Tuesday, April 2, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 02 | 01 : ZURICH

Tetiba kembali semula ke Eropah.

Entry ini bersambung dari entry hari pertama Road Trip Central Europe 2018.


Hari ke 2, kami merancang untuk mula bergerak. Plan hari ni nak usha Zurich kejap pastu bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Vaduz. Maybe bermalam di Inssbruck kalau sempat. Tapi belum booking mana mana penginapan lagi untuk malam tu.

Tapi misi paling utama adalah nak ambik kereta yang kami dah sewa. Penting tu sebagai jentera penggerak yang akan mengangkut kami dalam siri road trip kali ni.

Day 02. Zurich.


Ibis Budget

Tak tau la jet lag ke apa tapi aku bangkit awal je pagi tu. Bangun dan turun hisap rokok sambil usha kawasan. Hotel yang kami duduk ni memang dekat dengan area airport dan kawasan gudang gudang jadi tak banyak aktiviti harian dapat kami saksikan pagi pagi.

Cuma bunyi kapal terbang turun naik memang bingit. Ke ni punca aku tak tidur lena? * usha peta air liur basi yang dah mekar sejambak kat bantal hotel.

Pagi tu aku dengan IH bersiap siap nak gi ke airport semula untuk ambik kereta yang di sewa. BW tinggal kat bilik untuk memasak dan sediakan makanan untuk bekal perjalanan.

Ambik tram ke airport. Kul 8 kami dah keluar walhal dekat je dan timing ambik kereta kul 10 pagi.

Airport Zurich

Sampai airport station

Kami masih bayar tiket tram pakai card since tak de syiling. Pagi tu jugak aku cuba cuba call Maybank tanya kenapa aku tak boleh pakai Debit card aku untuk cash in di mesin ATM semalam. Rupanya activation period dah expired ! Hahahaha. Salahkan diri sendiri. Moralnya, activate siap siap sebelum ke oversea untuk mengelakkan masalah seperti ini.


Sampai di airport center masih awal lagi. Minah kat rental car tu malas layan kami. Dia suruh datang sejam lagi.


So kami ke COOP beli groceries. BW dan pesan beli telur dan roti. Apa dia nak masak hari ni pun kami ikut jer.


Beli air sekali


Cepat ! Bagi kereta kami... Awak ingat kami ada masa untuk sakit kepala?

Urusan ambik kereta yang nak di sewa pun lancar. Cuma ada kos kos tambahan yang memang dia dah explained so kami tak de bantahan. Cas extra driver, coverage accidents di luar Swiss dan cas cas lain.

Lalu kami di beri kunci dan dia suruh gi ambik kereta kat parking area. Ada la dia bagitau bay berapa. 

Masa kat parking tu, aku dah cakap dengan IH.

"Harap harap dia bagi kita Range Rover"

Berangan. Hahahah. Asalnya kami sewa kereta Volvo V40. Kereta compact yang sedang elok la untuk perjalanan kami bertiga dengan barang barang. Masa nak booking hari tu macam nak try gak 4X4 tapi lari bajet.

Dan bila IH tekan kunci, tup tup yang menyala adalah kereta lain. 

"Fuyoooooooooooooooooo"

Tiba tiba kami berdua excited dan riang terlebih. Rupanya dia upgrade kereta kami dari Volvo jadi Toyoto. Tapi bukan toyota Corolla ke Corona tau... Ini type C-HR.

Mau tak teruja. Model baru lak tu !

Memang excited luar biasa. Tapi bila nak begerak keluar tu kena istigfar banyak banyak sebab IH kena start driving belah kiri. Slow slow gerak keluar...................

Keluar dari rental car area kat airport tu....tup tup termasuk balik dalam laluan ke parking !

"Beb ! Beb ! Salah ni.... "
"Alamak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Elok je masuk kawasan parking semula. Hahaha. Gabra sampai salah jalan. Cepat cepat bertindak bijak dan cari exit. Nasib tak kena bayar parking.


Dan perjalanan membawa kami balik semula ke hotel


Hensem. Molek. Mantap dan padu. Ini lah dia sahabat kami, AIMAN TINO nama di beri.... Lupa kenapa nama dia Aiman Tino. Rasanya no plate dia dekat dekat nama tu kot.

Naik bilik kemas kemas dan BW pun dah abis masak. Beyonce pun dah tertonggeng dah

Lalu kami pun check out IBIS Budget tu. Eh tido hotel budget tapi kereta padu tau. 

* matilah cubaan nak riak walhal free upgrade

BW pun tak heran kami dapat C-HR tu. Dia kesah apa. Janji bagi dia boleh bergerak.

Dan kami pun bergerak menuju ke bandar Zurich.

IH drive. Kena lebih waspada dan hati hati takut silap lorong

Bandar Zurich

"Hello tumpang tanya.... mana ada jual roti canai sini? Kami lapar nak breakfast ni"  
* Vroommm. Dia lesap.

Kami sampai di pusat kota Zurich. Bandar dia tak sibuk mana pagi tu tapi masalah kami adalah nak park kat mana?

Pusing pusing cari parking area tak jumpa. Sudahnya gamble je parking tepi jalan. Memang petak parking tapi tak tau nak bayar cemana. Tawakal je lah. 

Dan dari situ kami jalan kaki menapak pegi ke kawasan tarikan Oldtown Zurich ni. Kami plan untuk ronda ronda dalam 2-3 hours kat sini. 

Jadi, jangan buang masa. Ayuh kita ke gelanggang jutawan !!!!!

