Sunday, June 15, 2014

13 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Pokhara to Kathmandu

Macam Rabuan Pit aku pecut balik ke hotel. Nasib la tak jauh.

Hotel aku stay ni, dia dah warning awal awal tak leh late check out. Aku mintak kol 1 pun dia tak bagi. Sebab flight aku ke Kathmandu pukul 3 petang nanti je. So ingat nak la mintak check out lewat sikit. Tapi tak boleh.

Tak boleh sudah ! Nama kau Dollah !

"Mari la tumpang rumah Aci.. Aci masakkan kau Nasi Kepal"

Itu view di bawah hotel. Di kawasan setinggan. Makcik ni nak memasak tengahari kot

Kemas kemas beg, aku pun turun la nak check out. Bye bye bilik merah.

Sampai kat lobby mamat reception ada sorang. Aku rasa mamat tu boss dia. Dia ni la yang tak bagi aku late check out. Bakhil betul. 

Bila dia tengok aku nak check out beriya riya la dia ajak borak.

"Thank your for staying with us. Have you heard the website call tripadvisor?"
"Yeah"
"Do you mind to write something good about us..... bla bla bla.. so we can get good rating"

Nak je aku tonggek bontot kat dia. Puiiii.

Aku OK je kalau nak tulis review tapi kalau paksa paksa aku tak mau. Lagi lagi nak suruh aku up up kan mereka dengan kadar berlebihan. Aku malas layan.

"OK. Sure. I will"

Mulut manis bila berbicara... dalam hati....

* tonggek bontot sekali lagi

"Pigi dah. Gila rating ! Nak bagus bagus, pegi rate sendiri lah...  tak pun kalau gila glamer tu, pegi tulis blog sendiri macam Supermeng Malaya. Cerita kasik up up sikit diri sendiri....."

Hahahahahaha...

OK. Frankly. Aku rasa hotel ni bagus. Above average. Dengan harga yang murah then aku dapat upgraded ke Deluxe room. Walaupun bilik berwarna merah tapi view dia superbusa !!!

Aku recommend sesapa ke Pokhara untuk menginap di Trekkers Inn ni. Staff dia pun baik baik je lah. Cuma Manager dia tu je gila rating dan dia kejam sebab tak bagi aku late check out !

So aku malas layan.

Jadi, tinggalah aku sebatang kara. Tak berayah dan beribu di Nepal ni. Dengan beg dan tanpa hala tuju. Eh nak gi airport macam awal sangat lagi. Jadi??

Teng Teng Teng............ ayuh kita pekena magic juices !!!

Lazeez Pokhara

Magic juices tak der. Lepak lepak je la dulu sambil makan makan di kedai Muhammad Siqque !

Ayuh !

Kedai nya tersorok sikit

 Lazeez bermaksud delicious dalam Bahasa Urdu

Buku menu

Kehadiran aku kali ni di sambut oleh Muhammad Siddiqui !!!  ( macam tu rupanya eja nama dia )

* percikan bunga api.

"You came last night?"
"Yes. I wanted to ask you about Sarangkot"
"I know. She said you'd wanna come back at 9 o clock"
"Oh...... jadi kau tunggu aku?"

* mati la cakap Melayu.

"I am sorry. I had a deal with the hotel"
"You go to Sarangkot?"
"Yeah...I went to Sarangkot "
"How much they charged you?"
"USD 10..." (NPR 1000)
"Oh... I can bring you for NPR 500 but with motocycle..."

Dia gelak gelak.

Ahhhhh.. Sudah la Muhammad Siddiqui. Kau jangan nak buat aku terharu. Aku dah balik pun. Pegi naik kereta tak penat sangat.

"Pegi sediakan Momo Goreng dengan Black Tea. Aku dah kemaruk !!"

Hahahaha..

