Thursday, January 2, 2014

Short Trip Cuti Sekolah Dec 2013 - Part 1 : Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah

Aku dah lama berkeinginan nak melihat gajah di Kuala Gandah tu.

Maklum lah. Kalau berbadan gajah, terasa dekat je dengan gajah gajah ni.

* pose pose Gajah Circus sambil tangkap gelung rotan dengan belalai siap memakai kain pelikat cap Gajah Duduk.

Belalai mana satu pun tak tau..

Ops.. Kain terselak.

Satu ketika dulu memang pernah plan tapi impian tak terlaksana. Santuary Gajah Kuala Gandah. Sampai masuk masuk mimpi, tapi tu lah. Kalau dah tak de rezeki, memang tak akan menjadi.

So bersempena dengan cuti sekolah bebaru ni, aku ajak la OR dan budak budak gi tengok gajah di sana. 

Kali ni nak mencuba nasib sekali lagi.

Aku dah suarakan keinginan aku kat OR since seminggu sebelumnya dan dia OK je. Sampai lah hari Jumaat tu then dia tanya lagi.

"Jadi ke kita pegi Kuala Gandah? Kalau jadi saya nak masak bekal nanti"

Aku pun masa tu macam jadi tak jadi. Fikir punya fikir, terus rasa OK lah. Bagi menguatkan perasaan nak ke sana, aku pun book hotel sekali, so tak de la pegi dan balik hari. Boleh stay di hotel satu malam bawak budak budak mandi kolam.

Budak budak pun riang !

Malam sebelum bertolak tu dah siap siap dah. Janji pagi sabtu nak bergerak ke Kuala Gandah. 

Hari Jumaat tu aku sempat call tanya Kuala Gandah ni masih beroperasi ke tidak. Jawapannya... masih ! Tapi minah tu cakap sekarang dah tak de pass kuning. Semuanya diberikan pass merah iaitu aktiviti melihat gajah, dan bagi makan gajah. Tu je. Tapi kalau nak mandi bersama dengan gajah boleh, tapi kena bayar ! Tu pun tertakluk pada level air sungai tu.

Begitu penerangan tak berapa panjang tapi lebar juga lah.

Pagi tu bersiap siap, janji nak gerak pukul 10 pagi, tapi macam biasalah macam macam hal.  Sebenarnya malam tu aku tidur lewat sebab berkemas carikan charger Hero. Charger untuk tablet dia dah patah so dah tak boleh nak charge. So aku nak cari la mana mana charger lama lama kot boleh guna. Kemas punya kemas memang tak jumpa. 

Kecewa budak tu.

Princess pulak tak sabar sabar nak berjalan.

Pagi tu bangun dengan muka tak basuh, dengan rambut bersepah, ambik beg terus pegi pakai kasut. Ibu dia tegur.

"Adik nak gi mana tu?"
"Adik nak gi jalan la. Adik boshan"

Hahahaha. Banyak la dia punya bosan. Mandi tidak apa pun tidak. Kot ya pun mandi la dulu, rambut dah macam rupa gorilla dah.

Lepas siap siap then keluar, kami tak terus pegi tapi ke Digital Mall dulu sebab nak gi cari charger tablet Hero. Kalau tak anak bujang aku tu merajuk je sepanjang jalan.

Masjid bulat di Seksyen 14 PJ

Digital Mall SS14 PJ

Sampai je, OR tunggu dalam kereta aku dengan Hero je masuk. Naik dan cari pusing pusing tak jumpa jugak yang match. Dah patah hati dah. Hero pun dah monyok dah. Stress jugak aku. Ikutkan panas hati aku beli je tablet baru. Lagipun tablet dia tu dah pecah. Macam biasalah kalau bergaduh dengan Princess, pompuan garang tu campak campak macam tu je. Dah merekah rekah dah.

Nasib la jugak last sekali aku tanya kat kedai paling bawah so dia kata try tanya kat kedai laptop. Pegi tanya, ada la yang matching !

Lega.

Tapi Hero lak sibuk nak suh download game apa benda ntah. Dia tu pantang nampak kedai game. Nak suruh download Beach Buggy Blitz.

"Nanti la. Kat hotel ada internet download kat sana je"

Tu kata kata aku yang nak ajak dia cepat cepat keluar.

Keluar dari Digital Mall terus menuju ke Gombak. Dan singgah lagi sekali dekat station Shell tu isi minyak sambil beli jajan budak budak.

Sekarang dah ada Starbuck kat Petronas kat situ. Ganti Burger King

Dan perjalanan pun bermula. Tapi cuaca memang nampak dah tak menarik. Hujan dan gelap semacam je.

OR yang drive la sebab aku ni kalau hujan hujan memang tak boleh nak drive. Kalau aku drive pun akan jadi 40 km/j. Silap silap esok baru sampai. Ni semua sebab mata rabun. Lagi la aku kalau hujan hujan ni memang trauma sikit nak drive.

