Edisi terakhir GBS di Sabah.
Sebab flight balik ke KLIA malam, so memang kami cadang last aktiviti sebelum berlepas naik pesawat adalah nak lepak lepak layan sunset di Tanjung Aru.
Dan kami memilih untuk spend time time last tu sambil layan sunset di Sunset Bar dekat Shangri La Tanjung Aru.
Shangri La Resort Tanjung Aru
Kami sampai dengan timing yang agak OK untuk layan sunset. Tapi suprisingly, Shangri La Tanjung Aru ni dah macam kawasan pasar. Ramai gila orang ! Mostly dari mainland dan Korea. Memang kaya kaya dia orang ni travel ke KK dan stayed di sini.
Masalahnya memang ramai gila sampai dah hilang seri Shangri La tu sendiri....
Main entrance
Lobby
Gamelan
Sumandak Sabah
Layan skit kawasan sekitar Shangri La resort Tanjung Aru..............
So plan kami memang nak lepak di Sunset Bar...
Sunset Bar, Shangri La Tanjung Aru
Baru nak feeling feeling....
Tapi yang beratur punya lah ramai...
Beratur lah jugak kami ni dengan geng geng Korean yang ramai ni, so bila sampai turn since orang ramai, dia cuma offer untuk sunset pakej je, tak boleh ala carte. Pakej tu ratus ratus gak lah including wine etc.
Sah sah aku terpaksa reject offer macam tu.
So memang tak de rezeki nak lepak di sini, so kami layan kawasan sekitar je lah mengubati hati yang duka lara..............
Layan sunset yang tak berapa nak ada. Sudahnya lepak dan makan waffle. Melayani kekecewaaan yang melanda diri.
Tapi orang memang ramai gila kat Shangri La tu. Semak pulak aku nak berlama lama kat situ. Last sekali kami bergerak menuju ke pantai Tanjung Aru. Memula plan macam nak cari tempat makan, tapi riki riki macam dah tak de.
Nampak pulak tetiba sunset macam nak menjadi. Dah hujung hujung waktu......................
Layan sikit..
Ok lah jugak sunset petang tu. Agak dramatik. Orang pun ramai tapi acceptable lah since tempat public.
Kami lepak lepak borak borak buat kali terakhir sebelum berpisah. Benarnya kehadiran kami adalah nak comfort CP yang dilanda problema hidup yang langsung membuatkan dia mengambil keputusan drastik untuk berpindah ke KK ni.
Apa apa pun, sebagai kawan kawan, apa sangat lah yang kami boleh bantu selain dari bagi moral support supaya beliau terus bertahan dengan hidup dan cabaran. Doa kami moga beliau baik baik saja di tempat baru ni dah boleh move on dari segala masalah yang melanda diri.
Jalan hidup masing masing dah di tetapkan. Kena sabar dan redha menerima segala kemungkinan !
Semoga penghijrahan ini bakal buat beliau lebih tabah dan kuat menempuhi jalanan yang berduri. KK, jaga kawan kami baik baik.
Kehalusan seri wajahmu
Beri sentuhan
Di titian kalbu
Coretan yang daku baca
Meneman meniduriku
Di khayalan
Berbisiklah rindu
Satu ikatan
Paduan janji
Mekarlah menghias jiwa
Meronta gelora asmara
Tidak ku terduga
Khayalan sebentar
Mendesaki daku
Memutuskan cinta
Jalanan berduri
Liku liku hiba
Keputusan ini
Harus... dihadapi...
Tiada mungkin bunga cinta itu
Berkekalan mekar di jambangan
Biarlah pergi mencari
Ketenangan di rumpun hati
Dirimu hadapi cabaran
Menyusuri hidupmu
Mengenali diri
Lari dari bayangan mimpi...
(keputusan ini harus... dihadapi...)
Kini...
Dan kami berpisah di KKIA.
Membawa haluan untuk meneruskan kehidupan masing masing. Semoga segala urusan mendatang dipermudahkan.
TAMAT
pantai tg aru...skali aku kena saman parking daaaa...gara2 nk layan sunset gak la hahaha
ReplyDeleteparking memang payah sebab org ramai sgt kan
Deleteteroknya crowd mcm kat PD...
ReplyDeletegood luck CP for your new chapter in KK :)
pd banyak gak spot eh. sini sebab satu spot... dah mcm satu kampung keluar
Deleteramainya..deme nih dtg naik bape bas ?
ReplyDeleteall the best CP in KK
grab kot kak. hahahhaa
Deletememang kenderaan pun byk
Sunset membeli jiwa ni, Meng..harap semuanya baik-baik untuk CP... Kehidupan ibarat menanti saat-saat matahari terbenam yang indah. Jangan putus asa.
ReplyDeletehopefully he is in good hands
Deleteore beriok supo semut
ReplyDeletememang beriok....
Delete