Tu yang aku order dan Muhammad Siddiqui pantas menyuruh staff dia siapkan makanan untuk aku. Aku kenyang makan maggie dah tadi so nak makan ringan ringan jer. Sambil sambil tu aku dok borak dengan dia. Pompuan semalam tu actually bini dia. Mereka baru je dikurniakan baby. Dengar bunyi nangis nangis kat dalam.

"What time is your flight?"
"3 pm"
"You're not going to mosque?"
"There is a mosque here?"
"Yes.. but not here. about 4km. You can go with me. By motocycle"

Hahaha. Sekali lagi Muhammad Siddique buat aku terharu. Banyak pahala kau nak bawak aku ke masjid untuk solat Jumaat hari ni.

Aku tak tau nak cakap apa. Part of it aku nak la ikut, tapi dengan beg lagi, dengan nak kejar masa nak balik dan pegi ke airport. Agaknya dia perasan aku diam je so dia ingat aku tak nak ikut.

Aku nak sebenarnya.. tapi tu lah.. Tak pe. Tak de rezeki nak gi masjid di Pokhara ni.

Kata Muhammad Siddiqui. Ada ramai jugak penganut Islam di sini. Tapi kebanyakkannya tak duduk kat area lakeside ni. Belah belah dalam sikit. Dia pun sendiri berasal dari sana. Rumah parent dia pun ada kat sana. 

Layan borak borak dengan dia lagi sambil aku melantak makan momo goreng. Sedap weh. Kena pulak dengan Black Tea Nepal.

Muhammad Siddiqui yang baju merah belah kanan sekali..."Sila pusing dan lambai lambaikan tangan untuk peminat"

Ini rokok dia. Dia dok tukar tukar rokok dengan aku....

Muhammad Siddiqui cerita. Dia banyak jugak jumpa orang Malaysia yang datang ke Pokhara ni. Atas sebab ramai orang Islam tu la dia bukak restoran ni. Sebab dia kata, tak de option untuk orang Islam nak makan. 

Dia baru je bukak kedai ni masa aku pegi hari tu. Business dia kata OK lah. Ada orang tau, orang datang lag. So dia mintak aku war warkan pada masyarakat Malaysia yang ke Pokhara untuk datang ke restoran dia ni. 

Dia kata, dia ada plan kalau dia banyak duit, dia nak beli tanah dan bukak hotel tapi untuk orang Islam jer. 

Baik la niat suci dia tu ye dok. Semoga berjaya !!

Muhammad Siddiqui ni cerita, hari tu ada orang Malaysia datang kedai dia jugak makan. Mamat tu tertinggal kamera kat Phewa Lake tu. DSLR. Cemana buleh tertinggal tak tau lah. Sekejap sangat je dia blah dari situ, then dia patah balik tengok tengok dah tak der.........

Tak de rezeki..

Tapi, ini la rezeki aku untuk hari tu.

Dapat makan momo goreng yang sedap dan rangup ni. Nampak menyelerakan kan?

Dan black tea yang inzal tak terucap....

Momo tu adalah macam chinese dumpling. Dalam dia ada daging, ayam atau vege. Aku pilih ayam lah. Ada momo yang di jual raw je, kulit dia macam tepung mentah je dan ada yang di goreng. Boleh pilih lah. Nasihat aku try yang goreng punya...

Harga pun murah. Sepinggan tu cuma RM3.50 !

Aku dok susun susun duit Nepal sambil membuang masa

Aku dok makan dan lepak lepak. Muhammad Siddique cakap, dia boleh hantarkan aku ke airport !

* kesat air hidung terharu biru lagi...

Tapi.

Masa tu, tetiba dia dapat panggilan phone dan dia hilang sekejap. Bukan sekejap la. Lama jugak. So aku malas la nak menunggu dengan rintihan kalbu nak cari dia lagi. Agak agak memang tak kan nampak batang hidung dia dah, aku pun bayar dan blah.

Tak pe la aku pegi airport sendiri jer lah. Kang aku tunggu dia lebam lak jadi nya.

