Tuesday, June 17, 2014

15 - Lambaian Bumbung Dunia : Bhutan - Landing in Paro

Nak landing di Paro ni memang buat aku lagi teruja.

Sebabnya aku pernah baca, airport Paro ni antara airport paling dangerous untuk landing sebab kawasan sekitar yang berbukit bukit dan bergunung ganang. Cuma 8 orang sahaja pilot yang berkelayakan untuk landing di sini. Tambah lagi kawasan Lembah Paro yang penuh dengan penduduk dan landasan yang pendek serta angin lintang yang selalu berlaku di kawasan ni menyukarkan lagi pendaratan.

Bila flight dan mula descending, aku dok perhati sekeliling..

Memang dekat je gunung gunung kat sebelah tingkap

Approaching Paro airport

Lembah Paro

Memang boleh rasa kapal terbang tu di maneuver ke kiri dan ke kanan ikut lurah gunung ganang tu sebelum last twist dan flight menyenget sikit dan akhirnya.. berjaya landing di Paro.

Pengalaman yang sangat mengujakan !

Flight dah mendarat dan berpusing sebelum ke terminal. Landing tadi dari arah sana

Pesawat Druk Air tiba di Paro Bhutan dengan selamatnya selepas 1 jam penerbangan dari Kathmandu

Terminal di airport Paro... Nampak lawa. Sebab flight parking jauh sikit, so semua orang turun dan semua gila dok posing...

Kehadiran aku di sambut dengan gambar besar ni. 

Memula aku fikir gak la. 

"Iklan apa benda ni?" 

Tapi rupa rupanya itu adalah gambar King of Bhutan dengan permaisurinya. Kalau kat Malaysia letak gambar Nyonya Mansur sambut kat airport ada yang tetiba muntah hijau... kan?.

First feeling time aku jejak kaki kat Bhutan ni ada rasa macam back to the yesteryear jugak la. Macam jauh benar ketinggalan Bhutan ni, tapi feeling nature tu ada. Masih banyak pokok pokok terpelihara.

Urusan immigration semua tak lama sebab tak de ramai pun orang. 

Flight pun yang landing kat Paro ni boleh di kira dengan jari berapa buah je sehari.

Sebab visa entrance ke Bhutan pun semua dah lengkap dan disediakan oleh Sujan so aku tak risau apa apa dah. Memang semalam pun Sujan dah bagi aku semua dokumen yang dah siap dengan surat clearance daripada immigration of Bhutan untuk aku datang melawat. Tapi dekat dokumen tu siap tulis, tak leh merayau sorang sorang, kena pegi ke designated area sahaja dan bertemankan guide. Sebab tu la, solo traveler memang belum dibenarkan di Bhutan ni dan mereka sangat mengawal jumlah pelancong yang datang setiap hari.

Dianggarkan 50,000 pelancong datang melawat Bhutan setiap tahun. 50,000 ribu je? Tapi itu la jumlah yang dibenarkan oleh kerajaan Bhutan bagi memastikan environment negara mereka terjaga. Pelancong pertama tiba ke Bhutan pada tahun 1974.

Berikut adalah polisi untuk mendapatkan visa melawat Bhutan.

Perjalanan ke Bhutan adalah sangat dikawal selia untuk mengurangkan impak ke atas masyarakat dan alam sekitar Bhutan di bawah polisi "High Value, Low Impact Tourism" itu. Ia adalah peraturan kerajaan yang mewajibkan pelancong asing MESTI menggunakan pengendali pelancongan Bhutan yang berlesen atau salah satu daripada rakan-rakan antarabangsa mereka.

Hanya warga negara Bangladesh, India dan Maldives sahaja yang boleh mendapatkan visa percuma untuk memasuki Bhutan sebagai pelawat. Nepal pun nehi walaupun mereka berjiran.

Rakyat negara-negara lain hendaklah mendapat kelulusan visa terlebih dahulu. Pelawat mestilah membelanja harga pakej pelancongan di Bhutan dengan harga tetap USD 200 setiap hari (low season) dan $ 250 setiap hari pada peak season. Diskaun cuma diberi kepada golongan minor dan group yang lebih besar daripada 3 orang. Pakej harian minimum yang diperlukan untuk pemprosesan visa meliputi penginapan, makanan, guide dan kenderaan berserta driver. Sebahagian daripada hasil pulangan visa ini akan disalurkan ke arah pendidikan percuma, kesihatan percuma dan pembasmian kemiskinan di Bhutan.

