Thursday, April 4, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 02 | 03 : INNSBRUCK

Hah !

Mesti nak tau apa jadi dengan Aiman Tino yang terlanggar bahu jalan?

"Aiman. Sila ke tengah tengah roundabout dan buat announcement"

Roundabout di luar kawasan bandar Vaduz

* pass microfon kat Aiman.



Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku....................

SKIP !! SKip !!

...................Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir
Membasahi di dadaku
Hanya ratapan di dalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti

STOP ! Chorus Chorus.

.......................Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu.....

OK. Drama lah Aiman ni. Calar sikit je pun takkan sampai boleh bawa mati?

* sewel dah aku bercakap dengan kereta

Jangan risau Aiman. Kamu masih kami sayang.!

Kat rim ada garik sikit dan kesan calar balar. Kalau tak tengok betul tak perasan kot. Plus kami ambik full coverage insurance. Shouldn't be worry much. Cuma IH lah as a driver mesti terganggu emosi dia. Aku lak jadi trauma nak drive belah kiri ni. Dah la driving bukan passion aku.

Trauma yang melanda.. Menikam nikam jiwa !!!!

OK dah. Hentikan merepek ni dan sambung drive.

Sempadan Liechtenstein dan Austria. Takde passport control pun tapi kami kena start beli vignette sebab nak masuk Austria.

Austria mengenakan vignette bagi kereta dari luar negara yang nak menggunakan jalanraya dia. Vignette ni kena beli dan ( biasanya di tampal di cermin depan ) sebelum mana mana kereta asing nak memasuki sempadan.

Buat buat cover gelabah, kami tanya pengawal polis yang berjaga di boarder tu dan dia dengan baik hati bagitau beli kat station minyak tak jauh dari situ.

Kami stopped kat shell dan beli vignette Austria dengan harga 8 Euro untuk 10 hari atau 77 Euro untuk setahun. Ni kalau nak stay lama lah. Dah ada vignette baru la boleh masuk negara orang dengan penuh gaya !

Memasuki kawasan Feldkirch

Hello Austria

Katzenturm. Historical landmark kawasan ni

Schattenburg-Museum - Preserved 12th-century castle

Perjalanan diteruskan sejauh lebih kurang 2 jam untuk ke Innsbruck. Seperti laluan sebelum ni, kami di sajikan dengan pemandangan banjaran Alps yang indah dan memukau pandangan.

Jalanraya pun bagus dan tak de tol cuma di Austria ni banyak terowong. Dan ada satu terowong panjang tu dikenakan tol dalam 5 Euro.















Puas di jamu dengan keindahan, akhirnya kami memasuki kawasan Innsbruck lewat petang dan terus menuju ke tempat penginapan yang kami dah booking masa dalam perjalanan tadi.

Technikerhaus aka Technical House.

Lokasi agak tak jauh dari city center

Sebenarnya tak banyak choice yang kami ada untuk penginapan di Innsbruck since booking pun last minit. Harga tak de lah murah ( dalam RM 400 lebih semalam ) dan masa sampai usha usha tempat ni rasa macam duduk hostel pun ya.

Bangunan agak buruk, bilik sempit ala ala hostel. Ada bunk bed dan single bed untuk kami bertiga. Tak de lif dan bilik air macam dorm asrama jauh di hujung corridor.

Tak de aircond  atau kipas

Ada ruang sikit je boleh nak solat

View dari bilik penginapan kami

Tak boleh nak kata apa lah. Ni je choice buat masa tu. Lagipun kami masing masing agak penat dan badan baru terasa letih. Konon nak rest kejap sebelum usha Innsbruck ni, last last tiga tiga terlena dan sedar sedar dah nak malam !

Bersiap lebih kurang, kami pun keluar ke pusat bandar Innsbruck.




Hari pun dah nak malam. Mencari open parking tengah tengah bandar Innsbruck ni pun satu macam dia punya payah. Berpusing pusing. Last sekali parking dalam bangunan je nak kami keluar jalan kaki.

Just usha usha kawasan bandar Inssbruck ni je. Dah nak malam ni, dah tak tau nak tuju ke mana.











Usha tengok kehidupan malam di Innsbruck dan kami singgah kejap di Hard Rock Cafe.







Dan dari situ merayap lagi di kawasan berdekatan town square tu je. Banyak tempat tarikan tak jauh dari situ tapi sebab dah malam semuanya nampak suram suram je. 

Malam ni kawasan Oldtown, Innsbruck.













Dah tak tau mana nak tuju. Macam hilang punca sebab mamai ngantuk time ni. Sudahnya balik ke bilik penginapan tu dan aku terus sambung membuta.

Tak sedar apa sampai ke pagi. Ada dengar BW dengan IH borak sambil masak masak tapi bagi aku tidur tu lebih penting dari segalanya.

Lagipun sebagai Artis Antarabangsa aku kena kekal mendapatkan tidur yang cukup demi kecantikkan diri !

"Apa? Tak cantik sangat??????? Tadi kata cantik !"

* tumbuk tumbuk bantal sambil ketap bibir.....

bersambung..........................

2 comments :

  1. Hahaha..ngek lah meng! Selmaat Aiman tino korang..haha. Asal obersi jer nmpk lawa..haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lawa pun... sebab jarang tengok suasana mcm tu kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...