisna. Supermarket ini menyediakan barangan hasil Bali yang baik kualitinya, dengan harga yang rendah, lebih kurang harga di pasaran setelah di tawar menawar. Di sini senang, ambik bakul je terus shopping dan boleh melekat di situ berjam jam lamanya. Tak payah fikir nak bergaduh sebab nak tawar menawar malah pilihan juga semuanya tersedia di bawah satu bumbung !


Okeh, tu je la summary Bali yang sempat di kongsi, semoga menjadi panduan bagi sesiapa yang bakal ke sana nanti.

1 comment :

  1. motip!!!! korang suma masih berdengkur ria kah?

    ayuh kerja! kumpul duit untuk ke Bali juga...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...