Destinasi pertama sebaik ketibaan kami di Pulau Langkawi ni adalah untuk bersarapan di Warung Nasi Dagang Pak Malau !
Walaupun kami orang Hitaly, sekali sekala nak jugak merasa makanan Nasi Dagang dari tempat lain. Lagipun aku sendiri pun tak pernah try makan kat sini.
Selalu viral kalau orang datang Langkawi ni untuk mencuba maka, kami pun tak terkecuali.
Nasi Dagang Pak Malau terletak di Kg Mawar berdekatan dengan Makam Mahsuri.
Berlokasi di tepian bendang pastinya menarik pelanggan untuk datang menikmati Nasi Dagang sambil bertemankan suasana kampung dan sawah padi.
Kehadiran kami pagi tu tak de lah awal mana sebab dah ramai pelanggan yang duduk makan di sana.
Usha dulu warung Nasi Dagang Pak Malau ni...
Selain dari menjadi warung nasi dagang, apa yang menarik di sini banyak dipamerkan barangan antik kepunyaan owner yang menjadi hiasan di warung beliau.
Konsep warung ni, kena order dan nanti makanan di hantar ke tempat duduk.
Menu utama adalah Nasi Dagang tapi banyak pilihan lauk mengikut selera dan citarasa pelanggan.
Dah order, tunggu di meja dan makanan akan dihantar berserta minuman.
Santap lah sarapan pagi dengan di temani suasana menghijau sawah padi di persekitaran.
Owner dia pun agak friendly dan datang dari meja ke meja untuk berbual bual.
Secara overallnya, bagi aku Nasi Dagang Pak Malau di Langkawi ni not bad lah dari segi rasa. Tambahan pulak dapat makan dengan suasana kampung dan angin sawah yang sepoi sepoi bertiup.
Cuma dari segi harga agak pricey sikit which aku rasa still OK la kot.
Boleh dicuba kalau datang ke Langkawi dan mencari Nasi Dagang di sini.
NASI DAGANG PAK MALAU
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar,
07000 Langkawi,
Kedah
Di buka setiap hari dari 8 pagi - 2 petang.
Tutup hari Selasa.
makin lawa pulak Nasik Dagang Pak Malau ni, business asyuk la ni..Masa kitaorg datang dulu, owner ni datang sembang2 gak, dia orang KL rupanya sebabtu harga makanan macam KL kot hehehe
ReplyDeleteada banyak port port gazebo baru dia buat... memang semakin maju...
Deletetanya jugak pak malau tu ada kena mengena dengan sri mersing ke apa sebab nama malau... tapi dia macam blank...
tapi friendly gak la
On list bila ke sana nanti..
ReplyDeleteboleh la kalau setakat nak merasa. tapi kalau nak lagi sedap kena gi hitaly laaa
Deletenasik dage aye goreng? errrr
ReplyDeletenok wak guane.. dok sero nok make ike
DeleteMahalnya makanan for the portion
ReplyDeletekann? belum kira air lagi tu
DeleteHarga kuih dia paling x boleh accept... Sedih yakmat
Deleteermmmmm..... dia tau org dtg makan ni semua org luar...
DeletePulut panggang seketul 2 ringgit... Kuih2 lain serba dua ringgit.... Sayu hati
ReplyDeletedaun pisang nak bungkus tu mahal agaknya.. hiks
Delete