Selesai berpanas terik mentari di Pantai Tanjung Rhu, kami bergerak ke kawasan Telaga Tujuh.
Plan asal aku nak bawak mereka semua ni naik cable car Langkawi tapi proposal aku di rejek sebab ada antaranya yang gayat dan tak berani.
Apa apa pun, kami ke Oriental Village dulu dan usha kawasan sekitar tu.
Masing masing dah usha kawasan dan apa yang menarik dekat area Oriental Village tu so semua sepakat dan bersetuju untuk masuk ke 3D Art in Paradise, Langkawi.
Selesai urusan beratur dan beli tiket, kami terus ke bangunan 3D Art tu.
Harga tiket RM 30 per pax for adult ( Malaysian )...
Art In Paradise Langkawi is the second largest 3D art museum in the world and largest in Malaysia.
Aku tak de lah excited sangat nak masuk tempat ni sebab rasa macam sama je dengan 3D Museum di tempat lain yang pernah aku masuk tapi since semua yang lain decided tempat ni, jadi pasrah je lah.
Sebaik je masuk, kasut dan selipar kena bukak dan tinggalkan di kawasan simpan rak kasut.
As usual lepas tu ada official kamera-man nak ambik gambar pengunjung yang datang dan masuk ke tempat ni.
Layan kan je lah.
Dan dari situ, mula memasuki dewan dengan lukisan lukisan yang terpampang di dinding dengan kesan 3D sesuai untuk bergambar.
Apa lagi, masing masing sudah mula beraksi dan since kita orang ramai dan macam macam perangai memang jadi fun dan seronok.
Memang banyak zon zon dalam tempat ni termasuk lah Optical Illusion, Aquarium Zone, Safari Zone, Interactive Zone, Fantasy Zone, Classic Zone serta Malaysian Zone.
Di kawasan Centrall Hall juga ada tayangan 3D Movie buat kami.
Memang bukan la pengalaman yang baru bagi aku tapi sebab kami satu family, keseronokkan dia tu lain macam je.
We had fun.
Dan aku rasa ni lah the best 3D art museum yang pernah aku masuk so far kat Malaysia ni.
3D ART IN PARADISE
Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi
+60 (13) 509-1209
artinparadise.com.my/
Selesai tu kami keluar dari bangunan 3D Art tu dan bergerak semula ke parking.
Masing masing dah keletihan beraktiviti sejak sampai di Langkawi pagi tadi.
Hari pun dah beransur ke petang, kami decided untuk ke Pantai Cenang untuk check in penginapan kami di sana.
bersambung..................
Ok, simpan ini dalam list bila sampai sana nanti.
ReplyDeletesila sila
Deletebakpo sapa keno pecat kasut?
ReplyDeletesenang nak beraksi kat dalam tu kot.. plus nak jimat cleaning services
Delete