So dia drive all the way masuk Lebuhraya Karak dan LPT.

Hujan makin lebat. OR pulak kalau memecut boleh tahan. Kejap kejap aku picit peha dia.

"Yang.. slow sikit...."

Dia buat bodow je. Aku ni trauma hujan hujan laju laju cam ni sebab pengalaman accident dulu tu memang sampai sekarang menghantui hidup aku ni. Sebab tu aku selalu rasa, naik kapal terbang lebih selamat daripada driving kereta tengah tengah hujan lebat...

* lari menyorok belakang Tony Fernandes


Hujan makin lebat mencurah curah. 

Tak sedap hati dah aku jadi nya.

"Tak payah pegi la Yang. Hujan ni....................."

Aku cakap kat OR. 

"...... lagipun, hujan hujan macam ni silap silap gajah semua mogok"
"Betul ke tak nak pegi?"

Sebenarnya aku risau sebab hujan. Nak tu memang la nak tapi .....

"Jauh lagi tak?"

OR tanya.

"Exit Lanchang. Lanchang dengan Temerloh mana dulu?"
"Ntah. Saya tak tau"

Tu dia jawab.

Aku pun diam je. Dalam hati tawakal. Minta hujan berhenti. Minta kalau jadi jangan la pergi ni sia sia je. Ingat nak cilok je masuk Genting sebab aku dah book hotel kat sana.

OR drive jugak slow slow. Tu pun aku suruh Princess ulang ulang cakap..

"..... udang udang !!!" ( kedaulatan undang undang )

Hahahah. 

Then tak lama tu nampak la sign, exit Lanchang cuma 24km je lagi.

Hah. Nak patah balik macam dah rugi jugak. So terus kan je lah. Masih hujan. Sempat singgah kat Hentian Rehat Lanchang dan aku kencing jap dengan Hero. Princess tertido kat belakang. Ingat nak makan bekalan kat situ tapi ramai pulak orang berhenti. Tak jadi.

So kami meneruskan perjalanan.

Lebih kurang 10 KM lepas tu sampai la kat exit Lanchang. Keluar dan bayar tol nampak sign ni.

Dari simpang ni lagi 12 KM nak sampai Kuala Gandah

Follow je sign melalui kawasan hutan hutan begini. Ada perkampungan orang asli dan kampung kampung  kecil ( tapi rumah dia orang semua ada Astro )

Jalan makin sunyi. Ingat nak jugak berhenti kat kampung Orang Asli tapi sebab hujan so tak jadi.

Dan akhirnya lepas melalui kawasan hutan yang memang macam hutan. Jalan pun kecik dan sunyi je, kami pun sampai la di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah.

Hoorey !!!!

* mati la aku terlebih excited. Budak budak tak excited mana.


Masuk terus dan jumpa bangunan pentadbiran.

Register di sini

Sila masuk dan register di sana. Nanti di situ la akan dibagikan pass tu. Aku dapat pass merah. Sampai pun dah pukul 2 petang. 

Seeloknya datang la awal dalam kol 10.30 pagi macam tu sebab ada aktiviti bermula dari pagi hari.

Time/Activities

10.30 am – 12.00 pm
Elephant observation along the interpretive trail.
Visitor will be able to observe the young elephant roaming freely within the secured electric fencing area.

1.00 pm & 1.30 pm
Video show
A documentary shows translocation of wild elephants to their new habitat

2.15 pm
Bathing and cleaning of elephants by mahout
The visitors will watch the elephant bath given by mahout with explanations by NECC staff.

2.45 pm – 3.15 pm
Elephant conservation talks at interpretive stage.

Visitors will be introduced to each of the elephants which include their background and ability.
Note: Please be informed that there is no elephant rides provided in this centre.

Gajah gajah

Register di sini. Tiada entrance fee dikenakan di Kuala Gandah ni kecuali kalau nak mandi dengan gajah.

Begitu hampir dengan gajah............

Gajah dan size size mereka

Parking space. Insya Allah mencukupi. Time aku sampai hari tu hujan, so tak banyak kereta.

Ini pass merah nya

Dah ambik pass tu terus je la pegi ke bahagian gajah kat belakang bangunan pentadbiran tu

Waktu lawatan

Ikut arah yang betul

Pintu masuk ke kawasan aktiviti gajah

Masa kami sampai hari tu ada orang dok mandi mandikan gajah.

Aku dah tanya Hero hari tu dia cakap tak nak mandikan gajah so aku tak de la nak bayar untuk ni so kami masuk dan tengok orang dan gajah bermandi manda.

Apparently gajah gajah ni mendengar kata dan faham bahasa Melayu !!!

"Duduk ! Duduk !"

