Wednesday, January 29, 2020

BaganLalang 08 | SENANDUNG MALAM SEAFOOD

Menjelang malam aktiviti wajib ada pekena seafood. Tak sah kalau ke Bagan Lalang kalau tak mengisi perut dengan hidangan seafood segar.

Dalam banyak banyak kedai makan di Bagan Lalang tu, Senandung Malam sememangnya menjadi pujaan selera aku !


Bukan first time ke sini jadi aku memang expect orang ramai dan berpusu pusu. Kena meningkatkan kesabaran yang jitu kalau nak datang makan di sini....

Kami keluar dari penginapan dan ambik kereta terus memandu ke lokasi kedai makan ni. Tak de lah jauh mana tapi malam malam, better drive kereta jer.

Dan seperti yang di jangka, orang tak pernah kurang malah bertambah tambah lagi lagi malam minggu macam ni.

Susun atur dan keadaan restorannya pun tak jauh berubah dari last masa aku datang tahun 2015 dulu.

2015 : Restoran Senandung Malam




Mencabar jugak lah nak cari tempat tapi alhamdulillah, kami dapat meja untuk duduk.

As usual, nak makan di sini kena order seafood mentah untuk dijadikan hidangan.

"Bang, saya nak ikan jaws masak sweet and sour, sotong kurita goreng tepung dan di masak oleh ikan duyung yang cantik persis Maya Karin !"

Agak agak kena baling dengan kerusi tak?





Dah buat pilihan lauk pauk maka bersambung pula dengan proses menunggu hidangan siap.


Dan kesabaran kami di bayar dengan satu persatu hidangan muncul di meja untuk santapan malam.













Licin uols !

Memang tak mengecewakan. Abis makan terus angkat ponggong. Tak boleh berlama lama sangat sebab ramai lagi orang lain menunggu nak duduk.


SENANDUNG MALAM SEAFOOD
Bagan Lalang,
43950 Sungai Pelek,
Selangor
Phone: 017-343 2908

fb : Senandung Malam Seafood, Bagan Lalang

Selesai makan dan perut pun dah kenyang. Kami kembali menyambut rehat santai di villa penginapan kami di Avani.



Perut kenyang, mata pun dah layu. Di temani deruan ombak bersenandung perlahan memecah keheningan smalam.



Berirama senandung semalam
Ku terkenang peristiwa silam
Di mana aku dan si dia
Cinta benar cinta

Kau mencurah apa yang di rasa
Ku dibuai oleh angin senja
Budimu yang seikhlas itu
Akulah kekasihmu

Kini tinggal kenangan belaka
Di taburan bunga pusaramu
Ku berdoa agar dikau
Aman bertemunya

Oh! kenangan tinggallah kenangan
Engkau pergi telah ditakdirkan
Diriku termenung menjauh
Bersama senandung semalam

bersambung..............

8 comments :

  1. Pernah makan kat kedai yg hujung sekali HM apa ntah nama dia..pernah satu malam habis RM700 satu family...dah 3 tahun x pi makan situ..nak pi la nanti makan kat sini plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HM tu ok juga.... 3 tahun tu dah lama. dah time utk repeat tu.

      Delete
  2. Nampak je pepahat ke menu, terus rasa menyesal mencurah2 buka entry ni di kala lapar. Mana aku nak cari benda tu semua kat sini. Huwaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai hardware?

      cari pahat... kumpul banyak banyak jadi la pepahat..

      haksss jgn buat goreng pulak tau !

      Delete
  3. Tunggu 2 jam utk makanan, last2 blah p mkn kfc je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...