Monday, July 13, 2015

Buka Puasa 2015 - Fa-Ying by Rama V, Paradigm Mall

Ni kira first time kami buka puasa se-family di luar tahun ni. Kalau tidak, makan di rumah je sebab senang nak terbongkang kalau dah kenyang.

Misi keluar rumah sebab nak cari baju raya budak budak. Kami ke Paradigm Mall di Kelana Jaya dan dah aim nak bukak puasa kat luar. 

Tapi sebab sibuk benar mencari baju raya budak budak, sampai 6.30 petang baru kalut tak booking lagi. Cari cari tempat makan akhirnya terjumpa yang ni.

Fa-Ying bermaksud Princess

Fa-Ying by Rama V

Masa mula mula nak reserve tu dah fully booked. 

Siap try tanya kat Serai tapi penuh jugak. Last sekali pegi sekali lagi ke sini buat muka kesian dan rezeki kami, dapat la seat tapi tak confirm pun. Cuma reserve je dulu. Dalam pukul 7 then dia orang called cakap ada meja untuk kami.

Alhamdulillah. Rezeki nak makan kat Fa-Ying ni.

Resto

Fa-Ying ni merupakan resto under Rama V yang menyediakan makanan authentic Thai yang agak terkenal. Aku pernah makan di Rama V di area U Thant dulu dan makanan di sana memang tidak mengecewakan.

Berbeza sikit dengan Rama V, Fa-Ying ni resto dia agak trendy dan fusion sikit ala ala modern chic tapi still served Thai Food jugak plus tapas. cocktail, mocktail dan benda benda tail yang lain.

Dan di sini disediakan menu All Day Everyday Thai dengan 3 set hidangan Thai yang boleh di pilih mengikut citarasa dan selera masing masing.

All day everyday Thai sets

Masa dapat panggilan tu kami terus terjah ke sini semula dan dapat seats.

Usha dulu dalam resto ni.

Hiasan dinding tak menggambarkan bulan Ramadan sangat.

Dalam resto area dine in yang ada aircond. Belah luar ada jugak tapi open area

Setting meja

Sebab ada 3 set options tu kami memilih set C untuk 6 orang walaupun kami tak seramai tu. 

Nampak tak aksi tamak haloba merasuk jiwa time time posa?

Apa apa pun, dapat seats, lepak kejap dan tunggu makanan tiba.

Dan berikut adalah hidangan kami berbuka puasa.

Fa-ying Platter (Thai Fish Cake, Spring Roll, Shrimp Wanton, Money Bag, Somtam Salad)

Deep Fried Siakap With Thai Chilli Sauce

Stir Fried Chicken With Hot Basil Leaves

Thai Green Curry Chicken

Stir Fried Kangkong With Shrimp Paste

Spicy Tomyam Seafood Soup In Hotpot

Free Flow Of Thai Beverage Of The Day

Melampau keinginan untuk makan !

Satu persatu lauk pauk tiba dan waktu berbuka pun dah masuk. Nak tak nak terpaksa la makan apa yang ada. Ratah lauk pauk tu serba sikit dan togak air.

Katanya ada complimentary kurma tapi sampai sudah tak nampak nampak. 

Restoran agak busy sebab time bukak puasa. Orang pun ramai so aku malas la nak kecoh kecoh pasal kurma tu. 

So aku pegi hisap rokok kejap.

Masuk balik tengok budak budak masih dok ratah lauk. 

Tengok apa yang kurang?

Rupanya nasi tak sampai sampai.

Usha meja lain pun semua penuh dengan lauk je, nasik tak daq. Apa kes? Hero siap kepedasan hirup kuah tomyam. Then bila aku tanya waiter tu mana nasi.

Dia lupa !!!

Adoi.... Tak tau ke aku ni perut Melayu ?

Tapi sebenarnya ramai lagi yang tak dapat nasi time tu. Memang kalut la service dia orang ni time bulan puasa. 2-3 waiters macam tak cukup tangan je. Tengok dia orang pun rasa kesian. Dah la air free flow every time abis nak kena mintak. Asyik la kena mintak. 3-4 kali mintak, kita lak naik segan.