Tu yang aku dengar. Pastu elok je gajah tu duduk.




Tu aktiviti memandikan gajah.

Walaupun hari hujan dan hampir petang, kami sempat jugak pegi bagi gajah makan. Ada beberapa ekor gajah mostly yang yatim piatu dan cedera di jaga di sini. Ada gajah yang dibawa dari Thailand dan Myanmar juga.

Gajah gajah ini dijaga dulu sampai la betul betul besar dan mampu berdikari, baru dilepaskan semula ke dalam hutan atau dihantar ke pusat pusat jagaan yang lain.

Jom tengok gajah di sini makan apa.

"Spaghetti Olio satu Bang !"

Gajah makan pisang atau tebu. Ada di jual di sini. Tebu RM2 satu ikat. Pisang RM3 sesikat. Next time datang bawak pisang siap siap....

Gajah gajah bersedia nak dibagi makan

Lapar ya... Ada gajah bernama Mawar.... tapi bukan Mawar Faridah tudung tu. Mawar lain. 

Pengunjung bagi makan

Boleh tahan besar gajah gajah ni

Berebut rebut orang nak bagi makan. Ada gajah tu dia tak moh tebu. Dia nak pisang jer.

Mawar dan Fizo.. Hehehe

Kaki dia cedera tu..

Sebenarnya kawasan ni menarik jugak, dibina siap dengan tempat berehat dan berkelah. So kalau sesapa nak berkelah. Boleh je bawak makanan dan lepak lepak di sini. Makan sambil tengok gajah.

Kami bawak bekal jugak tapi tak bawak masuk ke dalam ni, so lepak lepak kejap je lah. Hero seronok la bagi makan gajah. Princess takut. Tak nak dia dekat dekat.

Ada pondok pondok rehat

Gajah paling kecik di beri makan oleh budak berbadan gajah jugak

 Sian dia nak bagi makan tak sampai dia nak ambik dengan belalai tu sebab dia katik

Macam biasa, time aku sampai pahtu ramai je orang kerumun tempat yang sama. Bila aku blah, orang pun semua blah.  

Tu sungai untuk gajah mandi tapi aktiviti mandi kena tengok level sungai jugak

Ni tempat persembahan gajah. Kalau datang awal boleh la tengok 

Kawasannya

Siapa saya?

Nama nama gajah

Overall aku rasa tempat ni agak OK la untuk dilawati. Terutama nak bagi pendedahan kepada budak budak tentang gajah dan tengok sendiri kehidupan gajah gajah di sini.

Di sini peluang berdamping rapat dengan si mambang gajah tak macam kalau kita pegi zoo yang hanya boleh tengok dari jauh je.  Day trip pun okey.

So... apa tunggu lagi.

Pegi lah. Gajah gajah menanti anda...  Jangan lupa bawak pisang Montel !

Hujan masih lagi turun, perut pun dah berdondang sayang

Makan time !!!!!!!!!!!!!!

By the way kalau kelaparan jangan risau. Kat dalam ni ada warung makan namanya Jumbo Cafe.

Kalau boleh sebelum pegi, call dulu confirmkan bukak ke tak..... takut musim musim hujan ni, gajah mogok tak mau beraksi.

National Elephant Conservation Centre (NECC)
Department of Wildlife and National Parks (DWNP/PERHILITAN)
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2790391

Untuk maklumat lanjut sila layari ... National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah, Pahang

bersambung.........

Wednesday, January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Alhamdulillah.

Tahun baru yang menjelma ini hendaklah dimulakan dengan lafaz kesyukuran kerana kita masih lagi diizinkan untuk meneruskan kehidupan.

Semoga kehadiran tahun baru ini membawa pengertian yang cukup besar bagi mencetuskan rasa ingin berubah dari satu kekurangan kepada satu kekuatan yang baru. Dalam kesyukuran ini, usahlah kita sesekali lupa pada sejarah kerana sejarah merupakan cerminan masa lalu untuk kita jadikan panduan di masa hadapan.

Muhasabah adalah perilaku menghitung dan memperelokkan diri yang terbentuk dalam jiwa seseorang dengan jujur dan ikhlas. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan agar tidak menjadi penghalang untuk mandapat keredhaan Allah SWT.

Sesiapa yang bermuhasabah tentang dirinya maka mereka tidak akan membiarkan ruang dan masa untuk melakukan perkara-perkara yang batil dan mungkar. 

Marilah kita bersama-sama menghitung setiap tindakan kita selama ini, sejauh mana kita telah melaksanakan amanah kita. 

Apakah kita telah benar-benar melaksanakannya semua tanggungjawab kita sepanjang tahun 2013.

Berubahlah untuk sesuatu yang lebih baik. Mulakan semangat dengan jiwa tawaduk, berusaha lah mempertingkatkan kualiti diri untuk mendapat keredhaan Allah SWT.