Tapi aku recommend kedai Lazeez ni kalau sesiapa ke Pokhara. Kalau perlu apa apa bantuan pun boleh la tanya Muhammad Siddiqui ni. Tak pasti dia boleh tolong ke tak, tapi cuba je lah.

Lepas abis tu, aku bergerak ke jalan besar. Nampak teksi parking parking kat situ.

"Airport?"
"OK"
"How much?"
"NPR 300"
"No ! NPR 200"
"NPR 300 Sir"

OK. Aku buat jual mahal. 

Cuba lari ke teksi yang lain. Dan dan tu dia panggil balik.

"OK Sir..."
"NPR 200?"
"OK Sir.."

Hahahaha. Aku kedekut. Dengan teksi pun nak bargain !!

Dan mamat tu bawak aku sampai ke airport. Macam biasa, perbualan dalam teksi. 

"Where are you from Sir"
"Malaysia"
"Oh..."

Borak borak lagi. Banyak la dia tanya pasal orang orang Nepal yang datang bekerja di Malaysia.

"Do you think I can get a job as a taxi driver in Malaysia?"
"Hmm. I am not sure but I dont think I have met any Nepalese cab driver in Malaysia"
"Sir... if I go to Malaysia, can you get me a job?"

APA??????????????????????????????????

"Kau ingat aku agency mencari pekerjaaan?????"

* macam tu nak jawab.

Aku gelak je lah.

Dia cakap, kalau dia ada kawan kat Malaysia (local ), so dia boleh pegi Malaysia dan cari keje je. Tak payah nak kena pegi interview dengan agent apa semua. Dia orang yang nak datang keje di Malaysia ni kena interview lah macam macam. Banyak process. Interview tu pun kat Kathmandu sana. Pendek kata memang kena go thru agent lah. Dan dia orang kena bayar agent tu siap siap.

Begitu susahnya mereka nak datang bekerja di Malaysia.

Hujung hujung.. kau cuci kereta jer, tak pun packing bihun cap Masjid. Up sikit, jadi waiter kat kedai mamak ! Tapi kalau abang Neps yang bersih bersih dan lawa lawa, kasi bedak bedak sikit buleh jer jadi promoter kedai karpet kan?

Jadi terjawab la segala perkara kenapa orang Nepal sanggup lakukan apa saja untuk mencari sesuap nasi dan mereka sangat berterima kasih kepada kerajaan Malaysia sebab bagi mereka peluang mencari rezeki di tanahair kita. Kerja apa apa pun tak apa la kot janji mendapat pulangan.

So, sapa yang tak bersyukur?

Kita lah kot.

Tapi serious aku tak leh nak bantu mamat teksi ni. Pening jugak nak jawab soalan dia. Beriya riya lak dia nak datang Malaysia cari keje dan suruh aku tolong dia.

"Kau duduk sini je la bawak teksi ! Jangan charge orang mahal mahal. Nanti rezeki kau murah. Faham?"

Aku bayar dia NPR200 dan keluar dari teksi.

Oh. Atas tu dialog busuk. Jangan mudah percaya !

Pokhara Airport

Airport dia kecik je. More to cater domestic flight. Tapi kat atas airport tu ada viewing area. Cool jugak la. Ada cafe kecik. Tapi tuan cafe tu membuta !!

Aku nak beli air pun tak boleh. Tak sampai hati nak kejutkan dia.

Viewing area. Pokhara airport. Nampak gunung ganang dari sini...

Aku check in dulu dah. Macam biasa, seat reservation first come first served. So aku mintak seat belah kiri window dengan harapan boleh tengok view Himalaya.

Lepak lepak kat atas tu kejap tengok view. Pastu tengok kapal terbang turun naik. 

Pokhara ternyata tempat yang sangat damai. Cuaca pun panas panas berangin jer... Agak agak dah sampai time aku pun masuk. Ni baru nak boarding.