Kurma jangan harap lah. Usahkan kurma, bijik kurma pun tak der.

Apa apa pun Alhamdulillah. Kenyang

Kenyang sebab ratah lauk

Kenyang dah dapat nasi

Personally aku rasa makanan dia OK lah. Above average. Kalau nak compare, sedap lah kat sini daripada Absolute Thai tapi tempat ni tewas dengan mudah di tangan Bangkok House

Dan kalau nak compare dengan Rama V... Rama V lebih rasa OK mungkin sebab ambiance yang lebih relax dan service yang lebih proper.

Boleh di cuba lah sekali.

Dan set hidangan kami di lengkap dengan desserts juga.

Water Chestnut & Jackfruit In Coconut Milk

Tengok la anak aku si Hero ni pelik pelik sikit. Dia kalau cendol ke, ABC ke.. minum air je.. yang isi isi semua dia rejek

Apa apa pun Alhamdulillah kenyang.

Dah kenyang makan tu sambung shopping balik semula sebab tak abis lagi nak cari baju raya budak budak. Tahun ni mencabar nak cari saiz seluar Hero sebab dia dah tak muat pakai seluar dari kids department !

Saiz seluar dia dah 31. Lagi 3 nak sama size dengan perut aku !

Cost set makanan Set C tu adalah RM 219.90.

Ada jugak set set lain dengan harga berbeza.

Thai Set A for 2 Pax - RM69.90nett

• Deep Fried Chicken Wings
• Stir Fried Tofu With Hot Basil Leaves
• Thai Red Curry Chicken
• Spicy Tomyam Squid & Chicken Soup
• Thai Crispy Omelette
• Mango Sticky Rice

Thai Set B for 4 Pax - RM139.90nett

• Deep Fried Shrimp Cakes
• Somtam Salad With Soft Shell Crab
• Sizzling Chicken With Black Pepper Sauce In Hot Plate
• Stir Fried Assorted Vegetables With Garlic
• Spicy Sweet & Sour Dory Fish Soup In Hotpot
• Sago Served With Ice Cream


Fa-Ying by Rama V
Ground Floor Boulevard, Paradigm Mall

FB mereka : Fa-Ying by Rama V

Enjoice !

Saturday, July 11, 2015

Istimewa Raya 2015 - Nostalgia Kad Raya

Entry ni istimewa skit sebab nak mengimbau nostalgia raya dulu dulu kala yang mungkin jauh berbza dengan cara sekarang. 

Dulu dulu, salah satu petanda bakal tibanya hari raya adalah kita sibuk dengan kad raya. Dulu aku tak de la gigih sangat beli kad raya, tapi kadang kadang kena beli sebab nak balas orang hantar. Beli yang pack yang murah murah je. Pastu stress gila dalam pack tu tetiba ada untuk Cikgu la. Nenda lah. Ayahanda dan Bonda lah. Tak de nya aku nak hantar kad kad raya kat parent sendiri !! Dekat cikgu pun tak hantar. Segan !

Tapi tu la kenangan kad raya. 

Dah lama aku tak dapat kad raya. Ada dapat sebenarnya tapi orang kata setakat dapat dari customer /supplier tu tak sama macam personalized kad yang kita dapat.

Tahun ni aku dapat kad raya !!!!!

Thank you DJ.

OR aku tanya.

"Yang. DJ tu apa?"
"Dara Jelita !"

Teka sapa yang pengsan?

DJ yang sememangnya jelita

Siap dengan duit raya untuk Hero dan Princess. TQ Auntie DJ !

Nak baca apa blogger terhebat Malaya ni tulis?

Tu baca peta sebab sesat tak jumpa kampung halaman nak balik raya ke?

Ingat lagi pantun glamer dalam kad raya dulu dulu.

Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas.

Tak pun.

Pecah kaca pecah gong. Sudah baca harap gantung !!!

Okey. Tahun ni aku gantung kad DJ kat peti sejuk..... Kalau lapar harus je ingat kat Host Abadi JJCM neh.

Thank you again Wanderlust DJ

Kau just remind aku yang raya semakin hampir. Masih banyak benda yang belum settled ~!



Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang damai selalu
Nun di sanalah tempatku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dengan lagu
Dendang perantau

Friday, July 10, 2015

Jom Imarah : Masjid Ara Damansara

Salam Jumaat dan selamat berpuasa.

Hari ni kita nak pegi melawat satu masjid yang aku rasa sangat menarik dari segi senibinanya. 

Masjid Ara Damansara

Masjid di Ara Damansara ini terletak di Ara Damansara dan dibangunkan Sime Darby Property Bhd dengan kos RM15 juta di kawasan seluas enam ekar berkonsep teknologi hijau.

Arkitek untuk masjid ini adalah Kumpulan Senireka dan di bina oleh FNA Builders Services Sdn Bhd untuk Sime Darby Development.

Agak menarik konsep masjid ni sebab dia ala ala teknologi hijau ( Green Buileding Index ) dan merupakan award winning mosque. Tapi tak pasti dapat taraf platinum ke gold ke apa.

Jom kita jengah masjid ni.

Konsep binaan dia agak urban dan tak macam typical masjid sedia ada

Di bina di sebuah kawasan yang lapang dengan kawasan sekitar yang luas dengan parking yang mencukupi

Masjidnya tanpa kubah macam kubah kubah masjid yang lain dan mineret yang simple tapi menarik

Mineret

Puncak mineret

No Smoking. No smooching

Apa yang menariknya, masjid berwarna putih ini di bina merangkumi bangunan utama untuk solat, kawasan ruang legar sekeliling masjid untuk menampung ruang sekiranya tidak mencukupi, dengan pejabat imam, tempat wudu, taman permainan dan juga kawasan riadah dan istirehat.

Toilet dan tempat wuduk. Tempat wuduk ni agak jauh tapi di sekeliling bangunan masjid terdapat paip paip untuk memudahkan jemaah mengambil wuduk lebih dekat.

Kolah air di hiasi dengan pokok pokok menjalar

Laluan dari tempat wuduk ke bangunan utama

Taman kanak kanak. Idea yang baik untuk mengelakkan kanak kanak berlari lari dalam masjid dan menganggu jemaah

Tempat riadah

Pintu masuk utama

Kawasan tepi dewan solat utama

Dinding

Dewan solat utama dengan mimbar masjid di sebelah kanan

Dinding yang berongga membantu pengaliran udara dari luar dan menyejukkan kawasan dalam masjid

Di lengkapi dengan 2 kipas saiz gergasi. Kipas serupa ini terdapat di Masjid Sultan Singapura

Kubah masjid berbentuk square di atas tapi ke belah dalam membantu pencahayaan

Dewan yang boleh memuatkan sekitar 1500 jemaah pada satu satu masa

Kawasan sekitar masjid


Pengaliran udara


Aktiviti bersempena bulan Ramadan

Aku suka design dan concept dia. Not too berseni sangat tapi still menunjukkan konsep Urban Islamic design.

Sekali pandang macam Masjid Cyberjaya dan Masjid Besi. Cuma binaan masjid ini berskala lebih kecil tapi ke tiga tiga nya berkonsepkan Teknologi Hijau dengan pengurangan penggunaan aircond dan penjimatan tenaga elektrik.

Semoga dengan adanya masjid masjid yang mempunyai facilities pelbagai seperti ini dapat mengembalikan fungsi sebenar masjid seperti di zaman Rasulullah SAW, yakni sebagai pusat budaya Islam dan pengembangan ilmu pengetahuan.

Sekian !

Wednesday, July 8, 2015

Jom Makan : Bangkok House, TTDI KL

Mai Mai !

Duduk. Duduk. Makan. Tapi bulan puasa neh. Ni cerita sebelum bulan puasa.

Ada hari nak pekena makanan Thai.

Hari tu terasa nak makan Thai Green Curry. Ada member aku suggest makan dekat Bangkok House ni. Murah dan sedap katanya.

Kata dia lah.

Sedap ke tak sedap, aku kena cekidaut sendiri laaa !

Terletak dekat TTDI. Kat bawah Sinaran Condominium ni

Aci berhibur dulu dengan lagu sinaran? Ambik mood !



