Monday, November 25, 2019

TAPAK URBAN STREET DINING @ Jalan Ampang, KL

Ada satu malam tu IH dengan BW datang culik aku ke rumah. Katanya nak bawak pegi makan kat port artis artis makan di KL !

Artis makan? Eh kenapa aku tak tau? Aku kan artis jugak ! Ni yang rasa tercabar neh.

Sapa artis artis tu? Tersohor dan internationalkah mereka?


Atas sebab tu aku jadi excited nak pegi tempat yang sama. Nama tempatnya adalah TAPAK - Urban Street Dining di Jalan Ampang.

Bukan tapak kasut. Bukan tapak kaki. Bukan jugak tapak Sulaiman.


Memula aku dengar nama TAPAK tu rasa agak kekampungan jugak. Tapi bila ada Urban Street Dining terus rasa macam hipster pulak tempatnya. Lokasinya di Jalan Ampang sebelah Corus Hotel dekat KLCC.




So apa ada kat sini? 

Ditubuhkan pada tahun 2016, TAPAK menjadi kawasan trak makanan Malaysia yang menggabungkan ADAM STACY... bergabung meletup !!! Hahaha.. 

Actually menggabungkan pengendali trak makanan tempatan dan pencinta makanan ke arah budaya makan jalanan bandar. So semuanya busines makanan and minuman kat sini, diorang masak and prepare makanan atas truck dan korang jangan cuba cuba naik atas trak pastu buat buat tujukan lagu. Mau kena pelangkung dengan tapak kasut nanti.

Ada kerusi dan meja di sediakan di kawasan Tapak ni untuk pelanggan santap. Khemah pun ada tapi tak boleh berkhemah sama si Nopal !




So apa yang di jual di sini? Jawapannya macam macam. Mak dengan Ayah je tak der ! ( melainkan kalau korang ajak datang sekali ).

Be it nasi goreng, western food, kudapan kudapan, pusing keliling area TAPAK ni maka terjawab lah semua soalan tu... Lebih kurang 20 food truck ada dan menyediakan aneka pilihan makanan dan minuman.

Khabarnya antara yang menarik di sini adalah...

01. The Sailor Burger & Co's - Titanic Supreme Burger & Volcano Cheese Burger
02. First Oder - Milky Mango & Mango Float
03. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit - Ayam, daging, sotong, udang
04. Mimie Coconut Shake - Coconut Shake & Mimie Cooler Drink
05. Walla Walla Truck - Mussels Melt & Cendawan Menawan
06. Summerbigcup - Unicorn Frape, Double Choco Chop & Summer Pearl Milk
07. Hauslah - Avocado Sago Gula Melaka, Avoca Mango & Avoca Choc
08. Otakotakft - Otak otak, sata & Tauhu bakar sotong
09. 8th Street Cafe - urger Mac & Cheese, Beef Bacon Cheesy Fries, Mac & Cheese
10. Amir BM Char Koay Teow - Char koay teow Tsunami
11. Flamingwheels -Burgers

Usha apa yang ada...












Konsep dia order dekat food truck yang di pilih. Bayar dan tunggu makanan siap. Sementara nak siap tu gi lah cari tempat duduk dulu... Rasanya kalau weekdays, tak de la ramai sangat manusia, tapi kalau datang lepak time malam minggu or weekend memang suasana happening dan agak crowded.

Lagi lagi kalau artis tersohor lagi terkenal di peringkat antarabangsa macam aku ni datang.

Geng buskers pun bungkus tak leh cari makan......   * mati lah padahal dia orang dah nak blah.

Oh ya. Tak usah risau pasal parking, ada parking kat area sebelah. Malah tempat TAPAK ni pun siang siang jadi parking area. Maka jangan sesekali tinggalkan sampah.

Etika makan di sini, sebelum makan baca Bismillah. Lepas makan. Lap mulut yang comot. Dan sila buang segala bekas atau sisa makanan yang tak abis dan yang dah selesai dalam tong sampah.



Satu lagi, TAPAK ni memang port golongan muda mudi datang bertandang dan melepak. Aku sendiri pun rasa macam tua sangat nak melepak kat sini. Tapi kalau nak cuci mata nak tengok hai si gadis yang ayu....... boleh lah datang bertenggek setiap hari dari 6 petang sampai 1 pagi.

Harga makanan kira mampu-lantak lagi lah. Tak de lah mahal. 

Aku pun tak tau nak recommend apa untuk di makan. Tapi ni antara yang kami sempat order.







Curos tu memang agak menarik. Maybe pembuat dia membuat dengan CUROShan penuh kasih sayang ! Yang lain lain biasa biasa jer...

Tapi option memang banyak. Pilihan di tangan anda..





Setakat ni ada 4 lokasi TAPAK yang sudah bertapak iaitu di Jalan Ampang. Amcorp Mall PJ, Stadium Cheras dan jugak di Cyberjaya.

TAPAK URBAN STREET DINING
Persiaran Hampshire, off Jalan Ampang,
Hampshire Park, 
50450 Kuala Lumpur

Isnin - Khamis : 06 pm -12 midnight
Jumaat - Ahad : 06 pm - 01 am

Untuk maklumat lanjut... sila refer :


Selamat berkunjung. Jangan cuba cuba nak order Tapak Sulaiman Goreng Berlada pulak ya...

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...