Ada cukup syarat syarat di atas tu, boleh la lepas ke Bhutan !

Masa ambik luggage dan nak keluar tu aku ada risau sikit. Risaunya sebab aku bawak rokok ! Ada balance lagi sebatang dalam kotak rokok aku. Memula memang nak buang, tapi macam saja la nak try kot kot la lepas.

Jeng Jeng Jeng..

Berdebar debar ni...

Tup tup. Dia tak check pun.

Cis !!!!!!!!!!!

Kalau aku tau aku bawak rokok je masuk. Now sapa yang rugi?

Mereka dan keluarga mereka. Sapa yang tak boleh hisap rokok?

* angkat jari paras dada

Keluar dari airport tu aku nampak semua orang di sambut dengan gaya macam ni.

Tashi Delek ( Welcome to Bhutan )... saukkkkkkkkkk...................

Dia orang akan kalung kan kain kat leher sebagai menyambut ketibaan pelawat. Orang orang ni biasanya terdiri daripada guide guide dari tourist agent yang menanti pelancong mereka.

Masalahnya.. sapa nak sambut aku????

"Herllow ?????????? Ada orang ke tak ni?? Abang Besar dah sampai ni !!!!"

* hentak hentak kaki depan airport Paro.

Haram tak de orang layan.

Meriah sekejap kat area airport tu sebab masing masing menyambut tetamu masing masing. Tapi aku agak heran tak de pun yang menyambut aku. Tak de sebarang sepanduk yang tertulis nama aku.

* hempas beg ke lantai tanda tak puas hati

Guide guide dengan pakaian kebangsaan Bhutan

Tak de pun guide aku? Tak de ke orang nak menyambut aku di sini? 

Cis. Mula la aku naik angin dengan Sujan ni. Jaga kau Sajan. Terbayang bayang muka dia yang tak kacak mana tu sambil aku ramas ramas jari nak bagi cekau harimau bintang.

Kau buat aku terpinga pinga kat sini ! Nanti kau. Aku denda pumping 40 kali nanti.

So aku melilau kejap depan airport tu. Orang pun dah makin berkurangan. Masing masing sudah di bawa pergi. 

Argh... Cemana ni?? Nak hisap rokok balik tiang pun tak berani.

Aku duduk kat kerusi. Tawakal.

Tetiba ada sorang lelaki datang menghampiri. Berbunga bunga jap rasa. Ini la kot orangnya yang akan sambut aku.

Dengan garaunya dia bersuara................

"Excuse me Sir, are you Mr Ramasamy?"

* pengsan dengan mulut berbuih

Robek hati Habang nih !!!!

Jauh jauh aku datang dengan excitement tak berbelah bagi, sudahnya aku di sambut dengan ...

.................... Are you Mr Ramasamy??

Yenadei. Kau tak nampak ke kulit halus mulut gebu macam lahir di pergunungan ni? Nampak alis mata bertanduk kerbau balau macam berasal dari negara 4 musim?

Nampak tak? Haa? Nampak tak?? Ada ke aku ni muka macam Ramasamy?? Kau jawab sekarang !!! Sapa Ramasamy tu?????

* begitu aku marah.

Tapi dalam hati jer. Pasrah.

"No. I am not"

Tu jawapan sebetulnya. Yang tadi tu semua drama je.

Then aku nampak dia pegi approach sorang lagi mamat. Haaa nampak gelap semacam je. Aku yakin itu lah Ramasamy yang dia cari.

* sigh.

Aku duduk melepak situ kejap then tak lama datang sorang perempuan. Aku dah perasan dia tadi masa aku keluar dari pintu airport tapi sebab dia tak bawak nama aku, so aku buat bodo je lah. Mungkin dia tunggu orang lain.

"Excuse me, are you with Raven Tour?"
"I guess I am"
"I am sorry. I have been looking for you. They didn't have your name"

Haaa tu lah !! Nasib la kat dokumen aku tu ada tulis tour operator aku, kalau tak aku pun tak pasti !