Another year added to our age, another year we left behind. Closer to grave. Closer to old age.

So ubah pun OK jadi semakin baik !

Selamat Tahun Baru 2014.



Lately I been, I been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Yeah, we'll be counting stars

I see this life
Like a swinging vine
Swing my heart across the line
In my face is flashing signs
Seek it out and ye shall find

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

I feel something so right
By doing the wrong thing
And I feel something so wrong
By doing the right thing
I could lie, could lie, could lie
Everything that kills me makes me feel alive

Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be counting stars
Lately I been, I been losing sleep (hey!)
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin' hard (hey!)
Said no more counting dollars
We'll be, we'll be counting stars

I feel the love
And I feel it burn
Down this river every turn
Hope is our four letter word
Make that money
Watch it burn

Old, but I'm not that old
Young, but I'm not that bold
And I don't think the world is sold
I'm just doing what we're told

And I feel something so wrong
By doing the right thing
I could lie, could lie, could lie
Everything that drowns me makes me wanna fly

Take that money
Watch it burn
Sing in the river
The lessons I learned

Everything that kills me makes me feel alive

Take that money
Watch it burn
Sing in the river
The lessons I learned

Tuesday, December 31, 2013

2013/2014 : Travel Review & Plan

Tahun 2013 hampir tamat.

Tahun ni Alhamdulillah, aku diberi kekuatan, kesempatan dan rezeki untuk melengkapi sebahagian daripada apa yang aku impikan selama ni.


Apa apa pun aku bersyukur dah dengan apa yang Tuhan bagi.

JANUARY 2013
Guilin

Untuk tahun 2013 ada 3 flight ticket yang aku terpaksa let go macam tu je atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. (Read : Malas)

Azam aku 2013 adalah untuk habiskan SEA sebenarnya tapi ternyata gagal !

Masih ada beberapa negara yang aku tak sempat nak pegi seperti Laos, Myanmar dan Timor Leste. Insya Allah. KIV dulu lah ni.

Yes ! Tahun ni berjaya jugak update setiap hari. Sebenarnya, aku ni tak de la tulis hari hari. Aku tulis bila rajin tapi scheduled kan post hari hari. So nampak macam rajin ! Ni tak termasuk dalam azam, ini cuma part aku nak menyimpan dan berkongsi segala pengalaman. Tengok rajin ke tidak jer lah.

Perancangan tahun 2014 tak berapa nak ada lagi, tapi kalau berkesempatan dan berkelapangan dan ada rezeki lebih, aku nak lawat tempat tempat yang aku belum pernah jejak lagi dan kalau boleh nak kembali revisit all 48 states in United States yang aku pernah jejakkan kaki sebelum ni.

Misi 2015 masih tersimpul rapi. Nak jejak sekurang kurangnya 50 negara di dunia ni.

"Hiduplah di dunia ini seakan-akan kamu adalah  seorang pengembara"

Aku doakan di tahun 2014, korang bertambah rezeki dan diberi kesihatan serta kelapangan untuk terus melihat dunia. Mengembaralah mengikut kemampuan masing masing untuk kepuasan diri dan mengenal erti hidup. Jangan travel sebab nak berlawan lawan dengan orang lain dan jangan berhutang untuk travel.

Live life to the fullest and keep on traveling !



Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a-Jupiter and Mars

In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me

Fill my heart with song and
Let me sing forever more
You are all I long for
All I worship and adore

In other words, please be true
In other words, I love you

Fill my heart with song
Let me sing forever more
You are all I long for
All I worship and I adore

In other words, please be true
In other words
In other words, I love you

Monday, December 30, 2013

Rock Bar @ The Ayana Resort & SPA, Bali

Gambar gambar sekitar Rock Bar di Ayana Resort & SPA Bali.

Terletak di kawasan Jimbaran kira kira 30 minit dari Kuta.

Layan gambar....

View airport Bali

Infinity pool

Ocean Front

Tempat lepak

Resort

Resort

A luxury resort

Skodeng bilik 


Beach front

Beach

OK. This is another luxury resort in Bali.

Kalau tak stay sini pun ramai je datang for 1 reason. Tengok sunset dari Rock Bar.

Kat sini ada satu bar atas batu batu yang di bina dan sangat sesuai sebagai port nak tengok sunset.

Tapi???











Kena order air yang agak mahal. Rp100,000 segelas dan kena queue.

Aku tak recommend sangat bagi yang kurang kesabarannya, tapi sekali sekala nak buat keje gila kat tempat orang .. sila sila lah...  

The luxe, the serenity, the sunset..... all in, agak berbaloi jugak sebenarnya. Tapi ikut nasib jugak la.. kalau ramai sangat orang memang sampai sudah tetap lah menanti giliran...............



Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagiaku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang penuh duka
Kan ku hapus semua menjadi indah

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...