Bangunan kerajaan

Parking kat area ni

Dan jalan kaki sampai ke tebing Limmat River

Dan kami crossed Town Hall Bridge untuk ke laluan seberangnya

Deretan kedai kedai di laluan utama

Rathausbrücke -Town Hall Bridge. Arah laluan kami datang tadi

Bangunan bangunan lama

Tepi sungai

St Peter Church of Zurich dengan large clock

Clock terbesar di Eropah

Kami jalan je ikut jalan utama tu. Ada banyak kedai kedai. Keluar masuk kedai tengok souvenir tapi macam mahal mahal belaka. Tram lalu lalang so kena hati hati kalau berjalan dan nak ambik gambar.

Jalan je pastu patah balik semula. Layan sikit kawasan Oldtown Zurich ni lagi.

Stadhaus Zurich. Bangunan bangunan kerajaan

Ulrich Zwingli Monument

Grossmünster - Iconic twin-towered Romanesque cathedral, where 1500s religious reformer Huldrych Zwingli preached.

Kota Zurich di pesisir sungai

Rathaus - City government occupies this stately riverfront building dating from the late 17th century.

City government office

Grossmünster dan Helmhaus - Gallery with contemporary works mainly by Swiss artists, or artists who have lived in Switzerland. Ada budak budak main muzik kat area tu

Cross jambatan menuju ke Fraumünster Church - Elegant church with a delicate, copper-topped spire & stained glass by Marc Chagall. Memula nak masuk tapi berkunci pulak.

Staue berkuda

Münsterhof. Kawasan dataran dan lepak lepak belakang area church

Area Munsterhof ni banyak kedai kedai dan butik butik. So kami tak ambik port sangat. Main redah je dan bergerak ikut tepi tepi sungai nak naik ke kawasan atas bukit.

Zurich. Tenang dan mendamaikan

Laluan

Oldtown Zurich

Naik anak anak tangga, Ada macam park area kat atas tu

Park

Dengan view penuh area Oldtown Zurich

Dan bangunan bangunan di tebing sungai yang kami dah pegi usha tadi

Dan keseluruhan kawasan termasuk bangunan bangunan yang menjadi tarikan di kawasan ni.

Lepak lepak jap atas ni.

Memang kami tak explore banyak kota Zurich ni. Maybe kena datang next time dan usha kawasan lain jugak. Tapi dari pengamatan aku, Zurich ni seperti kota kota Swiss yang lain. Memang menarik dan tersendiri.



Kan ku cerita pada semua
Kisah cinta antara kau dan aku
Agar semua tahu
Dan tak akan dekati dirimu

Andainya mampu kan ku ukir
Namamu dan namaku di bulan
Agar satu dunia
Melihat restui cinta kita

Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya

Ku pernah rasa
Kau kan pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Kan ku seru dunia
Berdoa kau kembali pada diriku

Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya

Kisah cinta kau dan aku
Kekal selamanya

Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan

Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya

Dan pegi kat tempat parking kereta. Nasib baik kereta selamat. 

Dari situ kami bergerak lagi berpandukan GPS Aiman yang tak berapa mesra tu. Pusing pusing bandar Zurich. Plan macam nak singgah makan tepi tasik, tapi tak jumpa parking area.





Dah jumpa parking tapi takde syiling lak nak bayar kat mesin tu. Aduh parah ! 

Last sekali kami decided nak gerak je la terus. Plan makan kat tempat lain jer.

Kami tinggalkan Zurich. 

Memang kejap je masa dan kami tak abis explore banyak tempat. 

Lagipun nak kejar masa nak sampai ke destinasi lain pulak lepas ni.

Menuju ke destinasi ke dua. Di hari ke dua perjalanan.

Bergerak wahai demi untuk negara. Melawan siapakah musuh durjana 
*tetiba lagu gerak khas 

Aiman Tino dengan hensemnya membawa kami meretas sempadan Swiss menuju ke Vaduz.

"Lapar ! Roti dengan butter dan jem please. Roti nak dua !"

Sedap je order. BW macam pramusaji kat belakang siap sedia menjadi bibik suruhan. Dia ingat dia boleh bersenang lenang kat belakang?

bersambung....................

12 comments :

  1. Yeaaa...dh sambung Europe trip. Cian BW jd bibik jah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh sambung sikit sikit.

      dia suka jadi bibik kalau tak dia sendiri pun lapar

      Delete
  2. yg part pramusaji kat blkg tu kelakar...tapi dia main peranan yg penting what....kalo x kebulur korang...hahaha

    ReplyDelete
  3. Sir, atau abang meng... TQ byk2 tau... semua saya punya travel byk refer blog ni. Kadang2 dapat inspire utk tempat2 yg nk gi travel. cth mcm hong kong n macau, sy baru balik je 2 hari lepas. actually tak pernah terfikir pun nk ke sana. lepas balik krabi awal mac lps, malam tu baca blog abg meng ni, terbukak chapter Hong Kong, Macau n Shenzen. Lepas baca malam tu, pagi tu lepas bangun tido terus book AA. Sbb china kena visa, decide pi HK n macau je. Malam tadi tetiba ada seru nak pi Zurich. Bukak2 page supermeng ni ada plak latest blog pasal zurich... OMG mcm kebetulan sgt. TQ byk2. dari China (beijing, xian, shanghai), india (agra, jaipur) n yg lain2 byk refer blog ni. sorry my repetation point, sbb rasa terharu sgt... hahaha

    ReplyDelete
  4. Hahaha..sian BW! Untong korang dapat kwn cam BW tau..nway damai hati tgk zurich..acane nih 😂

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...