Ni aku nak marah ni. Apsal tak siap siap sepanduk sambut aku datang? Takkan la Si Sujan Badul tu tak bagitau nama aku? Abis kau orang process visa aku dengan nama apa? Brad Pitt?

OK Tak payah drama lebih lebih. Dia ada ni pun dah cukup bersyukur. Kalau tak mati kering la jawabnya aku kat sini.

So tak de kain sangkut kat leher untuk aku. Kain tu ada, tapi minah tu dah gelabah tak menyempat dah. Dia cuma pass kat aku masa dalam kereta jer.

Kami bergerak meninggalkan Airport Paro

Actually dia sambut dengan Hyundai Santa Fe. Haa cukup mewah gak la tu. Atas tu kereta guide yang tuduh aku bernama Ramasamy tadi dengan mamat bernama Ramasamy. 

Mereka berdua ni sebenarnya dari agency yang sama... so mamat tu ambik Ramasamy, minah ni ambik aku. Kami sama sama single traveler, tapi kereta pun sorang satu lah.

Pemandangan awal di Paro sebaik keluar dari airport

Dalam kereta tu awek tu cuba cuba la borak borak. Nama dia Leela. Sweet jugak la dia. Pastu ada drebar sorang. Aku tak ingat nama apa dan dia tak cakap banyak pun. 

Leela ni cakap English awal awal lagi aku dah impressed. Gila fluent. Bhutan mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu Dzhongka Language tetapi English merupakan bahasa ke dua mereka dan di ajar sejak dari persekolahan lagi.

Leela brief sikit pasal apa yang bakal kami buat hari ni dan dia cakap, destinasi kami lepas tu adalah terus ke Ringpung Dzing di Paro.

* picit kepala

Sampai sampai je terus start tour ! Aku tak abis marah lagi pasal Ramasamy ni tadi.

Rinpung Dzong

Actually masa atas flight sebelum landing tu aku dah nampak bangunan ni. Macam pernah tengok dalam gambar. Cuma tak sangka, sampai sampai je terus nak ke sini.

Tak jauh pun dari airport, so aku OK je lah.

Drebar park kereta kat luar then aku dan Leela menapak cross jambatan menuju ke monastery dan kubu terkenal dari sejarah Bhutan yang terdapat di Paro ni.

Sungai mengalir jernih. Nampak tenang jer tapi sejuk !!!

Tempat tu terletak atas bukit, so kena naik bukit sikit lah.

Awal awal lagi dia dah nak seksa aku suruh aku mendaki bukit. Masak !

Flag

 Rinpung Dzong di atas bukit

Ada tinggi lagi. Ini adalah muzium

Ini Leela dengan fashion color blocking nya ... Hiks.

Relaks je dia pakai macam ni dengan heels daki bukit. Aku jugak lah terpongeh. Aku suruh dia jalan je dulu aku follow slow slow. Pastu buat buat cover kononnya nak ambik gambar. Dia tak tau aku dah nak putus urat merih tak leh nak bernapas ni.

Mamat guide dengan si Ramasamy tu pun ada jugak. Kira kami berempat lah datang ke sini sekarang ni. Drebar masing masing tinggal kat parking tadi

Entrance Rinpung Dzong di belah belakang

Rinpung Dzong adalah monastery Buddha dan kubu di Paro, Bhutan.  

Dalam abad ke-15 rakyat tempatan telah membina sebuah monastery ini untuk Lama Drung Drung Gyal, waris keturunan Pajo Drugom Zhigpo . Beliau kemudiannya membina temple kecil dan akhirnya menjadi kubu setinggi 5 tingkat yang di kenali sebagai Hungrel Dzong. 

Kemudiannya kubu ini dijadikan pusat agama dan seterusnya menjadi pusat pentadbiran dan monastery lalu dikenali sebagai Rinpung Dzong.

Tiada sebarang bayaran masuk di kenakan. Tapi lelaki tak boleh tutup kepala ( no cap etc ). Dan pompuan pulak kena pakai pakaian menutup aurat dan scarf cover kepala. Kena register nama apa semua kat luar tu tapi semua Leela yang buat.

Aku ambik gambar jer.