Tempat pemeriksaan sebelum boarding. Siap kena masuk belakang langsir tu dan dia orang check kat dalam.. Lighter aku dia ambik ! Cis !

Lama gak la menunggu. Flight delayed.

Flight ni adalah flight yang datang dari Kathmandu. Biasa dia sampai. Buang orang dan ambik orang terbang balik ke Kathmandu. Macam masa aku hari tu, flght yang sebelum aku tu pun sampai lewat, so flight aku pun lewat jugak. Lewat sejam !

Flight datang ayuh naik. Flight ATR jer macam firefly

Sebab cuaca dah petang sikit, berkabus jer laaaa. Apa pun tak nampak.

Pramusaji pose pose je. Tak de minuman pun disediakan. Dia bagi gula gula jer.. aku rembat banyak !

View dari atas flight. Tak nampak gunung ganang sebab berawan.

Terima kasih Pokhara di atas keindahan alam mu.

Pastinya ia akan menjadi kenangan yang terindah dan akan kekal di sudut ingatan.

Paling tak syok, tingkap kapal terbang tu macam kotor. Nak ambik gambar pun payah. Ada je rasa kadang kadang nak jenguk kepala pastu ambik kain kesat kesat tingkap tu dari belah luar.

Ha.. biar clear sikit. Baru syok nak ambik gambo.  

Tapi memang berawan pun so tak nampak apa.

Dan akhirnya, pesawat kecik bergegar gegar tu selamat mendarat di Kathmandu semula.

"Welcome back to Kathmandu Meng !!!"

* macam tu aku ucapkan pada diri sendiri.

Dan airport domestik di Kathmandu lebih kodi dari airport Pokhara tu. Sebabnya orang agak ramai dan semuanya tak sistematik. Ambik luggage pun letak je atas meja pastu gi claim tunjuk tag resit.

Domestic airport. Luggage claim

Keluar dari airport, aku memang saja tak nak ambik teksi kat situ sebab mahal. Kena bayar siap siap. Dari airport ke Thamel dia charge NPR 700.

So aku jalan kaki keluar jalan je. On the way sebelum sampai ke jalan simpang International terminal dengan jalan besar tu dah ada teksi bertanya.

"Thamel.. NPR 400?"
"NPR 500 Sir !"
"Nevermind"
"OK Sir.. 400"
"Alright!"

Haaaa. Settle. Kena jual mahal sikit.

So aku balik ke Thamel semula. 

Alangkan kecewa rasa di hati sebab mamat hotel tu bagitau aku bilik tak de. So Sujan ( boss dia ) pindahkan aku ke hotel yang berdepan ( under same management jugak). Tapi bilik ni kecik sikit.

Ah..

Mula la aku nak mengamuk. Aku tau la dia bengang sebab aku tak ambik pakej ke Pokhara dengan dia. ( Flight dan hotel ).. tapi main jahat la macam ni. Tetiba kata tak de bilik walhal aku dah siap siap bayar untuk malam ni sekali hari tu. Sepatutnya reserve la bilik untuk aku !!!

Alih alih dia alihkan aku ke hotel lain. Bilik dengan harga USD 15 per nite.

Tapi aku tak kisah sangat pasal bilik, cukup selesa tu OK lah tapi cara dia tu tak betul. Permainnan keji namanya tu.

Kill kill die die Sujan. Terus aku bengkek dengan mamat tu.

"You have to give me back USD 5 because I paid USD 20 for the room"

Sujan tak de. Staff dia deal dengan aku. 

"I will talk to Sujan about this"
"Hmmm Please make sure you talk to him. I want my money back !!!!"

Bengkek kan? Aku buat renungan tajam menikam dan muka tak puas hati. 

"Pulangkan ! Pulangkan duit aku !!!"

Dan mamat tu la yang bagi semua dokumen dokumen perjalanan aku ke Bhutan esoknya. Sujan tu tak de pulak. Kalau ada, boleh aku luku luku terus kepala dia.

Bilik cukup selesa dah. Boleh je nak pose pose atas katil ni.  