Teringat ku di masa lalu
Bersenda di taman yang indah
Sungguh riangnya di hatiku
Kerna kini kita berjaya

Cintaku tercapai
Punyai kebebasan
Dan dikau berjaya telah berjaya

Sinaran... mentari menyinari
Menusuk ke jiwaku
Ketika bersamamu

Masanya... bila kita berdua
Bagai mahligai indah
Yang tumbuh di muka dunia

Ikatan telah dijalinkan
Hatiku terima terbuka
Segala rasanya di jiwa
Kemesraan terjalin cinta

Oh... peliknya rasa
Pabila... dikau tiada
Bagai kenangan yang tiba
menuju cahaya sedang menyinar...

Memang Taman Tun ni buat aku teringat dengan kisah lalu. Sebab sini tempat aku biasa lepak dulu. Dan opis lama pun kat area ni !

Tapi tu citer lama. Cerita sekarang, mari kita makan !!

Kedai Bangkok House ni terletak kat bawah kondo Sinaran ni opposite dengan Shell dan Affin Bank. So senang je nak cari kedai ni, ingat lagu Sinaran dan cari kedai dia di bawah kondo bernama Sinaran !

Besar besar sign dia ni. Tak junpa memang buta

Halal

Biasanya Taman Tun ni nak parking agak susah kalau hari kerja. Tapi kami pegi tu hari Ahad. Ingat senang la nak parking, rupa rupanya hari Ahad ada pasar ahad time petang kat TTDI tu.

So agak payah skit nak cari parking. Tapi jumpa gak lah. Parking tepi tepi jalan tu.

Tengok setting kedai dulu.

Cozy dan menarik juga. Yang best tak ramai orang

Dapat seat. 

Agak kelam kabut sikit masa tu sebab Princess tetiba mengamuk. Sebenarnya dia tengah tidur masa nak sampai, so bila kejut mula la dia angin tak elok.

Kami di layan oleh seorang lelaki agak berumur. Aku syak tu owner dia. Pekerja dia pun ada la sorang pompuan. 

Time kami duduk tu la time tu dia nak mop lantai !

Tengok menu menu nya pulak.

Buku menu

Pilih lah nak makan apa

Harga untuk S, M dan L size

Macam macam ada

Agak tak best sikit tempat ni sebab kena tunggu agak lama !

Padahal tak de orang lain pun selain kami. Tak tau la apa yang buat lama sangat nak prepare. Maybe tukang masak pegi beli barang kat pasar ahad tu kot ?

Heheh. Aku speku.

Authentic Thai Cuisine

Minuman sampai dulu. Jus Tembikai. Sedap tapi sikit !! Hehehe

Air si Hero. Banana Shake.

Menunggu makanan tiba agak merengsakan !!

Dah la aku mintak air sejuk tak sampai sampai. Macam tak mesra pelanggan je petugas petugas kedai ni. Pastu yang mop lantai tu la dok buat air. Dia lah yang ambik order. Semua minah tu je yang buat.

Kat dapur tak tau la ada berapa ramai pekerja !

Penantian berakhir bila satu persatu makanan di hidangkan.

Gorengan sayur mayur

Telur dadar wajib ada

Highlight of the day.. Green Curry Beef. Sedap !!!

Ikan masak special sauce ! Aku suka sebab ikan dia garing dan dia siap potong potong dah.

Ayam untuk Hero

Lauk pauk yang ada

Makan sampai kenyang

Alhamdulillah mengenyangkan.

Rasa sedap semua belaka. One of the best Thai food in town meh !

Cuma kami makan tak abis, tapi Princess tetiba bangun tidur dan lapar. So tapaw mana yang ada dia makan kat ruumah je lepas tu.

Overall, nice food. Cozy ambience. Clean restaurant. Cuma service kena pantas sikit. Maybe tambah pekerja ke. Harganya aku lupa berapa, tapi rasanya tak de la murah mana dan tak la mahal melampau macam Sri Ayuthaya tu.

Boleh di cuba. Recommended untuk Authentic Thai Cuisine di pinggir Kuala Lumpur ni.

Nora bagi 5 bintang !!!

* campak tulang ikan pada Nora. 

Makan !

Meow Meow Meow........

Ya.. Dalam kehidupan lampau Nora adalah seekor kucing !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...