Kami spent masa lebih kurang sejam di Kelingking Beach tu. Orang semakin ramai membanjiri. Cuaca pulak panas lit lit.
Rengsa beramai ramai dalam kepanasan macam tu.
Dari Kelingking Beach kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Angel's Billabong.
Lokasinya masih di side yang sama dengan Kelingking Beach dan sebenarnya tak de lah jauh mana tapi pergerakan van memang mencabar masa.
Laluan sempit. Van banyak. Ada yang baru datang dan ada yang nak pergi. Berselisih di jalanan memang salah satu kena bagi laluan. Berderet deret menunggu nak lalu jalan yang sama. Nasib baik duduk dalam van ada aircond !
Akhirnya kami sampai di lokasi ke 2. Angel's Billabong.
Macam biasa, van akan park di kawasan parkir yang di sediakan. Ada kena beli tiket tapi semua dah included so kami tak berapa nak ambik tau berapa harganya. Kalau datang naik motosikal memang kena bayar parking fee dan beli tiket. Tak tau tiket tu untuk siapa? Tuan tanah maybe.
Di Angel's Billabong ni juga terletak di cerun laut dengan ombak yang kuat dan ganas membadai tebing batu.
Aku memula tak tau apa menariknya kawasan ni. Nampak tebing curam tepi laut je. Kalau setakat tu je memang over sungguh sampai jadi tarikan pelancong. Tapi sebenarnya, di tepi gaung tu ada macam anak sungai dan ada kolam cetek yang kononnya tempat bunian bermain. Kira kolam bunian la kot.
Kami usha usha je dari atas. Tak de pulak yang berani turun. Maybe sebab ombak agak kuat hari tu.
Dan tak jauh dari Angel's Billabong ni, adanya Broken Beach.
OK tempat ni memang lawa dan view sekitarnya agak menarik.
Tapi tetap. Kena berhati hati. Selain cerun dan gaung, angin juga agak kuat.
Dan orang ramai tak payah cerita lah.
Di Broken Beach ni kami singgah untuk makan tengahari seperti yang termasuk dalam pakej. Makanan simple simple je untuk isi perut. Kalau nak extra tambah bayar sendiri. Pekena air kelapa di sini memang menarik gak time cuaca panas panas berdering macam ni.
Selesai makan tenghari, kami sambung bergerak ke destinasi seterusnya dan juga destinasi terakhir dalam pakej Nusa Penida yang biasanya kalau ambik pakej belah West iaitu Crystal Bay.
Crystal Bay antara tarikan di Nusa Penida ni khusus yang nak berenang dan snorkeling.
Ada gerai gerai jualan dan lazy chairs untuk di sewa.
Bagi aku pantai dia cantik tapi orang sangat ramai. Pantai tak luas mana dan memang limited nak cari space nak lepak. Kalau nak mandi memang menarik jugak tapi kami tak ready nak berbasah basah. Plus takut di keji orang ! Body tak macam pelakon pelakon BayWatch dan berenang pun ala ala berenang kampung jer.
Kami mahu cuba elakkan diri dari di bawangi oleh semua manusia yang ramai di situ.
Lepak lepak santai je di situ. Mamat tour guide kami tu bagi masa yang lama gak di sini. Tapi kami dah mati kutu tak tau nak buat apa. Skodeng pun sudah. Menambah dosa pun sudah.
Konon kami decided nak balik ke jetty je lah. Nak kejar ferry balik ke Bali. Tapi mamat tu pulak ilang ntah ke mana pegi. Jumpa kawan kawan dia hilang kelibat tak nampak nampak.
Kadang kadnag masalah guide ni, kalau kita request nak itu ini.. banyak je alasan. Tak sempat lah apa lah. Tapi ada je time time dia menghilang kita pulak jadi pak pacak menunggu.
Dah la nak kencing kat Crystal Bay ni kena bayar 5 ribu ! Air perigi je kot. Jamban pun uzur semacam je.
Tapi bagi aku lah Crystal Bay ni agak lawa cuma sebab ramai sangat manusia... Potong sikit arrrr.
Kembali ke jetty cepat cepat kami dapatkan pass untuk ferry. Walaupun dah booking slot balik tapi kami dah jangka mesti ada hal kalau terlewat ke apa.
Memang iya. Pass dah kehabisan !!
Jadi kami naik je ferry tu yang maybe terlebih muatan. Terpaksa lah. Nak kena balik ke Bali jugak hari ni.
Sehari memang tak boleh nak cover Nusa Penida secara keseluruhannya. Elok bermalam semalam dua dan boleh cover area area yang lain juga. Tapi for a glimpse of Nusa Penida yang kini masyur tersohor ni, boleh la jejaki kalau ada reserve sehari dari Bali.
Dan trip sehari ke Nusa Penida berakhir di sini..... Harusnya stay lebih lama untuk menikmati keindahan keunikan Nusa Penida ni....
ku tak bahagia melihat kau bahagia dengannya
aku terluka tak bisa dapatkan kau sepenuhnya
aku terluka melihat kau bermesraan dengannya
ku tak bahagia melihat kau bahagia
harusnya aku yang di sana, dampingimu dan bukan dia
harusnya aku yang kau cinta dan bukan dia
harusnya kau tahu bahwa cintaku lebih darinya
harusnya yang kau pilih bukan dia
ku tak bahagia melihat kau bahagia dengannya
aku terluka tak bisa dapatkan kau sepenuhnya
aku terluka melihat kau bermesraan dengannya
ku tak bahagia melihat kau bahagia
harusnya aku yang di sana, dampingimu dan bukan dia
harusnya aku yang kau cinta dan bukan dia
harusnya kau tahu bahwa cintaku lebih darinya
harusnya yang kau pilih bukan dia
ooooh harusnya aku yang di sana, dampingimu dan bukan dia
harusnya aku yang kau cinta dan bukan dia
harusnya kau tahu bahwa cintaku lebih darinya
harusnya yang kau pilih bukan dia
Perjalanan dengan ferry pulang ke Bali lebih mencabar. Tapi Alhamdulillah. Tak de kejadian kejadian yang tak di ingini berlaku.
Sampai di Sanur kami ada beberapa jam lagi sebelum perlu ke airport dan ambik pesawat balik ke tanahair.
Planning nak gi usha Rock Bar layan sunset. Tapi cuaca mendung penuh awan. Macam matahari tak berapa nak buat kemunculan di langit petang !
bersambung..................
Lagu Indo tu mendqayu-dayu.
ReplyDeletesemua lagu ada yang rock ada yang mendayu dayu.. cubaan untuk melekat di hati peminat.
Delete