Lepak bilik kejap rest rest then aku keluar balik.

Sebab aku nak tengok view sunset di Kathmandu, aku pegi ke hotel yang aku sepatutnya duduk tu ( depan hotel yang sekarang ni je ) yang aku stay 2 malam hari tu sebab roof top dia nampak view sunset.

Dari hotel ni matahari kat belakang dan roof top dia tak leh naik.

Naik kat roof top tu dan lepak lepak tunggu sunset.

Hotel yang aku sepatutnya bermalam. Berdepan jer...

Roof top 

Layan sunset di Kathmandu...

View tak berapa bagus sangat

Lepas layan view, aku turun.

Kali ni aku jalan ke row kedai kedai di Thamel tu. Kali ni aku nak menuju ke kedai halal di Thamel. Kalau dah tau, kedai ni adalah kedai halal yang biasa orang pegi kalau singgah di Kathmandu ni. Nama dia Anatolia.

Nak cari kedai ni tak susah. Tapi dia off main street Thamel tu. Kena ikut jalan lain. Paling senang cari Hotel Khangsar sebab kedainya terletak betul betul depan hotel Khangsar tu.

Masa aku berjalan tu tetiba ada orang tegur.

"Sir.. Do you smoke ice?"

Gila ke apa dia orang ni?

Semalam tanya grass, ni tanya ice pulak. Senang sangat  ke nak dapat bebenda tu di sini agaknya.

Aku bolayan jer dan jalan terus. Makan lagi bagus pada melayan benda bukan bukan ni.

Cari je la sign ni

Anatolia Halal Food

Kena masuk dalam dan naik tangga sikit

Naik naik tangga tetiba nampak entrance yang agak grandis. Aku terus terfikir mesti mahal jugak ni

Setting dalam resto

Menu book. Ada momo jugak !

Aku ambik seat tepi tingkap. Restoran ni di tingkat 2. Boleh nampak Hotel Khangsar di belah depan tu

Black Tea... kemaruk punya pasal

Nasi Goreng

Kemaruk lagi. Chicken Momo. Tapi kat sini tak de yang goreng.

Segala sambal sambal

OK. Based on lawatan aku ke Anatolia ni, makanan dia tak sedap ! Nasi Goreng tu tak sedap langsung. Momo adalah melekat dan tak sesedap yang fried momo aku makan di kedai Muhammad Siddiqui. Harga pun  agak pricey. Cuma kedai je la lawa sikit.. macam mewah mewah je...

Pendek kata memang tak sedap mana makanan dia. Siap blackout sekejap dalam kedai. Maybe sebab dah nak malam. Eh tau kan catuan letrik adalah biasa berlaku di Kathamndu ni. Jadi be ready je la anytime tetiba power off. Tapi usually kat hotel dia orang ada generator. Cuma tak semua boleh nak on kan la time tak de letrik ni. Dan benda ni adalah biasa. Setiap hari memang ada 6 jam without electricity. Cuma masa je tak tentu.

Tak tau nak recommend Anatolia ni ke tidak, maybe kena try makanan lain la kot. Ada beryani apa semua tapi aku tak makan sebab macam mahal. Nasib goreng memang tasteless ! Momo tak goreng tu rasa liat dan chewy. Yek.

Tak abis pun aku makan makanan tu then decided nak blah je lah.  

Jalan jalan shopping shoping sikit. Beli FM dan baju bajan untuk kiriman. Abis tu baru la aku balik ke hotel.

T Shirt Nepal

Fridge Magnet

Tak nak beli beriya riya lagi sebab aku fikir nanti aku balik dari Bhutan aku ada 1 hari lagi di Kathmandu ni. Tapi tu pun aku tak plan nak buat apa lagi. Hajat hati macam nak ke Nagarkot. Tapi memang kena cari teksi la sebab nak tengok Everest.

Apa apa, rehatkan diri dulu, esok esok pagi, aku akan berangkat ke Bhutan...