Di bahagian dalam. Mural ini menceritakan kehidupan rakyat Bhutan dahulukala

Ruang tengah Dzong. Ada ramai monk to be sedang menjalani training untuk menjadi monk di sini.

Watch tower

Royal Court of Justice

Praying wheels penganut Buddha

Ruang dalam Dzong Paro

Kelibat monk

Aku just follow Leela je. Mamat sorang lagi dengan Ramasamy pun ada sama. Tapi tak de la jalan sama sama. Suara mamat tu deep gila. Bila kat tengah tengah ruang kubu siap bergema gema suara dia. Macam suara penyanyi alto...

Kalau menyanyi mesti sedap.

Ramasamy?

Hmmm aku dengar dia tak henti henti bertanya................. standard lah set set burung gagak ni.

* mati la mengeji orang

Syukur aku tak jalan seiring dengan dia, kalau tak mahunya aku yang stress.

Jalan jalan dalam kawasan kubu ni. Tak nampak ramai orang sangat baik Sami mahupun pelancong lain. Dan ada part part yang Leela dah siap warning aku.

"I am sorry, you cant take photo here"
"OK"

Tapi untuk seorang yang suka ambik gambar, kalau di larang untuk mengambik gambar, kau rasa cemana?

Hampa gak lah kan? Tapi tak per.. Aku akur ! Sebab aku di negara orang. Kena bersopan. 

View dari atas Rinpung Dzong mengadap lembah Paro dan pekan Paro di sebelah kanan

Lembah Paro... 

Dari dalam Rinpung Dzong

Pekan Paro

Kalau pesawat tadi lalu memang depan mata betul Rinpung Dzong ni

Binaan bangunan dari kayu dengan seni tradisi Bhutan

Ringpung Dzong.

Kami habiskan masa pusing pusing kat sini dalam setengah jam. Tak de apa sangat yang menarik pun. Sekadar nak tengok kubu yang menjadi sejarah Bhutan ni jer.

Aku pun tak excited mana. Plus macam letih dan terkujat, sampai sampai je terus kena memanjat. Dah lah Leela ni tak sambut aku dengan air mineral ke apa.  

Dia tak tahu ke aku dahagakan air serta dahagakan kasih sayang ni..............................?

bersambung.............

20 comments :

  1. Wahh..cantiknya Bhutan..airport pun lawa..King n Queen dia romantik seh posing mcm tu..casual..

    ReplyDelete
  2. huh apa kes guide tu reti beza muka hindia dengan hitali??ni mmg bikin marah nih....tp maap kan je la, diorg jarang tgk org hitali nih gamaknye...hehehe

    eh masuk Rinpung Dzong takleh pakai tutup kepala, means org pakaitudung takleh pi la nih...dah mcm kat USJ yang JM pi je plak dah...diskriminasi sungguh!

    ReplyDelete
  3. negara dorang ni sesuai utk org2 yg dh bersara la...aman damai, xde la risau pasal jem bagai....tp sesekali pergi tempat mcm tu mmg seronok..utk bermastautin huh!! jgn harap la...mati kutu..hahahaha

    bangunan dia pon semua nampak klasik...

    ReplyDelete
  4. aha ek kalau tak boleh tutup kepala makna sapa yang bertudung takleh masuk la eh?

    ReplyDelete
  5. Waahhh... cantiknya Leela eh! Cantiknya pemandangan. Tang landing kapal terbang tu aku takut skit nak dengar. Tapi aku musykil la, camana kulit tulus mulus cam ko tu, diorang buleh terpanggil Ramasamy? Why?

    ReplyDelete
  6. cop !

    aku dah betulkan ayat atas tu. aku rasa lelaki x leh cover kepala ( sebab masa tu aku pakai cap )..

    pompuan kena pakai headscarf....

    harap maklum

    ReplyDelete
  7. 1. Handsome raja bhutan, mesti org bhutan jgk ensem jgn mcm org utan sudah
    2. Susah jgk nak masuk Bhutan nih
    3. Ahahaha drama sgt d airport Paro tu, Mr Ramasamy hadoiii lah gelak satu opis dgr nehhh
    Ni mesti kes dia x boleh diffrentiate nama by warna kulit so abe meng jgn merajuk tau
    4. Hamoii aihh bergaya nye leela ohh leela pakai high heel ke tuh x sakit kaki keww x sesuai tau

    ReplyDelete
  8. wah..hebat sungguh lembah Paro..entah bila dapat sampai sana..