Tan Tan Tan......................

Hah. Dengar nama Bhutan je aku excited ! 

Sebabnya.. sebab orang cakap susah benar nak pegi negara ni. Aku excited nak tengok dan rasa sendiri. Apa ada di sana, dan kenapa orang cakap Bhutan tu macam tu...

Malam semakin dingin, siap siap nak berbaring tetiba teringat aku belum settlekan few benda dengan Sujan.

Ada perhitungan yang masih belum di selesaikan !!

* asah asah kuku nak cekau muka orang



Aku cuba untuk mendekati
Tapi engkau tiada peduli
Tulusnya niat di hati
Mungkin kau tersalah erti

Bukannya ingin merantai dirimu
Ataupun mengikat janji
Masih ada banyak lagi
Harus kau pelajari

Aku ingin kemesraan
Serta senyum keramahan
Biar kekal berterusan
Tak hilang di tengah jalan

Kau rahsiakan kedinginan
Menyelimuti hati
Aku juga kedinginan
Kerana sikap mu itu

Walupun setebal mana
Selimut membaluti
Aku masih kedinginan
Sepi tanpa berteman

Kedinginan mu kerana malam
Yang masih lagi panjang
Kedinginan ku jauh bandingan
Dengan dirimu….

bersambung................

11 comments :

  1. Ahahaha nk glamour g tulis blog eh ayokk mmg x leh menahan den

    Bab bargain Jm perlu belajar lg dari abg meng sbb selalu bargain susah nk dpt wlpun dh tunjuk muka seposen

    ReplyDelete
  2. Luggage claim dia orang macam tu ja.sah boleh hilang.macam tbuka sangat ja.chicken momo ada ka kat malaysia?macam nak asa ja.hehe

    ReplyDelete
  3. teringin plak nak makan momo nih...mcm sedap je rasanya....

    wah next nakpi bhutan?negara yang susah nak masuk dan mahal katanya tu...ok tak sabar nak tunggu cerita...hehehe

    ReplyDelete
  4. Cadar katil pun merah jugak... momo tu cam sedap je meng. Aku tunggu entri bhutan ko meng...

    ReplyDelete
  5. JM : bab bargain tu memang kena keras skit. memula rasa macam payah jugak.. tapi demi menjaga bajet.. kena cuba. x try tak tau...

    CikNun : btol. luggage dia main lambak cam tu jer..
    chicken momo tu mcm dumpling chinese tu jer.. tapi kat sana ada inti vege, ayam atau daging.. cuma liat skit kalau x goreng.

    DJ : ada kot momo tu kat malaysia ni. cuma mungkin rasanya agak lain skit...

    Ali : hahah tu la lari dari bilik merah dapat jugak cadar merah. tapi yang ni tak striking sgt. ok lagi laaaa

    bhutan coming up !!

    ReplyDelete
  6. Klasik gila bilik checking kastam kat Pokhara Airport tu. Before baca caption, aku ingatkan tempat untuk massage2 macam tu. Manalah tau kot2 ada yang penat lepas hiking nak tengok fishtail tu kan.

    ReplyDelete
  7. BK : aku pun seram sejuk nak masuk. sebab berdua je takut dia apa apa kan aku?

    * mati la cas fikir bukan bukan

    ReplyDelete
  8. i sempat solat kat masjid pokhara tu .. tapi yg lawak tu, pakcik situ tanya i .. u muslim? walaupun dah sah2 i ni bertudung .. agaknya sebab tgk pakai seluar & shirt kot?

    Dinner makan kat kedai vege apa ntah nama dia kat lakeside tak tau nak cari kedai lain ... dah sampai pun pukul 8 mlm, kedai byk yg dah tutup .. gelappp je ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh jugak .. dah kira keluar dari area lake tu ..

      Delete
    2. tu la. mamat kedai makan tu pun ckp mcm tu.. tapi ramai ke org islam area tu?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...