    ReplyDelete
  9. mcam mana lah guide tu leh terfikir ko ramasamy meng? Serious aku gelak besar haha

    ReplyDelete
  10. Nohas : cantik sgt tak la kot. tapi aman damai dan sentosa...
    Raja dan permaisuri tu memang banyak gambar mereka.... permaisuri dia org biasa jer... boleh tahan cun..


    DJ : kannn? rosakkan mood aku je. ada ke aku yang italy ni di tuduh dari india.. hish.. hahaha

    pasal tutup kepala tu. rasanya lelaki je kot..


    HB : betul dan benar sekali pemerhatian kau tu....


    Mya : sorry.. silap info tu... terlupa sebab tak gi dgn pompuan..

    ReplyDelete
  11. Ali : comel gak la leela ni... landing tu mcm naik roller coaster la.. hahha..

    haa pasal ramasamy tu aku pun x tau. padahal aku ni 30 kali lagi cerah daripada mamat gagak tu.

    * curah clorox seluruh badan..

    Pasal ramasamy tu.. erghhh sampai skrg aku masih x leh terima..



    JM : org bhutan mcm org mongolia sikit.. kulit gelap sikit.. tapi mata sepet...

    nak ke???

    Susah sikit la sebab dia org control kemasukkan pelancong.. org tua tua je suka pegi kot. sebab aman damai..

    Leela tu dah biasa panjat bukit ni... relaks jerr

    ReplyDelete
  12. MKL : insya allah.. mula kan dengan angan angan. moga tercapai impian..


    Farikh : kau jangan coba menambah luka di dada aku ni.....

    aku pun tak leh digest. maybe sebab aku dgn mamat tu je yang tinggal kat airport dan dia main belasah je teka aku ramasamy

    * mati la tetap tak mengaku kulit sebenarnya lebih kurang jer ponnnnn....


    ReplyDelete
  13. dalam ramai2 yg turun flight y abg meng yg ditubuh Ramasamy.why? why? haha *tersedak

    ReplyDelete
  14. Diy : masa tu dah tak de org. tinggal aku dgn Ramasamy tu je kot. Yang lain dah kena angkut...

    ReplyDelete
  15. terpaksa komen
    bila persis superman disamakan dengan ramasamy?
    sudut manalah yang sama..?

    *nah..bedak cuticura...*
    (sambil berharap dipulangkan bedak kembali beserta fridge magnet dari bhutan)..
    heheh..

    ReplyDelete
  16. Hello RaMengsamy! Aku xpernah dengar pasal Bhutan so excited ah nak baca. Lagi excited bila sampai epot je terus intro macam tu. Limitkan tourist tapi diorang boleh manage untuk free edu, free health service?!? Pastu siap sambut korang ngan Hyundai? I must say, I am impressed much. Sian tau Leela ko glamorkan dari belakang je. Gigih dia guna heels panjat sana sini.

    ReplyDelete
  17. Raja & Queen Bhutan tu, ingatkan pelakon drama kuno China....nyonya mansur que tidak kenal, hanya kenal Nyonya Manner...hahaha

    ReplyDelete
  18. Anash : tu la.. part mana yang sama ntah..

    menhena sgt namanya kan...

    FM ek.. kena check dulu ada lebih ke tak.. inbox add.. kalau x de bhutan.. nepal ada kot balance lg.


    BK : nanti aku buh muka leela tu utk tatapan umum.. hiks


    NM : nyonya mansur tu adalah rusmah mansur laaaaa

    ReplyDelete
  19. Abg meng email kat kami buleh??nk tanya pasai bhutan...psai visa n sbgainye pls pls pls atuldaiyah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. visa apa semua was arranged by the tour company di katjhmandu. I just provide the passport, gambar dan duit saja..

      bhutan ni biasanya all inclusive and kena go thru local tour agency..

      u can email me shud u need more clarification. diarisuperman@gmail.com

      tapi rasanya semua details dah di ceritakan dalam entries2 nih.. rajin2 skit menceduk

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...